Penyanyi, Hafiz, atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip tidak menyangka akan membawa pulang tiga trofi sekaligus pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu.
"Alhamdulillah, syukur, saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk abang LY Baiduri selaku pencipta lagu Bahagiamu Deritaku.
"Kemenangan ini bukan milik saya, tapi semua orang, bezanya cuma trofi ini disimpan di rumah saya," ujarnya ketika ditemui pada pada sidang media AIM 20 baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Hafiz memberitahu, kemenangan ini bukanlah alasan untuk tidak bekerja keras sebaliknya ia merupakan permulaan dan cabaran bagi dirinya.
"Selepas ini saya akan terus berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih 'fresh'... Bagi saya kemenangan ini bukan alasan untuk bekerja sambil lewa.. buat saya terleka atau hanyut .. tidak.
"Sebaliknya, saya ambil sebagai satu cabaran besar... Saya pasti, apabila saya menang anugerah, sudah pasti peminat menjangkakan sesuatu yang lebih.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat, terutamanya Hafiz FC yang menyokong sejak dari awal pembabitan saya dalam dunia seni... saya akan memberikan yang terbaik pada masa akan datang," ujarnya mengakhiri perbualan.
Hafiz telah menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu 'Bahagiamu Deritaku', Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik menerusi album 'Luahan Hati Anak Seni'.
Source : http://www.astrogempak.com.my
No comments:
Post a Comment