Wednesday, March 31, 2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
Tuesday, March 30, 2010
Hafiz @ Tour ABPBH 2009 Klang Parade in the news
Monday, March 15, 2010
ABPBH 2009 - Road Tour, Plaza Angsana, Johor Bharu
Thursday, February 25, 2010
From Hafiz @ Berita Harian
Hafiz @ Pra-Kemuncak ABPBH, Palace of Golden Horses
Kak Engku, Shira Hos ABPBH 2009
23-Feb-2010 Oleh: Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 24 FEB 2010: Dua pengacara wanita popular, Raja Azura dan Sharifah Shahira sekali diumumkan sebagai pengacara utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) yang akan diadakan secara gilang-gemilang di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April ini.
Pengumumannya telah dibuat pada sidang media Majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2009 di Hotel Palace of The Golden Horses, di sini petang tadi yang turut dihadiri barisan selebriti popular tempatan.
Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah berkata,pemilihan mereka bertepatan sekali dalam membawa keceriaan suasana majlis yang dinanti-nantikan itu.
Belaiu berkata,kedua-dua pengacara itu pernah digabungkan pada malam kemuncak ABPBH 2007.Manakala Shahira juga pernah digandingkan bersama pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramli pada anugerah yang sama tahun lalu.
"Kami di Berita Harian berpendapat, kemunculan semula Raja Azura sebagai pengacara utama ABPBH 2009 adalah bertepatan sekali, memandangkan dia sememangnya sudah sinonim dengan majlis penganugerahan ini sejak sekian lama.
"Sebelum ini Raja Azura pernah kami gandingkan bersama Anita Sarawak dan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy. Begitu juga dengan Shahirah yang sudah beberapa kali menjadi pengacara majlis ini.
"Malah saya percaya, gandingan mereka dijangka akan menggamatkan lagi ABPBH 2009 dan membuatkan acara malam itu nanti lebih gempak serta tidak membosankan," katanya kepada portal hiburan murai.com.my.
Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran barisan selebriti popular, pereka fesyen dan tidak ketinggalan Penolong Pengarang Kumpulan Berita Harian Sendirian Berhad, Mafa Ali dan juga Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia, Datuk Aziz Bakar.
Hanizam menambah , pemilihan kedua-dua pengacara program Gedik Santai itu dibuat berdasarkan begitu banyak permintaan peminat untuk melihat gandingan ceria mereka berdua, selain penelitian terperinci daripada penggiat seni hiburan tempatan.
Turut diumumkan pada majlis Pra-Kemuncak ABPBH 2009 itu, barisan 22 selebriti yang bakal menaiki pentas sebagai penyampai trofi serta 10 artis yang akan membuat persembahan.
Antara yang dijangka menyampaikan trofi ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), Azlina Aziz, Fauziah Latiff, Nora, Noralbaniah, Fauziah Ahmad Daud, Kak Yong, Watie, Ummi Nazeera, Scha Al-Yahya, David Teo dan Norliana Samsudin.
Manakala Adam, Stacy, Aril, Akim, Hafiz, Dafi, Alyah, Aril , Ainul Aishah, Azlan The Type Writer, Black, Jaclyn Victor, Wings, Rabbani, Faizal Tahir, Bunkface, One Nation Emcee dan Diana Danielle adalah antara artris yang akan membuat persembahan pada malam itu.
Source : www.murai.com.my
Monday, February 8, 2010
Manjakan diri demi ABP
zaidim@bharian.com.my
Walaupun majlis gilang-gemilang berlangsung 4 April tetapi calon Top 5, Aril, Hafiz, Mila dan Fizo sudah bersiap sedia agar kelihatan menawan
PADA mulanya disangkakan sesi memanjakan diri ini akan diadakan di pusat melangsingkan badan, Slimming Sanctuary yang terletak di deretan lot pejabat di Boulevard. Rupa-rupanya lokasi yang sebenar ialah di La Sense, The Gardens Mid Valley di tingkat lima.
Mujur juga jarak yang membezakan dua lokasi itu tidak jauh. Jalan kaki pun sampai. Lalu, pertukaran tempat ‘pertemuan’ terpaksa diberitahu kepada artis yang terbabit dalam ‘misi’ kali ini. Artis yang dimaksudkan ialah Mila, Fizo Omar dan dua lagi bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Aril serta Hafiz.
Mereka adalah calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009. Hafiz dan Aril buat julung kalinya berentap sesama sendiri dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular. Mila pula sudah sinonim dengan anugerah ini dan pernah dinobatkan sebagai Artis Baru Wanita Popular pada 2007.
Fizo pula baru dua tahun tersenarai dalam ABPBH. Kali pertama dia dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular 2008 yang menyaksikan kejayaan Nabil menggenggam trofi itu. Tahun ini, Fizo naik satu taraf apabila bersaing dengan Remy Ishak, Fizz Fairuz, Fahrin Ahmad dan Aaron Aziz bagi Pelakon TV Lelaki Popular.
Diam tak diam, lebih kurang dua bulan lagi, malam kemuncak ABPBH 2009 bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands. Jadi, kehadiran empat bintang muda ini ke premis kecantikan itu yang juga penaja ABPBH2009 ada signifikannya yang tersendiri. Mereka yang bergelar finalis pasti mahu tampil cantik, segar, menawan dengan busana yang bakal digayakan nanti.
Bagi Mila yang sampai awal, dia tidak menyangka pusat itu bukan saja menawarkan khidmat merampingkan atau mengurus badan, tetapi ia juga boleh dilabel sebagai pusat sehenti kecantikan yang menawarkan khidmat dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
“Mila sempat mencuba rawatan muka dan menguruskan badan. Terasa perubahan itu serta merta dan wajah pun mula tegang dan segar. Sebagai selebriti sekalipun orang biasa, Mila rasa tak salah jika kita melaburkan sejumlah wang untuk nampak cantik dan bertenaga.
“Tapi Mila boleh kategorikan diri ini tidak terlalu obses untuk sentiasa cantik sepanjang masa. Namun kerjaya ini memang menuntut Mila sentiasa tampil menawan. Malah, selepas berbincang dengan pihak Slimming Sanctuary, Mila mungkin akan mempertimbangkan untuk mendapatkan rawatan pakej dua dalam satu,” kata Mila yang berminat untuk mendapatkan rawatan muka dan badan secara berterusan.
Kata Mila lagi, biarpun tidak mempunyai masalah berat badan yang ketara, itu tidak bererti dia tidak boleh mendapatkan rawatan yang berkaitan melangsingkan badan. Sambil berseloroh, Mila memberitahu gadis kecil molek sepertinya tetap berdepan dengan masalah perut buncit.
ARIL sempat mengusik Hafiz.
“Mila mungkin boleh mendapat rawatan memejal dan membentuk badan. Dengan tawaran sampingan yang ditawarkan seperti mandi stim dan jakuzi, ia antara bonus kenapa Mila perlu mempertimbangkan pakej yang ditawarkan. Setelah penat bekerja, Mila rasa setiap orang berhak membelai dirinya,” kata Mila yang bakal melaram busana rekaan Nik Erwan Roseli seperti tahun lalu.
Bagi juara AF7, Hafiz, peluang hadir buat pertama kalinya ke pusat kecantikan ini seperti hadiah bonus untuknya. Selepas menjalani prosedur menimbang berat badan dan pelbagai aspek lain seperti ketinggian, jejaka yang sinonim dengan rambut kerinting ini memilih untuk mendapatkan rawatan badan.
Akui Hafiz, dia memang mempunyai masalah berat badan yang tidak seimbang. Berat badannya kini naik mendadak selepas keluar dari AF7 sejak tujuh bulan lalu. Berat badannya selepas keluar AF7 ialah 62 kilogram. Tapi kini beratnya naik menjadi 66.2 kilogram dan semuanya berpunca daripada nafsu makannya.
“Kalau boleh sebelum menghadiri kemuncak ABPBH 2009, Hafiz nak dapatkan berat badan ideal, 60 kilogram. Tapi kalau boleh Hafiz nak tekadkan Azam untuk mencapai berat badan itu sebelum ulang tahun kelahiran Hafiz yang ke-20 pada 27 Februari ini.
“Hafiz pun masih muda lagi dan tak mahu nampak gempal pada malam itu nanti. Hafiz pun tak impikan badan yang tegap seperti ahli bina badan, cukuplah nak dapat bentuk badan yang menarik. Malah sejak dua bulan lalu, Hafiz sudah ke gimnasium untuk meningkatkan stamina,” katanya yang cukup terkenal dengan lagu Masih Jelas.
Ketika sesi ini berlangsung, secara kebetulan Fizo dan Hafiz mendapatkan rawatan di dalam bilik yang sama. Mereka juga rancak berkongsi pengalaman terutama mengenai soal diet dan pemakanan yang betul. Sekali gus, ia menjadi modal untuk mengeratkan silaturahim mereka yang baru bersemi.
Fizo pun sejak kebelakangan ini berat badannya semakin susut. Tapi anak kesayangan Hasnah Jidin ini memberitahu ia bukan berpunca daripada komitmennya menjalani penggambaran di Mesir, sebaliknya akibat berpindah rumah. Fizo baru saja berpindah ke sebuah apartmen di Bukit Antarabangsa dan tinggal bersama ibunya.
“Ini kali kedua Fizo mendapatkan rawatan di Slimming Sanctuary. Kali pertama Fizo buat sebelum pergi ke Mesir. Untuk kali ini, Fizo memilih rawatan urutan tradisional. Secara tidak langsung, penat berpindah rumah dapat dikurangkan selepas membuat urutan ini,” katanya yang mempunyai berat badan 74 kilogram.
Kata Fizo lagi, dia bimbang jika badannya akan naik sebelum tibanya malam kemuncak ABPBH 2009. Tapi, Fizo tidak perlu gentar dengan semua itu jika dia memilih untuk mendapatkan rawatan di Slimming Sanctuary.
“Saya ini jenis spesis manusia yang berat badan cepat naik dan cepat turun. Kalau badan sudah naik sikit, memang saya sudah tidak selesa nak menyarung kot atau tuksedo. Kalau seluar ketat, perut pun jadi tak selesa. Nak tak nak, saya kena jaga berat badan,” katanya yang kini berjambang untuk memenuhi tuntutan drama yang menjalani penggambaran di Mesir bulan lalu.
Berlainan pula dengan Aril, adik kesayangan Izwan Pilus ini sedang mencari formula untuk menaikkan berat badannya. Orang nak kurus, dia pula nak tambahkan isi badan. Seperti Hafiz, Aril juga sudah mula berjinak-jinak ke gimnasium untuk memastikan otot badannya naik di samping menjaga stamina ketika membuat persembahan.
“Sedap juga Aril dapat urutan badan secara tradisional ini. Hilang juga sedikit tekanan yang ada dek kesibukan Aril melalui fasa hidup sebagai anak seni. Apabila sudah sibuk ini, Aril tak nafikan soal masa itu memang agak mencemburui.
“Kawan Aril sendiri, Amar (Anak Wayang) selalu menasihati Aril untuk jaga badan. Malah Amar sendiri sanggup nak jadi jurulatih peribadi kepada Aril kerana dia memang pernah membabitkan diri dalam bidang itu sebelum bergelar pelakon,” katanya.
sumber: www.bharian.com.my
Wednesday, February 3, 2010
ABP BH 2009 - Mentah Raih Sokongan
Tuesday, January 26, 2010
Sekitar sidang akhbar Top5 ABPBH 2009
Media Hiburan - Artis Realiti Dominasi Carta Lagu
BHABP2009 - Muka baru dominasi senarai finalis
Friday, January 22, 2010
Debaran Bermula - Keratan BH 22-01-2010
Debaran bermula
| Oleh Farihad Shalla Mahmud, Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad bhnews@bharian.com.my LENYAP sudah debaran yang bersarang di hati. Penantian yang sering disifatkan sebagai satu penyeksaan kini bertukar menjadi perasaan lega buat mereka yang sebelum ini tertanya-tanya siapakah yang layak untuk bergelar Top 5 untuk acara berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Kelmarin, bertempat di Royal Ballroom 3, Palace Of The Golden Horses Hotel Mines City Resort, mereka yang terpilih di tempat lima teratas diumumkan dalam satu majlis khas oleh pengacara jemputan yang juga penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Ikhwan. Terpancar senyuman kegembiraan dan ada juga yang menarik nafas lega apabila mereka masih menjadi perhatian peminat walaupun artis datang dan pergi. Seperti biasa, setiap kali senarai Top 5 diumumkan, keputusannya pasti ada perubahan, sejajar dengan aliran yang berlaku pada industri hiburan ketika itu. Jika untuk kategori Artis Baru Terbaik, apa yang pasti, mereka yang datangnya dari program realiti pasti akan mengungguli. Fenomena ini mula tercetus sejak Mawi meraih kategori itu pada tahun 2005. Kini, situasi yang sama berlaku dan paling ketara apabila mereka yang muncul dalam program televisyen yang diakui mempunyai rating tertinggi serta popular di hati penonton berjaya menembusi tembok finalis. Akademi Fantasia misalnya memang diakui antara kilang yang memproses artis baru. Saban tahun, mereka yang dinobatkan juara pasti akan turut menggenggam anugerah Artis Baru Terbaik.
¡°Sekiranya setiap peminat kami terus komited memberikan sokongan pastinya harapan dan kebarangkalian untuk mengungguli kategori ini akan ada. Semuanya hanya akan terjawab pada 4 April nanti. Paling penting kita sebagai penggiat seni harus terus memastikan karya dan bakat tempatan terus bernyawa,¡± kata Hafiz yang dicalonkan untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular. Drama yang pernah mencecah rating 5 juta, Nur Kasih juga memberikan impak kepada nasib tiga pelakonnya seperti Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak apabila tersenarai sebagai finalis. Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Nur Aminah dalam drama bersiri itu menerima dua pencalonan iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Manakala Fizz dan Remy masing-masing untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular. Program lain yang turut mempunyai kuasa untuk memercikkan populariti kepada artis adalah peserta program realiti berkonsepkan tarian, Sehati Berdansa. Lihat saja bagaimana pelakon Didie Alias yang sudah lebih dua dekad menceburi bidang ini, namun selepas menyertai program itu, namanya tiba-tiba mencanak naik dan sekali gus membolehkan dia berdiri sama tinggi bersama 80 artis lain.
Turut terkena tempias program ini adalah Aliza Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Enot yang akan bersama-sama Didie untuk merebut trofi Pelakon Komedi Wanita Popular serta Dira Abu Zahar, yang juga tercalon sebagai Artis Baru Wanita Terbaik.Andai diperhalusi selera penonton ketika mengundi artis manakah yang layak menduduki senarai akhir, nyata kebanyakan mereka memilih atas dasar kapasiti hasil kerja artis itu sendiri. |
Thursday, January 21, 2010
ABPBH - Berita Harian 21 Januari 2010
Close fight for BH awards
SERI KEMBANGAN: The Top Fives of the 16 award categories of Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH 2009) are set to see stiff competition.
This is especially so in the Popular New Artiste (Male and Female) and Popular TV Actor and Actress categories.
These categories are dominated by new faces in show business and most are first-time nominees.
They include stars of the popular, religious-themed drama series Nur Kasih Fizz Fairuz, Remy Ishak and Tiz Zaqyah, singer-songwriter Yuna and reality television graduates Akim Ahmad, Hafiz Suip and Hanifah "Black" Hanafiah.
For the first time, top actor Rosyam Nor is not in the running for any category.
The five finalists of each category were revealed at a press conference at The Palace Of Golden Horses Hotel here yesterday by Berita Harian group editor Datuk Mior Kamarul Shahid.
The awards, in its 23rd year, will be held at Genting Highlands on April 4.
The Most Popular Artiste will win a Nissan X-Trail 2.0L worth RM130,000, Empire Classics Furniture worth RM30,000 and a three-day and two-night stay in the Head of State Suite of the hotel.
The winners of each category will receive various prizes, such as RM5,000 worth of Empire Classics Furniture and Palace Lifestyle Membership Cards from the hotel.
There will also be special prizes for readers who make the best predictions.
The winner will receive a Nissan Grand Livina 1.6A worth RM86,000, a Naza Blade 250 motorcycle, RM10,000 in Empire Classic Furniture, a six-day, four-night holiday in South Korea from Poto Travel And Tours and a Slimming Sanctuary beauty treatment package among others.
Berita Harian is also organising the Gemilang Bersama Bintang contest for readers and winners have a chance to attend the awards and meet their favourite stars at the red carpet.
The nominees will meet fans at the ABPBH 2009 roadshow at Village Mall, Sungai Petani (March 5 and 6), Mesra Mall, Kemasek, Terengganu (March 12 and 13), Plaza Angsana, Johor Baru (March 20 and 21) and Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Malacca (March 27 and 28).
The Bintang Idola Berita Harian talent search contest will be held during the roadshow, to give a chance for fans to display their singing talents and win a chance to perform alongside established stars in the awards.
Source: www.nst.com.my
Wednesday, January 20, 2010
Hafiz is nominated in the Most Popular New Male Artiste category in ABPBH 2009
Congrats to our dear Hafiz for being nominated in the Most Popular New Male Artiste category in the Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH). And also thanks to all his supporters who have voted for him in the first round.
A press conference was held today at the Palace of Golden Horses to announce the top 5 of each category. Hafiz will compete with Akim, Aril, Black and Gambit in the category that he is in. That will be a very tough competition...considering the strong fan base of each artiste.
But fret not! We the fans of Hafiz will sure do our job right? Make sure to cast your votes to make sure that our idol will succeed.
Be updating about the voting codes and procedures soon.
Congrats again to Hafiz!
Friday, January 15, 2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
A press conference will be held on the 20th January (next Wednesday) to announce the top 5 artiste from each category. Thank you for all your votes and support for Hafiz. Lets hope and pray that Hafiz will be amongst the top 5 in the 2 categories he was nominated in, namely PENYANYI LELAKI POPULAR and ARTIS BARU LELAKI POPULAR.
And I hope his supporters will be at the Arena of Stars, Genting Highland this April, to give him full support and cheer for him, if he does made it into top 5! (In which I think he will. Biase? Of course we are if it's about Hafiz! ^_^)
Cheers,
H.






.jpg)






















