Oleh Farihad Shalla Mahmud, Serimah Mohd Sallehuddin & Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my
Artis yang lahir daripada program realiti dan drama yang mencecah rating tinggi mendominasi senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009
LENYAP sudah debaran yang bersarang di hati. Penantian yang sering disifatkan sebagai satu penyeksaan kini bertukar menjadi perasaan lega buat mereka yang sebelum ini tertanya-tanya siapakah yang layak untuk bergelar Top 5 untuk acara berprestij Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.
Kelmarin, bertempat di Royal Ballroom 3, Palace Of The Golden Horses Hotel Mines City Resort, mereka yang terpilih di tempat lima teratas diumumkan dalam satu majlis khas oleh pengacara jemputan yang juga penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Ikhwan.
Terpancar senyuman kegembiraan dan ada juga yang menarik nafas lega apabila mereka masih menjadi perhatian peminat walaupun artis datang dan pergi.
Seperti biasa, setiap kali senarai Top 5 diumumkan, keputusannya pasti ada perubahan, sejajar dengan aliran yang berlaku pada industri hiburan ketika itu. Jika untuk kategori Artis Baru Terbaik, apa yang pasti, mereka yang datangnya dari program realiti pasti akan mengungguli. Fenomena ini mula tercetus sejak Mawi meraih kategori itu pada tahun 2005.
Kini, situasi yang sama berlaku dan paling ketara apabila mereka yang muncul dalam program televisyen yang diakui mempunyai rating tertinggi serta popular di hati penonton berjaya menembusi tembok finalis. Akademi Fantasia misalnya memang diakui antara kilang yang memproses artis baru. Saban tahun, mereka yang dinobatkan juara pasti akan turut menggenggam anugerah Artis Baru Terbaik.
| SEBAHAGIAN jelitawan yang disenaraikan pada peringkat akhir ABPBH 2009.
| ¡°Dalam debaran juga untuk saya terus mengekalkan tradisi juara Akademi Fantasia yang mula mendominasi kategori Artis Baru bermula dari Mawi, Faizal, Mila dan Stacy. Paling menyeronokkan rakan seperjuangan Aril dan Akim pun turut bolos dalam kategori ini di samping Gambit dan Hafiz.
¡°Sekiranya setiap peminat kami terus komited memberikan sokongan pastinya harapan dan kebarangkalian untuk mengungguli kategori ini akan ada. Semuanya hanya akan terjawab pada 4 April nanti. Paling penting kita sebagai penggiat seni harus terus memastikan karya dan bakat tempatan terus bernyawa,¡± kata Hafiz yang dicalonkan untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular.
Drama yang pernah mencecah rating 5 juta, Nur Kasih juga memberikan impak kepada nasib tiga pelakonnya seperti Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak apabila tersenarai sebagai finalis. Tiz Zaqyah yang memegang watak sebagai Nur Aminah dalam drama bersiri itu menerima dua pencalonan iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Manakala Fizz dan Remy masing-masing untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Program lain yang turut mempunyai kuasa untuk memercikkan populariti kepada artis adalah peserta program realiti berkonsepkan tarian, Sehati Berdansa. Lihat saja bagaimana pelakon Didie Alias yang sudah lebih dua dekad menceburi bidang ini, namun selepas menyertai program itu, namanya tiba-tiba mencanak naik dan sekali gus membolehkan dia berdiri sama tinggi bersama 80 artis lain.
| MIOR KAMARUL SHAHID (kanan) dan Hanizam (tengah), turut hadir pada majlis sidang media di Palace Of The Golden Horses, Mines City Resort, kelmarin. |
Turut terkena tempias program ini adalah Aliza Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Enot yang akan bersama-sama Didie untuk merebut trofi Pelakon Komedi Wanita Popular serta Dira Abu Zahar, yang juga tercalon sebagai Artis Baru Wanita Terbaik.Andai diperhalusi selera penonton ketika mengundi artis manakah yang layak menduduki senarai akhir, nyata kebanyakan mereka memilih atas dasar kapasiti hasil kerja artis itu sendiri.
Sebagai contoh, mereka yang disebutkan tadi adalah antara mereka yang cemerlang dalam kerjaya mereka.Pelakon drama bersiri Nur Kasih itu sendiri sudah membuktikan bahawa lakonan mereka cukup membekas di hati penonton.
¡°Selepas lapan tahun bergelumang dalam dunia seni baru tahun ini nama saya tersangkut dalam anugerah kebanggaan Berita Harian ini. Ini semuanya berbalik kepada soal rezeki. Pertamanya saya harus berterima kasih kepada pengarah drama Nur Kasih, Kabir Bhatia yang memberi peluang untuk saya berkongsi bakat yang ada.
¡°Saya tidak boleh menidakkan impak Nur Kasih tahun lalu yang menjadi fenomena antara yang menyumbang kejayaan saya dalam kategori ini. Mungkin juga tuah saya untuk 2010 kerana angka 10 itu sendiri memberi penjelasan yang ketara kerana saya dilahirkan dalam bulan Oktober. Terima kasih kepada yang mengundi,¡± kata Fizz dalam nada teruja.
Pendapat Fizz itu turut dipersetujui Tiz yang mengakui impak drama Nur Kasih memang hebat sehingga berjaya mengangkat namanya sekali gus membolehkannya menjadi finalis ABPBH tahun ini.
¡°Saya harus bersetuju dengan Fizz kerana faktor kejayaan kami untuk berada dalam Top 5 banyak didorongi oleh drama Nur Kasih. Impak drama itu begitu ¡®melampau-lampau¡¯. Biarpun sudah mula berkecimpung dalam dunia seni sejak 2006, namun hanya tahun lalu saya merasai nikmat diberi perhatian ramai.
¡°Sejujurnya saya terkejut kerana tersenarai dalam ABPBH 2009. Apa pun, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sanggup mengundi sampai ke tahap ini. Dalam masa yang sama, saya tak sabar untuk menantikan malam kemuncak dan merasai tempias glamor tak lama,¡± kata pelakon jelita ini.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid serta Pengerusi Pengelola ABPBH, Hanizam Abdullah, yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian.
Selain mengumumkan senarai Top 5, turut diumumkan adalah senarai penganjur yang terbabit kali ini. Penaja yang terbabit kali ini ialah Genting Highlands-Kota Keriangan, TV3, HotFM, Habib Jewels, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Empire Classic, Cosmopolitan dan POTGH.
Hadiah untuk pemenang turut diumumkan petang itu. Bintang Paling Popular bakal memenangi sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0 bernilai RM130,000. Perabot bernilai RM30,000 dan Pakej Penginapan Mewah 3 hari 2 malam di Head of State Suite, POTGH. Pemenang bagi setiap kategori pencalonan pula bakal membawa pulang hadiah menarik berupa perabot bernilai RM5,000 dan kad ganjaran Palace Lifestyle.
Borang pencalonan akhir ABPBH 2009 akan mula disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bermula esok. Borang yang lengkap diisi boleh dihantar kepada penganjur sebelum tarikh akhir. Selain mengundi melalui borang, undian menerusi SMS juga masih lagi diteruskan.
Semua pemenang dalam 16 kategori ini akan diumumkan dalam acara kemuncak yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 4 April depan. |
No comments:
Post a Comment