Wednesday, January 13, 2010

ROKET: DESTINASI BINTANG - Press Conference Transcript

From tiara-jacquelina.blogspot.com

"Saya amat berbesar hati yang anda semua dapat hadir pada pelancaran Roket Destinasi Bintang hari ini.

Bagi pihak Ten on Ten Pictures, kami sangat teruja dengan program realiti baru yang akan disiarkan di Astro Ria tidak lama lagi. Ten On Ten Pictures adalah TV production arm di dalam Enfiniti Vision Sdn Bhd, dan sebelum ini dikenali untuk program flagship seperti Spanar Jaya, Travel series The Best Of Malaysia, Fiesta 7 concert series dan telemovie popular seperti Rombongan Che Kiah dan Peristiwa Di Rumah Tok Su. Kini Ten On Ten kembali dengan siri baru yang berjudul “Roket Destinasi Bintang”. Tayangan akan bermula pada 22hb Januari 2010, setiap hari Jumaat pada pukul 9.30 malam.

Ten on Ten Pictures telah menyediakan tujuh episod yang akan memaparkan perjalanan Hafiz, Akim dan Aril, iaitu pemenang top 3 Akademi Fantasia 7, untuk membina dan mengukuhkan nama mereka dalam industri seni. kehidupan sebenar artis di sebalik tabir.

Most people think that being an artiste is all about being glamorous. Not many people realize that there is a lot of hard work, dedication and discipline involved behind the scenes, in preparation for any project. This reality show will enable viewers to share the joy and sorrow faced by these boys as they make their way into the local entertainment industry. The training they are given aims to take them a notch higher in their careers, and to help develop them as "thinking" performers, in charge of their careers and professional lives.

Penonton Roket Destinasi Bintang juga akan berkongsi pengalaman Hafiz, Aril, dan Akim dalam bersiap-sedia untuk sebuah konsert yang berkonsepkan fesyen dan muzik di dalam episod satu hingga enam. Siri ini akan menggambarkan sesi latihan dan akan memaparkan bagaimana Hafiz, Aril dan Akim dibentuk sebagai seorang “thinking performer” supaya lebih bersedia mengharungi cabaran dalam industri seni kita.

Beberapa rakan Enfiniti yang lain, seperti Stephen Rahman-Hughes, Pat Ibrahim, dan Juliza Adzlizan bersama saya sendiri, akan muncul sebagai coach mereka dari segi
motivasi, persembahan, tarian, dan vokal.
Anda juga akan dapat menyaksikan dua rakan media di dalam satu episod di mana mereka bertiga ini akan diberikan
“media training” dan tips untuk membawa diri dengan berkesan sebagai seorang celebrity.

Kemuncak program adalah episod terakhir di mana Hafiz, Aril dan Akim akan beraksi di atas sebuah pentas berbentuk runway yang direka khas, di atas air, membelakangkan air terjun di Borneo Rainforest @ Sunway, dalam konsert Roket! khas untuk peminat-peminat setia dan juga para pengunjung Borneo Rainforest, yang dijadualkan pada 31hb Januari 2010.

Konsep Konsert selama 90 minit ini adalah gabungan 3 elemen iaitu muzik, tarian dan juga fesyen.

Persembahan Hafiz, Aril dan Akim akan diselangi dengan Pertunjukkan fesyen dari hasil ciptaan Bon Zainal dan Materiel. Hafiz, Aril dan Akim juga akan diiringi dengan persembahan muzik “live” pemuzik-pemuzik tanahair yang sangat berbakat dibawah pimpinan Pengarah Muzik Konsert Roket, Lee Sze Wan. Sze Wan pernah berkerjasama dengan Enfiniti Productions di dalam beberapa projek seperti Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical.

Harga tiket adalah RM38 termasuk satu minuman.
Tiket boleh didapati di pejabat Enfiniti Productions di Phileo Damansara 1, atau hubungi talian 03 7958 7877 dan emel kitkatklub@enfiniti.com.my

Saya harap semua peminat Hafiz, Aril dan Akim dan penyokong industri muzik tanahair akan hadir untuk menghadiri showcase Roket! Saya yakin semua akan terhibur dengan apa yang bakal dipentaskan.

Saya ingin juga mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program TV dan konsert Roket!
Thanks to Astro Ria, Astro Entertainment Sdn Bhd, Secolo Hairdressing, JVC, Nasi Lemak Antarabangsa, TW Steel Watches, Materiel, Ervan Design & Bon Zainal , dan Borneo Rainforest.

Thank you everyone for coming and lending your support!

Sekian terima kasih."

No comments:

Related Posts with Thumbnails