Saturday, September 4, 2010

Buka Puasa bersama Hafiz di Cerana - Part 1

Lawatan ke Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Darul 'Izzah

Sebelum memulakan aktiviti berbuka puasa bersama Hafiz, HafizFC bersama Hafiz telah membuat kunjungan ke Darul 'Izzah.  Sebelum itu, HafizFC dengan bantuan Along telah membuat kutipan amal dari orang2 perseorangan yang dengan sukarelanya membantu. Terima kasih uols! Hasil kutipan telah digunakan utk membeli barangan keperluan asas seperti beras, gula, susu dan milo.

Pada hari yang telah ditetapkan, Hafiz dan Komiti Majlis Buka Puasa bersama Hafiz telah berkumpul di rumah Mr. LV. Kereta YB, Along, Louis dan Hafiz telah digunapakai untuk membawa barang keperluan anak2 yatim ini dan juga barang2 yang telah disiapkan untuk majlis buka puasa nanti.

Perjalanan ke Darul 'Izzah tak terlepas dari dugaan huhuhu.. Dugaan bermula sedari kami bergerak secara konvoy dr rumah Mr.LV. Belum sampai ke pintu jaga, kereta Hafiz kena langgar oleh cik adik yg reverse kereta tapi tak tengok belakang. Aiyakkk.. cemaner dapat lesen ni dek oiii... Lama jugak kami ni menunggu. 6 buah kereta semuanya termasuk teksi yg diupah khas untuk menunjuk jalan ke Darul 'Izzah, sebab sorang pon taktau jalan ke sana.. duh! 

Kami ikut Lebuhraya Sungai Besi. Semua ikut pakcik teksi beratur kat lane tunai kecuali Louis sbb die ada smarttag. Makanye kena la die menunggu dorang2 ni sume.  Tak lama lepas tu bergerak la kami menuju ke Bangi. Dari tol Sg Besi ke Bangi ada la dalam 15 minit. Dah separuh jalan, baru perasan... mana Hafiz?? Kitaorg dah nak sampai exit Bangi ni.  Rupa2nya die berhenti isi minyak kat tol Sg Besi. Aiyakkk.. pesal tak bagitau awal2 dik oi.. Apalagi.. buat aktiviti menunggu Hafiz kat tol Bangi la pulakkk..

Masa berhenti kat tol Bangi ni, ada la satu geng konvoi perodua. Dalam 20 bijik kereta perodua pelbagai jenis dan warna ada kot. Dorang pon berhenti kat situ. Memang sungguh menarik perhatian. Sebaik Hafiz sampai kitorg pon bergerak ke Darul 'Izzah. Nak jadi cerita, rupa2nya geng2 perodua tadi menuju ke tempat yang sama ngan weols. Kitaorg singgah kejap je.. tapi dorang ni seme akan berbuka puasa dengan penghuni Darul 'Izzah.

 

 

Sesampai di sana, kami pun menyerahkan barang2 keperluan yang telah kami beli sebelum ini (Hidup MYDIN!) kepada penghuni Darul 'Izzah. Tak ketinggalan juga goodie bag dan duit raya =)

So patutnye sume setel la kan? Bulih bergerak ke Cerana la kan? Tapi tidakkkkkkk... kereta sudah smp kat simpang, nak keluar ke jalan besar.. tiba-tiba... Along tanya.. eh ada bungkusan patut bagi dorang tadi kan? Ada kawan kita kirim? Erkk.. ada ka? Ada laaaa... maka dgn kereta beratur nak keluar simpang, bulih plak berhenti kejap.. and Hafiz pon keluar berlari2 anak patah balik ke Darul 'Izzah untuk hantar barang tu. Hai macam-macam!

Kemudian, kami pon bergerak ke Cerana.. time? Pukul 5 lebey sudahhhhhh... 





No comments:

Related Posts with Thumbnails