Wednesday, November 24, 2010

14 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 25

Oleh Kamelia Othman




SHAH ALAM: Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 menuju ke kemuncaknya apabila 12 buah lagu telah diumumkan layak untuk bersaing ke peringkat akhir.

Saingan separuh akhir muzik muzik yang diadakan tiga minggu berturut-turut sejak 8 November lalu telah menyaksikan persaingan sengit 30 buah lagu yang bertanding di peringkat tersebut.

Menurut Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan & Industri Primeworks Studio, Azhar Burhan, 14 lagu yang terpilih pada malam ini merupakan lagu terbaik dari 30 buah lagu yang dipertandingkan.

"Lagu-lagu yang dipertandingan adalah pilihan daripada pendengar, namun yang dipilih oleh pihak juri adalah lagu yang mempunyai kekuatan tersendiri berbanding lagu yang tidak terpilih pada malam ini.

"Apa yang kita lihat trend pendengar beralih kepada muzik-muzik begini. Perkembangan muzik sekarang juga melihat anak muda mencipta lagu-lagu mereka sendiri," ujarnya pada sidang media selepas selesai Separuh Akhir Muzik Muzik 25, Isnin.

Daripada 12 buah lagu yang layak ke peringkat akhir menyaksikan sebanyak empat artis berkumpulan dan lapan orang artis solo yang akan bertanding pada saingan akhir nanti.

Antara lagu-lagu tersebut ialah Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black).
Turut menjejakkan kaki ke pentas final adalah lagu Pelita (A.P.I), Mencari Konklusi (Hujan), Extravaganza (Bunface), dan Drama King (Meet Uncle Hussain).

Seramai 14 finalis akan berentap di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 25 yang akan diberitahu kelak.

No comments:

Related Posts with Thumbnails