Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 25 Mengikut Giliran
Pada jam 3 petang tadi (Selasa, 2 November 2010), Budiey sempat menghadiri Sidang Media Pengumuman Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik-Muzik AJL25 dan sesi cabutan undi yang dianjurkan oleh TV3 di Manhattan 1, Level 14, Berjaya Time Square & Convention Centre, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.30 buah lagu daripada pelbagai genre akan bertandingan dalam 3 pusingan separuh akhir mulai 8 November 2010, setiap hari Isnin jam 10 malam. Setiap malam, akan ada tema yang tersendiri iaitu Tema 80an, Tema 90an dan Tema Millennium.
Dihadiri oleh penyanyi dan artis serta komposer terlibat, sidang media ini juga menarik minat media untuk mengetahui senarai artis dan lagu yang akan bertanding dan bakal terpilih untuk ke Anugerah Juara Lagu 25.
Setelah meneliti senarai 30 buah lagu yang terpilih, Budiey dapat merasakan saingan di separuh akhir tahun ini akan lebih kerana semua lagu akan bertanding sesama sendiri. Ini menandakan tahun ini juga tiada kategori samada balada, pop rock atau irama etnik yang dipertandingkan.
Lebih kurang 80 buah lagu pencalonan telah diterima oleh pihak TV3 namun tidak semua yang terpilih kerana kali ini lagu yang dipilih berdasarkan mesra di telinga dan mesra pada pendengar. Ini bermakna, lagu dipilih berdasarkan populariti dan dipasang di radio. Undian secara online juga dibuat untuk menentukan lagu manakah yang paling digemari oleh peminat.
Sebanyak 30 buah lagu daripada pelbagai genre bakal dipertandingkan menerusi tiga pusingan yang berlangsung pada hari Isnin jam 10.00 malam bermula 8 November 2010.
Antara finalis yang hadir di sidang media petang tadi ialah Aizat; Yuna, Faizal Tahir, Adibah Noor, Lan & The Typewriter, Adira AF8, Shahir AF8 dan ramai lagi.
Separuh Akhir Muzik Muzik 25 diterbitkan oleh Ahmad Shaifullizam Arshad (Jibam) dari Primeworks Studios dan masih mengekalkan pengacara yang serasi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail.
Sebanyak 12 buah lagu yang layak akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional dan ini akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik Bahagian 3.
Siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. senarai 30 lagu yang terpilih ke Separuh Akhir Muzik-Muzik sebelum melangkah ke Anugerah Juara Lagu 25.
8 November 2010, 10 malam – 11.30 malam – Tema 80an :
- Gerak Hati – Azlan & The Typewriter / Lake & Light / Lake & Light
- Inilah Cinta – Akim/Akim/Akim
- Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
- Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
- Cinta – Mohd / Iswandy / Iswandy
- Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam
- Hujan Bunga Di Kuala Lumpur - Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali
- Bersamamu – Joe Flizzow / Johan Ishak, Joeniar Arief, Koko & Syaheed / Koko
- Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
- Oh Juwita – Nubhan / 6ixth Sense / 6ixth Sense
- Sejujur Hatimu – Adibah Noor / Azlan Abu Hassan / Adibah Noor
- Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
Source : www.budiey.com
No comments:
Post a Comment