Monday, November 1, 2010

Hafiz-Ain Meriahkan Uji Bakat RL5 Di Sarawak


Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Photography


KUALA LUMPUR, 1 NOV 2010: Mengikut rekod siri penjelajahan uji bakat Raja Lawak (RL) dari musim pertama hingga 4, Sarawak masih belum pernah menjadi lokasi untuk krew produksi mencari peserta RL.

Pun begitu, RL5 mencipta rekod baru dengan memberanikan diri mengadakan uji bakat di Go Down Amphitheatre Waterfront, Kuching Sarawak pada 30 dan 31 Oktober yang lalu.

Produser RL5, Khairul Nizam Jamaludin berkata, uji bakat yang bakal diadakan di Sarawak ini hanyalah sebagai satu percubaan saja.

"Kami sebenarnya boleh diibaratkan seperti memperjudikan situasi sama ada dapat sambutan atau pun tidak. Situasi kami sekarang ini adalah sama seperti situasi kali pertama kami mengadakan uji bakat di Sabah.

"Sejujurnya, kami yakin untuk buat di Sarawak disebabkan tahun sebelum ini kami ada peserta top 25 yang berasal dari Sarawak walaupun waktu itu kami tidak ada buat uji bakat di sana," kata Nizam.

Meneruskan penjelasan, Nizam tidak dapat menafikan di sebabkan peserta itu yang bernama Salman, Astro memberanikan diri untuk ke Sarawak.

"Bagi menghangatkan lagi uji bakat di Sarawak, hos utama RL5 iaitu Zizan dan Johan telah bersama-sama kami mencari bakat-bakat baru. Selain itu, kami juga turut mengadakan mini showcase dari 2 bintang AF iaitu Hafiz dan Ain.

"Kami juga turut membawa pelawak senior itu Mr Os untuk menjadi juri," ujar Nizam.

Siri pencarian peserta RL5 masih lagi diteruskan di Kuching, Sarawak dan di The Mall, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 November 2010.

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails