Friday, February 24, 2012

MORE 'MANIA' SCANS



Utusan Malaysia, 24th Feb 2012

Tuesday, February 21, 2012

SIDANG MEDIA 'MANIA', 20th Feb 2012


Source : aftalentaesb

Mania Bakal Lahirkan Superstar Malaysia



Teks oleh Razif Rosdi
Emel: razif_rosdi@astro.com.my
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2012: Bermula 17 Mac depan, industri hiburan tanah air akan digegarkan dengan sebuah program realiti TV terbitan Astro iaitu Mania yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Program yang akan diacarakan oleh Aznil Hj Nawawi sebagai hos utama itu, akan turut diwarnai tiga komposer hebat dari Malaysia dan Indonesia iaitu Datuk M Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani yang bertindak sebagai pendidik dan produser kepada peserta Mania.

Lebih menarik lagi, program yang diwujudkan untuk melahirkan Superstar Malaysia itu akan disertai 12 penyanyi popular tempatan iaitu Adira, Akim, Alyah, Atilia, Awi Rafael, Estranged, Hazama, Hafiz, Jaclyn Victor, Kristal, Stacy dan Shila Amzah.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, memandangkan Astro setiasa mendapat permintaan tinggi dalam mewujudkan program yang berkualiti, maka Mania diterbitkan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

"Menyedari muzik adalah satu cabang seni yang paling mendapat perhatian peminat seni hiburan tempatan, adalah baiknya kami mewujudkan program sebegini bagi memperkasakan lagi muzik tempatan.

"Pemilihan tiga nama besar sebagai penerbit muzik dalam program ini dibuat bersandarkan kajian yang mendapati latar belakang, reputasi dan kreadibiliti mereka yang berjaya membentuk ramai penyanyi yang bernama besar.

"Oleh itu, kami berbesar hati kerana mendapat kerjasama daripada penerbit muzik tersohor ini," katanya.

Dalam pada itu, keunikan program ini dilihat mampu memberikan impak berbeza dengan mewujudkan tiga kerusi istimewa yang diberi nama Hot Seat.

Platform yang diwujudkan secara undian online ini adalah untuk memberi peluang penyanyi lain yang agak kurang menyerlah dalam industri muzik tempatan untuk menjadi peserta.

Dalam posisi ini, 20 nama penyanyi tempatan yang disenaraikan kebanyakannya adalah bintang program Akademi Fantasia dan Mentor.

Tiga penyanyi yang mendapat undian tertinggi dari Hot Seat akan diberi peluang untuk bersama 12 peserta yang lain untuk menerima tugasan yang disediakan dalam program Mania.

Undian boleh dibuat dengan mengunjungi laman rasmi Mania iaitu http://www.mania.com.my/ .

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada penyanyi pilihan anda untuk sama-sama merebut gelaran Superstar Malaysia.

Sementara itu, program yang menggunakan penjurian 100% dari undian SMS itu menawarkan hadiah lumayan kepada juara iaitu wang tunai sebanyak RM 500,000.

Manakala naib johan pula bakal menerima RM200,00 dan tempat ketiga meraih wang tunai RM100,000.

Mania bakal disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Senarai peserta Hot Seat Mania

1. Idayu
2. Akma
3. Noni
4. Ebi Kornelis
5. Shawal
6. Riz
7. Toi
8. Nadia
9. Aishah
10. Aril
11. Daus
12. Maulana
13. Azri
14. Kay
15. Lena
16. Erul
17. Fina
18. Chaq
19. Fiq
20. Mohd

Source : www.murai.com.my

MANIA MENCETUSKAN REVOLUSI SUPER STAR!


Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104.

Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Program Mania bakal menyaksikan dua belas (12) penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.

Tiga (3) orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat (4) orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.

Uniknya program ini, sebanyak tiga (3) orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di http://www.mania.com.my./ Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.

20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), Riz, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).

Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.

Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200,000 dan RM100,000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.

Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!


Monday, February 20, 2012

HAFIZ WILL BE COMPETING IN "MANIA"!

Hafiz will be competing with 14 more artistes in a new show, MANIA produced by Astro commencing on March 17th 2012 on Astro Ria. The show will be hosted by Aznil Hj Nawawi and will see various artistes who has their own impressive fan bases competing against each other in 3 groups and will be mentored by 3 renowned composers, namely Datuk M.Nasir (fresh from his AJL26 win), Ahmad Dhani and Aubrey Suwito. A press conference is currently being held to launch this exciting new show! Will further updating on this once we have a full info on it...

In the mean time, here's Hafiz at the press conference, held at Solaris, Dutamas.... pic courtesy of AF Talent fb....



And here's Hafiz's official photo for Mania.....

 
Photo source : Mania Astro fb page

Hafiz @ Carta Hotfm 30, 18th Feb 2012


... it's http://www.hafizfc.blogspot.com/ .... not as Hafiz stated in the interview.... hehe.... he can be very funny sometimes!!

THE MAKING OF "SANDARKAN PADA KENANGAN"


I wonder when will the vc comes out? Hopefully we can see it soon!!

Saturday, February 18, 2012

HARIAN METRO SCANS - 17th Feb 2012



TV3 Kesal Pemenang AJL26 Tak Nampak 'Batang Hidung'


Oleh Feride Hikmet Atak

PETALING JAYA : Pihak stesen televisyen TV3 kecewa apabila hampir semua pemenang Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) tidak menghadirkan diri pada acara sambutan kemenangan mereka dan penyampaian cek.

Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Izham Omar berkata bahawa dia agak terkilan dengan ketidakhadiran para pemenang kerana majlis tersebut diadakan bersetujuan bagi meraikan para pemenang.

"Saya pun tak boleh nak cakap apa. Diakui saya kecewa apabila mereka tidak hadir sedangkan majlis ini adalah untuk mereka.

"Yang hadir hanyalah wakil daripada syarikat pengurusan masing-masing. Bagaimanapun, pihak kami tak boleh nak buat apa-apa kerana mereka memberi alasan mempunyai komitmen lain," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian cek kepada pemenang AJL26 di Sri Pentas, di sini, Jumaat.

Bagaimanapun, tambah Ahmad Izham, ketidakhadiran para pemenang tidak menjadi masalah kepadanya kerana kru-kru produksi turut diraikan pada majlis itu.

Pada majlis tersebut pemenang yang hadir hanyalah penyanyi Alyah serta komposer lagu Awan Nano M.Nasir dan Budhi Hekayat (penulis lirik). Selain itu, pengarah muzik, Ramli M.S turut hadir memberikan sokongan.

Ahmad Izham telah menyampaikan cek kepada semua pemenang dan wakil pada acara yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz, ciptaan M.Nasir dan Budhi Hekayat telah diumumkan sebagai Juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi Vokal Terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Naib Juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh 3 Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Source : www.mstar.com.my

AJL26 THANK YOU PARTY


Budiey menerima jemputan untuk ke AJL26 Thank You Party pada hari ini dan tak sabarlah nak tengok reaksi kegembiraan semua pemenang AJL menerima cek mereka pada hari ini.

Yang tentunya dalam ramai-ramai tu Hafiz Awan Nano, Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah, Faizal Tahir dan Alyah, maka Hafiz Awan Nano lah yang paling tersenyum lebar sebab dia akan menerima cek paling banyak, lebih kurang RM46 ribu la kan? Tapi itu pun kena kongsi dengan komposer dan penulis lirik. Malah, Budiey rasa, pertandingan lagu ini bukan untuk penyanyi, jadi komposer dan penulis lirik la yang akan dapat banyak.

Apa-apapun, pandai-pandai diaorang nak bagi sama banyak.

Apa-apapun, terima kasih dan juga tahniah buat semua.

Juga kepada TV3, tahniah diucapkan atas kejayaan penganjuran AJL26. Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah berjaya mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 6.5 juta ketika disiarkan secara langsung pada 29 Januari 2012, di Stadium Putra Bukit Jalil. Tahun ini, AJL26 juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik sempena meraikan ulang tahun ke-26 dengan memartabatkan lagu Awan Nano ciptaan komposer dan penyanyi berpengalaman, sifu Dato M.Nasir dan lirik oleh Budhi Hekayat.

Majlis penyerahan cek kepada para pemenang AJL26 pada hari ini akan diadakan bagi meraikan kejayaan penganjuran AJL26. Majlis tersebut juga memberikan penghargaan kepada para finalis AJL26, krew produksi, tenaga kerja AJL26 dan juga pihak media yang telah memberikan publisiti secara meluas kepada acara tersebut.

Source : www.budiey.com

HOTFM BIG JAM 2012 PRESS CONFERENCE

Friday, February 17, 2012

HAFIZ INTAI FILEM

Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my

MASIH terngiang-ngiang nyanyian lagi saat namanya diumumkan Lagu Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) lalu. Siapa mampu melupakan nyanyian merdunya menerusi lagu Awan Nano yang penuh emosi.

Begitulah penangan anak muda kelahiran Sarawak, Hafiz Suip, yang mula bertapak dalam industri sejak menjuarai Akademi Fantasia 7 (AF7). Dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dua kali berturut-turut dalam acara berprestij itu sudah cukup membuktikan kehadirannya dalam persada seni bukan olok-olok.
Sebagai penghargaan dan ucapan terima kasihnya, satu majlis kesyukuran sempena kejayaan itu dilangsungkan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini, dalam suasana sederhana.

Hafiz yang ditemui sejurus majlis tamat berkata, inilah masanya untuk ‘membalas’ jasa mereka yang berhempas-pulas memastikan dirinya berada di posisi ini. Dia juga sempat meluahkan rasa syukur kerana rata-rata individu yang dijemputnya sudi meluangkan masa hadir pada majlis istimewa itu.

Memandangkan popularitinya kini mencanak, Hafiz menyifatkan pencapaian itu hadiah kepada usaha kerasnya bergelar anak seni selama ini. Namun bukan bermaksud dia sudah boleh melabelkan dirinya sebagai artis kelas A dan mula ‘demand’.

Jauh di sudut hati, memang dia menyimpan impian untuk setanding dengan artis hebat seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Jamal Abdillah mahupun Datuk M Nasir suatu hari nanti, namun perjalanannya masih jauh.

Ditanya perancangan terbaru rencana seninya, sama ada selepas ini akan berlakon filem pula selain teruskan aktiviti nyanyian, Hafiz hanya mampu mengukir senyuman.

“Sebenarnya, saya ada juga mendengar desas-desus mengenai perancangan pihak pengurusan untuk membabitkan saya dalam filem pula selepas ini. Namun, kesahihannya masih lagi belum terbukti.

“Andai benar selepas ini saya mendapat tawaran berkenaan, apa salahnya saya mencuba. Mengenai watak, saya teringin melakonkan watak budak jahat, maklumlah jiwa muda saya masih lagi membara.

“Bagaimanapun, saya tidak pastilah macam mana agaknya lakonan saya nanti kerana saya memang tidak pandai berlakon. Memanglah sebelum ini saya pernah berlakon dalam teater muzikal Kita di Istana Budaya, namun untuk filem pastinya berbeza.

“Namun jujur saya akui, saya lebih minat untuk berlakon muzikal kerana ia menggabungkan lakonan dan nyanyian,” katanya.

Tapi apa yang pasti, Hafiz kini menantikan bagaimana agaknya kemampuan single baru, Watak yang menyusul selepas Awan Nano. Lagu keempat dalam album Masih Jelas itu yang sudah pun diperdengarkan menerusi radio adalah hasil ciptaan Aidit Alfian dan lirik Ad Samad.

Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, kejayaan berganda Hafiz itu sangat membanggakan terutama pihak pengurusan. Pencapaian cemerlang itu tidak mungkin berlaku tanpa individu-individu yang banyak menyokong dan membantu sepanjang tempoh masa berkenaan.

“Malam ini adalah sebagai tanda penghargaan dan kami sudah menjemput beberapa individu yang sememangnya terbabit dalam kejayaan Hafiz menerusi Awan Nano, selain meraikannya bersama rakan-rakan media, teman terdekat dan juga peminat.

“Saya amat terharu dengan kehadiran orang-orang penting terutamanya M Nasir, Budi Hekayat dan Herman Tino serta tidak dilupakan komposer terbabit, pembikin muzik video, jurutera bunyi dan semualah. Saya tidak mampu menyebut nama mereka semua namun terima kasih banyak.

“Selepas ini sudah banyak perancangan disusun untuk merancakkan lagi aktiviti seni Hafiz. Ketika ini, pengurusan sudah menghantar lagu Awan Nano ke Indonesia bagi rangka promosi pasaran di sana.

“Album khas versi Indonesia juga sedang dalam proses rakaman kerana dalam masa yang sama, pemilihan lagu untuk album itu masih berjalan. Berdasarkan maklumat daripada pihak sana, penerimaan lagu berkenaan agak hebat di sana terutama dalam kalangan media seterusnya melancarkan promosi.

“Dengan kekuatan pada lagu terbabit, tidak mustahil ia akan disukai pendengar di sana pula.

“Dalam masa sama, pihak pengurusan juga pastinya ada perancangan membabitkan Hafiz dalam lakonan filem. Namun, kami masih lagi mengintai mana-mana filem yang bersesuaian dengannya,” katanya.


Thursday, February 16, 2012

Akustik Hafiz Promo - 26 Februari 2012



Saksikan persembahan Hafiz secara akustik menyanyikan lagu-lagu hits seperti Noktah Cinta dan Awan Nano.

Akustik Hafiz
26 Februari 2012
11.20 Pagi
Astro Ria (104)

Source : aftalentaesb

HAFIZ @ ABPBH 2011 PRESS CONFERENCE, 15th Feb 2012

Hafiz's gonna be performing on stage for this prestigious award which will be held on 8th April 2012 at Arena of Stars, Genting Highlands.
The event theme will be LARGER THAN LIFE!
Wishing the very best of luck to Hafiz who is nominated in the Most Popular Male Singer category. Keep the votes coming!





Photo Source : ABPBH fb


Photo Source : www.budiey.com





Photo Source : www.gua.com.my






Photo Source : www,hotfm.com.my



HAFIZ WILL BE PERFORMING @ ABPBH 2011!!!


Aaron, Siti & Anuar Hangatkan Pentas ABPBH 2011
  
Petang tadi telah berlangsungnya sidang media pengumuman pengacara, penyampai trofi dan artis yang bakal membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), di Holiday Villa, Subang. Bertemakan ‘Celebration - Meraikan 25 Tahun Puncak Kegemilangan’, anugerah berprestij ini akan berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands.

4 nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan, Sharifah Shahira, Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak telah diberi tanggungjawab untuk mengemudi acara pada malam itu. Gandingan muka lama dan baru ini pastinya menambah kemeriahan anugerah yang sudahpun memasuki suku abad penganjurannya.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian kesemua anugerah pada malam itu nanti, selebriti seperti Adflin Shauki, Datuk Yusof Haslam, Eman Manan, Erra Fazira, Fazura, Nora Danish, Datin Normala Shamsuddin , Datuk DJ Dave, Rosyam Nor dan ramai lagi dipilih membarisi senarai penyampai trofi.

Bersesuaian dengan kegemilangan penganjuran anugerah ini, nama-nama besar bakal mewarnai pentas ABPBH 2011. Selain dari bintang seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Sheila Majid, Anuar Zain, Ziana Zain, Faizal Tahir, Amy Search dan Jaclyn Victor, edisi kali ini turut menampilkan barisan pelakon popular termasuklah bintang Ombak Rindu, Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani tampil membuat persembahan.

Berikut merupakan senarai penuh nama-nama yang terlibat pada ABPBH 2011 yang akan berlangsung pada 8 April 2012 di Arena Of Stars, Genting Highlands.

Pengacara
Raja Azura
Sharifah Shahira
Zizan Razak
Didie Alias

Penyampai Trofi
Ady Putra
Afdlin Shauki
Bintang Idola
Chad Hot.Fm
Deen Hot.Fm
Datuk DJ Dave
Dato’ Yusof Haslam
Eman Manan
Erra Fazira
Fazura
Harun Salim Bachik
Mustafa Kamal
Nora Danish
Normala Shamsuddin
Nurul Syuhada
Redzuan Hashim
Rosyam Nor
Shahiq Yusof
Shamsul Yusof
Wan Maimunah
Juara Bintang Idola ABPBH 2011

Persembahan
Aaron Aziz
Adira
Aizat
Alyah
Amy Search
Anuar Zain
Azhar BIBH
Azlan Typewriter
Black
Bob Yusof
Dato’ M Nasir
Dato’ Sheila Majid
Dato’ Siti Nurhaliza
Dayang Nurfaizah
Ezlynn
Faizal Tahir
Fauzi Nawawi
Hafiz
Hazama
Jaclyn Victor
Lisa Surihani
Lisdawati
Man Kidal
Maria Farida
Mas Idayu
Maya Karin
Najwa Latif
One Nation Emcees
Ramlah Ram
Salma
Shiha
Shila Amzah
Stacy
Tam Spider
VIP
Watie Elite
Ziana Zain

Source : www.gua.com.my


Wednesday, February 15, 2012

Hot FM Big Jam Kembali Menghangat!


Hot FM Big Jam, satu jenama yang sinonim setiap kali tibanya sambutan ulangtahun Hot FM, kini kembali. Konsert yang bertujuan mengungkap rasa jutaan terima kasih kepada pendengar atas sokongan mereka selama ini bakal direalisasikan pada 10 Mac depan bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Sebelum ini, Hot FM BIG JAM pernah memeriahkan Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang (2010). Pantai Timur merupakan antara kawasan yang belum pernah di singgah Hot FM BIG JAM. Selari dengan usaha untuk mempromosikan Hot FM T’Ganu dan Hot FM Klate, Dataran Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu merupakan lokasi paling sesuai untuk menyambut ulangtahun ke-enam Hot FM.

Antara barisan artis muda, senior serta serantau yang dihimpunkan termasuk Hafiz AF, Alyah, Sofazr, Ally AXL’s, Zamani Slam, Amir Ukays dan Najwa Latif bagi bahagian pertama konsert dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang. Untuk bahagian kedua konsert yang bermula dari jam 8.45 malam, pengunjung akan dihiburkan dengan Spider, Ella, XPDC, Black, dan Nidji.

Turut beraksi di pentas nanti para penyampai Hot FM - Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Leya, Kieran, Ikhwan, Suraya, Chad dan Deen. Tidak ketinggalan penyampai baru daripada Hot FM Klate iaitu Shaz, Fizie, Farid dan Renny, serta Hot FM T’Ganu, Ain, Bell, Rafly dan Azri.

Tahun ini, buat julung kalinya, Hot FM BIG JAM akan di pancarkan secara langsung di televisyen bermula jam 9.30 malam. Siaran langsung tersebut juga boleh di tonton di laman web rasmi Hot FM pada waktu yang sama. Frekuensi radio Hot FM seluruh negara pula akan menyiarkan konsert tersebut secara langsung daripada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam.

Pada hari konsert nanti, TV9 dan Hot FM akan membuka gerai bagi mempromosikan pelbagai barangan eksklusif serta aktiviti 'on ground' bermula jam 2 petang.
Anda boleh saksikan liputan Sidang Media Hot FM Big Jam 2012 oleh GUA TV di http://bit.ly/yHZC6L

Source : www.gua.com.my

Hafiz AF7 - Gala TV Majlis Kesyukuran Astro After AJL26

Tuesday, February 14, 2012

HAFIZ ANJUR MAJLIS KESYUKURAN



NAMA dan mutu vokalnya terus membuktikan bakat juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini dalam menyerlahkan legasi seninya. Bayangkan hanya dengan tiga lagu yang dimuatkan dalam album sulungnya, ia mampu meletakkan Hafiz Suip, 22, sebaris penyanyi popular sedia ada.

Album pertamanya dilancarkan Julai 2009 - sebulan selepas penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu bergelar juara dan memuatkan lima lagu yang masih popular hingga kini. Tiga daripada lima lagu itu ialah Masih Jelas, Noktah Cinta dan Awan Nano berjaya menempa kejayaan tersendiri pada Anugerah Juara Lagu (AJL) di TV3.

Lagu Masih Jelas biarpun hanya layak di peringkat akhir AJL 24 tetapi tidak memenangi apa kategori, ia sudah menjadi pembakar semangat buat jejaka yang terkenal dengan imej rambut kerinting ini. AJL 25 pula lagu Noktah Cinta dinobatkan menerusi kategori Vokal Terbaik.

Seterusnya pada AJL 26 yang baru berlangsung Januari lalu, lagu Awan Nano ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat dinobatkan sebagai Juara Lagu dan Hafiz sekali lagi menang kategori Vokal Terbaik. Meraikan kejayaan itu, satu majlis kesyukuran diadakan pada 8 Februari lalu.

"Kejayaan ini takkan datang tanpa sokongan pihak yang selalu berada setia di belakang saya termasuk pengurusan Astro, keluarga, teman seperjuangan, komposer, rakan media dan peminat. Maka dengan itu, majlis kesyukuran ini diadakan untuk sama-sama berkongsi berkat.

"Paling bermakna, ibu bapa saya turut bersama, selain peminat saya yang sudi meluangkan masa. Kejayaan diterima ini bukan alasan untuk saya mendabik dada. Sebaliknya, ia menjadi penanda aras untuk saya terus berusaha keras demi yang terbaik lagi pada masa mendatang," kata finalis Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 itu.

Turut hadir memeriahkan acara yang diadakan di hotel terkemuka di ibu kota itu ialah Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh; M Nasir; Hekayat; penyanyi, Herman Tino dan beberapa rakan artis seangkatan.

Lagu Awan Nano turut mencipta kejayaan berganda apabila memenangi kategori Lagu Terbaik (Malaysia dan Serantau) pada Anugerah Planet Muzik 2011, manakala Hafiz dicalonkan dalam kategori Artis Lelaki Terbaik Serantau pada anugerah sama.


 

HAFIZ MENTION IN RUANGAN FBI - BERITA HARIAN,


..... "Begitu juga dengan Hafiz yang mempertahankan gelaran Vokal Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut. Kemantapan vocal Hafiz tidak boleh disangkal lagi kerana sepanjang menyaksikan persembahan Hafiz di mana-mana saja, beliau tidak pernah mengecewakan.
Semasa sesi latihan sendiri kami dapat menyaksikan bagaimana Hafiz tidak langsung mengelat daripada melontarkan vokalnya yang lunak itu. Dek kerana suaranya itu juga memberikan sumbangan yang bukan sedikit untuk menghidupkan cerita tersirat di sebalik lagu Awan Nano, garapan indah Dato M.Nasir dan Budi Hekayat." ......

Sunday, February 12, 2012

KOSMO, 12th Feb 2012 SCANS



BERITA MINGGU, 12th Feb 2012 SCANS


METRO AHAD, 12th Feb 2012 SCANS



Biar macam Sudirman

Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN
imran@hmetro.com.my



INSAN paling bangga dengan kejayaan diraih penyanyi muda semakin mencipta nama, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, sudah tentu ibu bapanya, Mohd Suip Mohd Suut (Suip), 50, dan Halizawati Mohd Salleh (Haliza), 47.
Ibarat pepatah, sejuk perut ibu mengandung, begitulah bangganya Suip dan Haliza apabila anak bujang mereka yang baru mencecah usia 22 tahun berjaya memahat namanya antara terbaik dalam industri muzik tempatan.


Lagu didendangkan, Awan Nano muncul juara di majlis Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 29 Januari lalu.

Bukan itu saja, bakat Hafiz yang mula dicungkil menerusi rancangan realiti TV popular, Akademi Fantasia turut diakui hebat oleh mereka yang berpengalaman dalam industri muzik, dan memenangi anugerah Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut-turut di majlis sama menjadi bukti.


Begitupun sebagai bapa, Suip yang ditemui di majlis kesyukuran atas kejayaan diraih Hafiz di AJL26 yang berlangsung di Hotel Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, dia menjelaskan, kejayaan anaknya hari ini berkat sokongan orang keliling, terutama pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan rakan media.



“Sebagai bapa, tiada apa yang saya minta selain kejayaan akan berterusan. Begitupun, saya selalu katakan kepadanya, selain usaha, segala yang diperoleh atas izin Allah. Jangan kejayaan diraih ini membuatkan dia lalai dan leka sampai lupa asal usul,” katanya.

Mengimbas malam itu, sebagai ibu dan bapa, mereka tidak meletak harapan tinggi Hafiz akan meraih kejayaan besar.

“Kami berada di stadium pada waktu itu. Namun kami tidak dapat mendengar Hafiz menyanyi dengan jelas kerana bergema dengan jeritan peminat. Cuma dalam hati saya yakin dia boleh menyanyikan lagu Awan Nano dengan baik.

“Untuk menyatakan anak saya akan menang, tidak sama sekali kerana saingan hebat. Hafiz masih baru dalam industri seni tempatan. Saingan datang daripada mereka yang jauh berpengalaman.

“Naluri kami sebagai ayah dan ibu tetap mendoakan yang terbaik untuknya. Ternyata Allah memberikan Hafiz berkongsi rezeki bersama Datuk M Nasir dan Budi Hekayat. Kami bersyukur atas kejayaan ini,” katanya.


Menangani anak mudanya yang berdepan dunia seni yang penuh dengan dugaan dan cabaran, kata Suib, dia selalu mengingatkannya akan tujuan asal dia menjadi penyanyi dan kejar cita-cita sehingga benar-benar berjaya.


“Hafiz anak yang patuh dan pandai berdikari. Perkara itu membuatkan kami tidak pernah rasa bimbang. Begitupun, saya dan ibunya selalu memastikan kami tahu apa yang berlaku. Sering juga kami ke Kuala Lumpur untuk melawatnya. Waktu sama, ahli keluarga lain menetap di sini turut memerhatikan Hafiz.


“Bila berjauhan, kami sentiasa menghubungi satu sama lain. Untuk mengawal hidup Hafiz sepenuhnya, tidak boleh juga kerana dia sudah dewasa. Kalau ada perkara tidak berkenan di hati, kami selalu ingatkan. Hendak dipukul, dia sudah besar,” katanya.


Mengenai gosip penyanyi daripada Kuching, Sarawak itu, sebagai ibu, Haliza sentiasa mengingatkan anaknya, kalau berkawan, biar berpada-pada.


Jangan terlalu mengikut kawan jika membawa kepada keburukan, sebaik-baiknya kawan ke arah kebaikan.


“Gosip dia bercinta dan putus cinta saya anggap perkara biasa. Anak muda pada usianya, sudah tentu berkawan. Saya sentiasa bersikap terbuka, terutama membabitkan soal teman wanita,” katanya.


Berdepan situasi itu, kata Haliza, sebelum Hafiz terjun ke dunia glamor lagi dia sudah bersedia dan pendedahan diterima sebelum ini banyak membantu.


“Saya sebelum ini sering membaca akhbar dan majalah. Sudah tahu dan masak gosip adalah mainan dunia artis. Sebagai orang dikenali, saya percaya Hafiz tidak boleh lari daripada semua ini. Saya percaya dia mampu menanganinya dengan baik,” katanya.


Dia lebih senang jika Hafiz berkawan dulu dan tidak terlalu memikirkan soal teman hidup, kerana anaknya masih muda dan banyak lagi perkara perlu dikejarkan.


Dia tidak mahu Hafiz keciciran mengejar apa yang sepatutnya. Apabila tiba masa, dia yakin anaknya bertemu jodoh sesuai.


Mengenai harapan mereka terhadap Hafiz dan kerjaya dipilih, kata Haliza, tiada apa yang diharapkan selain anaknya berjaya mencapai cita-citanya dengan menjadi penghibur disegani seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza.


Menerusi bakat dimiliki Hafiz, dia mengharapkan anaknya bukan saja berjaya untuk diri sendiri, tetapi menyumbang kepada industri muzik dan juga negara.

Source : www.hmetro.com.my


'AKUSTIK' BEHIND THE SCENE SHOTS




Source : AF Talent fb


Watch out for AKUSTIK coming soon on Astro Ria.....

Hafiz Mahu Kekalkan Identiti Muzik Balada

Hafiz Suip mahu kekalkan identiti muzik balada. - Foto ihsan SHAREZA SHAFIEE

Oleh WAHIDUZZAMAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz Suip (AF7) berkata selepas hampir tiga tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, sudah tiba masa untuk dia mencari lagu-lagu yang bersesuaian dengan kekuatan vokal dan stail nyanyian agar ia menjadi identitinya.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip berkata dia perlu mencari lagu-lagu yang sinonim dengan kelebihan vokalnya untuk terus bertahan dan memantapkan lagi namanya di persada muzik.
“Saya perlu terus mencari lagu-lagu yang bersesuaian dengan vokal dan stail nyanyian saya. Lagu-lagu seperti Noktah Cinta dan Awan Nano terbukti cukup sinonim dengan saya.
“Sebagai orang baru, saya perlu mencari identiti itu bagi mengukuhkan diri saya di dalam industri muzik,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.
Hafiz berkata penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Datuk M. Nasir, Amy Search dan Jamal Abdillah masih bertahan dan kekal relevan sehingga kini kerana identiti muzik mereka yang sangat utuh di mata peminat.

“Saya mahu menjadi penyanyi yang mempunyai identiti muzik yang kuat. Apabila orang dengar sahaja lagu, orang sudah tahu itu adalah identiti saya.
“Persaingan yang sengit di antara penyanyi baru dan lama serta perkembangan muzik yang drastik memerlukan seseorang penyanyi itu menjadi kreatif,” katanya.
Buktinya, Hafiz berkata lagu ‘single’ terbaru berjudul Deklamasiku ciptaan Kuncidemak dan Iszduliza juga mempunyai identiti muzik seperti Awan Nano yang berentak balada dan menonjolkan kekuatan vokal.
“Apabila lagu itu keluar nanti, anda akan dapat kesan bahawa elemen dan penjiwaannya juga tidak jauh beza dengan lagu Awan Nano.
“Memandangkan lagu seumpama ini mendapat sambutan dan bersesuaian dengan saya, maka saya akan kekalkan identiti itu,” katanya yang merancang untuk memasarkan lagu ‘single’ tersebut tidak lama lagi.

Source : www.mstar.com.my
Related Posts with Thumbnails