Wednesday, May 25, 2011

Saturday, May 14, 2011

Hafiz @ HIP Berita Harian - Ku Ada Kamu

Ku Ada Kamu

Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhnews@bharian.com.my
2011/05/12


Mengaku hubungan rapat tetapi enggan masing-masing mengulas soal cinta

TIDAK mahu perihal peribadi mahupun hubungan cinta dibayangi perjalanan seni kedua-dua bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF) ini membuatkan pasangan ini memilih untuk mendiamkan diri. 

Ketika gosip hangat mengatakan pasangan ini bercinta, Hafiz dan Adira lantas menyifatkan hubungan mereka sebagai hanya teman rapat, namun tidak menolak jodoh jika mereka ditakdirkan bersama.


Selebriti juga bagaikan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan, namun perihal yang membangkitkan soal hati ini ditolak tepi dulu kerana kedua-dua anak muda ini mahu dikenali berdasarkan bakat dan kerjaya, bukannya bayang-bayang kisah peribadi.

Kami masih muda


Ditemui ketika sesi fotografi di Studio Berita Harian baru-baru ini, Mohd Hafiz Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz, 21, dan Siti Adira Suhaimi yang selesa dengan panggilan Adira, 20, tampak selesa bersama namun masing-masing jelas tenang saja apabila diasak berulang kali mengenai hubungan peribadi mereka.

“Kami hanya teman rapat dan kini masih dalam mengenal hati budi masing-masing. Secara jujur, saya memang antara peminat Adira dan tidak dinafikan saya banyak mengundi dia semasa dia di dalam Akademi Fantasia.

“Saya menggemari sikapnya yang penyayang, ceria dan comel serta karektor itu membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Memang diakui kami rapat namun belum sampai di tahap yang serius.

“Namun, hubungan cinta ini kami ketepikan dulu kerana saya dan juga Adira, masing-masing mahu fokus kepada kerjaya kami, tambah lagi kami masih muda sangat serta banyak lagi yang perlu kami pelajari,” ujar jejaka kelahiran Sarawak ini.

Seolah berjanji, turut memberi reaksi yang sama, Adira, gadis berketurunan Kadazandusun ini berkata Hafiz adalah teman rapatnya yang memahami dirinya yang masing-masing berstatus selebriti kelahiran program realiti yang sama.

Katanya, pada usia mereka yang masih muda, mereka mahu memberi tumpuan pada kerjaya dalam bidang seni bukan dengan menghabiskan masa membesar-besarkan gosip peribadi yang mungkin boleh mengganggu kelancarannya kerjaya masing-masing.

“Kami kenal sejak keluar dari AF lagi, dan dari situ terjalinnya persahabatan kami. Makin lama, kami jadi makin rapat dan Hafiz juga banyak membantu saya dalam menguruskan karier seni saya serta kami banyak meluangkan masa bersama melepak bersama rakan-rakan.

“Hafiz seorang yang kelakar dan saya selesa berkawan dengan dia. Oleh itu, beri kami ruang untuk mengenali masing-masing dengan lebih mendalam lagi dan tidak salah rasanya untuk kami berkawan. Hal peribadi bukanlah sesuatu yang perlu dihebahkan,” ujar gadis genit ini.

Memang meminati Adira


Hubungan mereka menjadi bertambah hangat apabila Adira dan Hafiz akan tampil berduet menyanyikan runut bunyi untuk filem romantis, Ombak Rindu yang dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

Lagu nyanyian duet ini adalah lagu tema utama untuk filem tersebut, diberi judul sempena nama filem itu sendiri Ombak Rindu.

Selain itu, kedua-dua bintang muda ini mahu terus melakar nama mereka dalam dunia seni tanah air di mana Hafiz, jejaka yang popular dengan lagu Awan Nano ini sedang sibuk dengan pembikinan lagu single berjudul Ku Akui yang dijangka keluar pada tahun depan.

Juga, bersempena Hari Ibu ini, Hafiz bersama tiga teman seangkatan iaitu Akim, Aril dan Maulana akan mengeluarkan lagu yang bertajuk Warkah Untuk Ibu, khas untuk kaum wanita yang sudah bergelar ibu di luar sana.

Hafiz juga dilantik sebagai penyanyi lagu tema untuk Sukan Sukma yang diberi judul Sukan Negara. Juara AF7 ini akui rezekinya makin murah selepas memenangi anugerah Vokal Terbaik bagi Anugerah Juara Lagu yang lepas.

Melihat kepada perjalanan seninya yang masih jauh, Hafiz menyatakan hasratnya untuk membuka studio rakamannya sendiri kerana sebagai insan seni pastinya dia mahu terus berkarya selain memperbaiki kehidupan keluarganya yang jauh di Sarawak.

Tenang berdepan gossip


Naib juara AF8, Adira yang tidak putus-putus dikecam kontroversi ini tidak goyah dengan gosip yang melanda dirinya.

“Yang lepas biarkan ia berlepas begitu saja. Jika saya betul, saya tidak perlu takut dengan semua itu dan sedikit pun saya tidak marah dengan gosip yang dilemparkan kepada saya. Malah saya menerima semua ini dengan minda yang terbuka.

“Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi dan oleh sebab itu saya mengambil tindakan untuk mendiamkan diri. Lagi banyak saya bercakap, lagi banyak hal yang timbul. Saya tidak boleh untuk menjaga hati semua orang dan sebagai artis baru yang mahu melangkah dalam bidang ini, saya memerlukan sokongan dari ramai pihak.

“Jika secara tidak langsung saya ada membuat kesalahan sebelum ini ataupun terlanjur, saya ingin meminta maaf. Saya juga sebagai manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan,” kata gadis kelahiran Ranau, Sabah ini yang mahu fokus kepada karier seninya di samping melebarkan sayapnya ke dunia lakonan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Ada Kamu dan Ilusi ini dalam usaha mempertajamkan bakat lakonan dan pertuturannya dengan menghadiri kelas Bahasa Melayu serta kelas lakonan.


Nama: Mohd Hafiz Mohd Suip
Umur: 21 tahun
Asal: Kuching, Sarawak
Kerjaya: Penyanyi dan pelakon
Pencapaian: Juara AF 7, Tempat Ketiga dan Vokal Terbaik AJL25
Single popular: Masih Jelas, Noktah Cinta, Awan Nano
Drama: Kau & Aku


Nama: Siti Adira Suhaimi
Umur: 20 tahun
Asal: Ranau, Sabah
Pencapaian : Naib juara AF

Single Popular: Ku Ada Kamu, Ilusi

Source : www.bharian.com.my

Monday, May 9, 2011

Hafiz @ MStar - the scan

Hafiz Obses Koleksi Permainan Kawalan Jauh

Oleh WAHIDUZZAMAN

SEPERTI orang lain, penyanyi muda Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz (AF7) ini juga mempunyai beberapa koleksi barangan yang cukup bermakna buat dirinya.

Ketika ditanya tentang barang-barang yang sentimental dalam hidupnya, dengan serta-merta Hafiz menuding jari ke arah tiga beg besar yang berisi pelbagai koleksi kereta, helikopter dan bot kawalan jauh.

Hafiz memang obses pada koleksi tersebut kerana dia berasa tenang dan asyik setiap kali ‘melayan’ permainan-permainan itu.

Selain itu, jangan tak tahu penyanyi yang sedang popular dengan lagu Awan Nano ini juga sentiasa membawa sehelai tuala kecil, ke mana saja dia pergi.

Nak tahu, kenapa? Mari kita intai barang-barang kesayangan anak kelahiran Bumi Kenyalang, Sarawak ini.



Patung Transformers


Patung figura aksi Transformers ini adalah antara koleksi yang paling disayanginya. Juara AF7 ini sudah memiliki dua daripada karakter filem tersebut iaitu Optimus Prime yang berharga RM399 dan Bumblebee (RM299). Dua patung ini dibeli dengan duit simpanan dia sendiri. Sebenarnya, ini hanya sebahagian saja sebab masih ada beberapa koleksi patung figura aksi yang lain disimpan di rumah.



Kasut


Kalau orang lain suka pada kasut yang cantik dan bersih, lain ceritanya dengan Hafiz. Dia suka kasut yang nampak lusuh dan kotor. “Baru nampak rock!” katanya. Setiap kali Hafiz membeli kasut baru, pasti dia akan memijak kasut tersebut agar menjadi kotor. Dalam banyak-banyak kasutnya, kasut berwarna putih ini yang paling bermakna. Ia cuma berharga RM39 dan tidak berjenama tetapi cukup sentimental. Sehingga hari ini, dia baru pakai kasut tersebut sebanyak dua kali saja iaitu ketika menghadiri sesi fotografi buat pertama kali dan ketika mengadakan persembahan nyanyian. Ini adalah kasut pertama yang dibelinya selepas keluar AF.



Kereta, bot dan helikopter


Selain koleksi patung figura aksi, Hafiz juga ‘gila’ pada kereta, bot dan helikopter kawalan jauh. Bukan satu dua unit yang dimilikinya, malah mempunyai pelbagai jenis barangan itu. Dia bukan saja sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli permainan malah terpaksa menahan telinga kerana ibunya sering membebel akibat tabiat berkenaan.



Jam tangan


Jam tangan berjenama TW Steele ini adalah pemberian bekas Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai perangsang kepadanya selepas bergelar juara program itu. Walaupun sudah calar sedikit, Hafiz sangat menghargai jam yang berharga ribuan ringgit ini.



Rantai leher


Rantai leher dengan huruf ‘H’ ini dibeli oleh Hafiz dari kedai aksesori milik rakannya di Kuching, Sarawak. Sudah setahun Hafiz memakai rantai berharga RM100 ini. Kata Hafiz, memandangkan ketika itu kawannya baru memulakan perniagaan aksesori, maka dia pun diberi harga istimewa.



Anak patung kanggaru


Anak patung kanggaru ini juga ada cerita tersendiri. Dalam banyak-banyak hadiah peminat, anak patung ini punya cerita yang terlalu peribadi untuk dikongsikan. Sebagai penghargaan kepada peminat nombor satunya itu, Hafiz menggantung anak patung ini pada beg galasnya dan dibawa ke mana saja.



Jaket hitam


Jaket berwarna hitam ini mempunyai kenangan manis dan diibaratkan seperti perintis jalan sehingga dia bergelar penyanyi profesional pada hari ini. Dia membeli jaket itu pada usia 16 tahun ketika hendak memasuki peringkat akhir sebuah pertandingan nyanyian di Kuching, Sarawak.


Jaket Ben 10


Jaket kulit berwarna hijau ini cukup eksklusif kerana ia daripada jenama kartun popular Ben 10. Jaket yang diimport dari Amerika Syarikat ini adalah hadiah penghargaan selepas Hafiz menyumbangkan suaranya untuk rancangan alih suara watak utama kartun itu pada tahun lalu.



Tuala kecil


Memang sudah menjadi tabiat sejak kecil, Hafiz pasti membawa sehelai tuala kecil ke mana saja. Antara sebab utamanya adalah kerana Hafiz mudah berpeluh. Dengan adanya tuala pada setiap masa, mudahlah untuknya mengesat peluh. Selain itu, masalah lelah yang dihadapinya sejak kecil juga membuatkan Hafiz tidak pernah lekang dengan tuala kecil. Namun, tuala berwarna biru ini cukup istimewa kerana ia dibelikan oleh ibunya. Jika tak ada tuala itu, Hafiz tak boleh tidur malam. “Tuala ‘busuk’ saya ini macam nyawa,” katanya.

Sunday, May 8, 2011

Wednesday, May 4, 2011

Hafiz (AF7) Minum Madu Elak Sakit Tekak, Hilang Suara


Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz (AF7) melakukan petua dengan menelan sesudu madu lebah bagi mengelak hilang suara dan sakit tekak ketika membuat persembahan.

Hafiz berkata, dia turut membataskan pengambilan makanan pedas dan meminum ais kerana mahu memastikan penjagaan vokalnya sentiasa terpelihara.

“Sebagai penyanyi, vokal adalah aset saya untuk cari makan. Apatah lagi, selepas memenangi anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL) tempoh hari, sudah tentu saya perlu jaga mutu vokal agar konsisten setiap kali mengadakan persembahan.

"Selain mengurangkan pengambilan makanan pedas dan minuman berais, saya akan telan sesudu madu lebah asli pada setiap kali bangun daripada tidur.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah lagi berdepan masalah kritikal seperti tiada suara atau sakit tekak yang serius," katanya.

Diusik tentang populariti dirinya yang berada pada tahap sederhana walaupun memiliki bakat berbanding segelintir bintang-bintang muda hari ini, Hafiz berkata: "Kalau setakat hendak popular, saya boleh saja cari publisiti murah tapi apa gunanya semua itu.

"Tak guna kalau kita popular jika tiada impak atau sumbangan pada industri. Bukan bermakna populariti tak penting tapi saya selesa dengan apa yang dilalui hari ini.

"Biarlah tidak begitu popular atau menjadi perbualan orang pada setiap masa, asalkan kehadiran saya memberikan impak pada dunia nyanyian."

Terbaru, penyanyi lagu Awan Nano ini bakal terlibat dengan penggambaran muzik video lagu tema filem Ombak Rindu bersama kekasihnya, penyanyi Adira (AF8), pada minggu depan.

Hafiz pernah memenangi trofi vokal terbaik dan mendapat tempat ketiga di AJL25, Januari lalu.

Related Posts with Thumbnails