Yeahhhhhh!!! Awan Nano for Anugerah Juara Lagu (AJL) 26!! Congrats to Dato' M.Nasir and Buddhi Hikayat for the wonderful composition... and of course, our beloved afro boy, HAFIZ!!! No one else can do justice to the song other than you......


All the best in the final on 29th January 2012 & lots of love from all of us at HafizFC.




Friday, January 27, 2012

Projek Khas bersama Muzium Negeri Pahang




KESERASIAN yang ada antara Hafiz dan komposer terkenal, Ajai sudah terjalin lama hingga kerjasama mereka menerusi lagu Noktah Cinta berjaya menerima pelbagai pengiktirafan.
Lantas tatkala komposer berbakat besar itu sedang sibuk menguruskan projek khasnya bersama Muzium Negeri Pahang, nama Hafiz menjadi pilihan utama bagi menyanyikan lagu tema institusi kesenian negara itu.
Hafiz dipilih menyampaikan lagu Kita Satu yang dicipta melodinya oleh Ajai dan liriknya ditulis Pengarah Lembaga/Kurator Muzium Negeri Pahang, Ahmad Farid Abd Jalal.

Kita Satu akan dimuatkan dalam album khas sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang kebetulan disambut di Pahang pada tahun ini. Lantas album itu akan dijadikan material istimewa Muzium Negeri Pahang, selain menjadi bahan rujukan tetamu yang diundang nanti.

Jelas Hafiz, peluang bekerjasama dengan pihak muzium adalah satu lagi profil positif buatnya.

“Saya berbesar hati apabila diberitahu mengenai projek khas ini dan kembali bekerjasama dengan abang Ajai yang sememangnya cukup saya hormati. Mana tidaknya, ini adalah pertama kali saya berpeluang bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri seperti ini dan menyampaikan sebuah lagu yang akan dijadikan buah tangan istimewa Muzium Negeri Pahang.

“Jujurnya, Kita Satu adalah sebuah karya yang indah. Lagu ini bagai memberi inspirasi dan motivasi kepada sesiapa yang mendengarnya. Malah pertama kali mendengarnya, saya sudah tertarik kerana ia bagai menjadi satu lagi peningkatan dalam profil saya sebagai seorang penyanyi.

“Jarang sekali kita dapat mendengar sebuah lagu yang penuh dengan rasa semangat. Saya melihat kandungan tersirat yang ada dalam lagu ini jelas mencerminkan semangat perpaduan dan cintakan 1 Malaysia,” katanya.

Penggambaran klip video lagu ini dilakukan di sekitar bandar Diraja Pekan dan Tasik Chini, Pahang selama dua hari.

Tambah Hafiz, ini juga adalah satu pengalaman baru buat dirinya kerana berpeluang bekerjasama dengan barisan produksi muda dan pihak muzium sendiri yang tidak lekang menemaninya.

“Konsep dan pengarahan muzik video ini cukup menarik kerana latar belakangnya yang indah dan cukup menarik di bandar Pekan serta Tasik Chini. Saya sendiri pertama kali ke sini dan melihat sendiri keindahan dua lokasi yang menjadi pilihan utama. Selama dua hari di sini menyiapkan proses pembikinan muzik video ini, saya banyak menimba ilmu dan pengalaman baru.

“Saya sukakan hasil kerja tenaga produksi yang mana masing-masing kreatif dan bersungguh-sungguh terutama pengarahnya, Fakhrul Amin Ramli yang bijak bermain imaginasi. Saya selesa sepanjang bekerjasama dengan mereka yang berharap agar ada lagi projek-projek lain selepas ini,” katanya.

Lagu Kita Satu ini dirakamkan selama satu jam saja oleh Hafiz di studio Wake The Baby. Malah anak jati Kuching, Sarawak ini akan turut menyanyikan sebuah lagi lagu sentuhan komposer dan penulis lirik yang sama berjudul Matahari Tak Cukup Indah.
 

 


Tenang berdepan musibah

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my

MUDA...Hafiz punya vokal yang memukau serta perjalanan seni yang kemas

MEREDAH jauh ke Tasik Chini mengikuti pengembaraan si juara Akademi Fantasia (AF) 7, Hafiz, bulan lalu untuk menyiapkan muzik video projek khasnya bersama Muzium Negeri Pahang, Kita Satu adalah satu perjalanan penuh makna.

Hafiz laju bercerita sambil menyifatkan setiap apa yang dizahirkan sebagai satu pandangan semata-mata.


Namun jauh di hatinya, Hafiz mengakui status selebriti yang diheret membuatkan dirinya sentiasa sedar kisah peribadinya menjadi tatapan umum walaupun berat untuk jiwanya menerima hakikat itu.

Jelas Hafiz: “Inilah yang saya pelajari sejak awal melangkah menjadi penyanyi.

Kisah peribadi bukan lagi rahsia kerana setiap gerak-geri sudah menjadi perhatian ramai. Lantas jika ada bertanya mengenai perasaan saya setiap kali terpalit kontroversi atau kisah negatif, saya hanya pasrah dan berharap agar kisah itu lekas hilang,” katanya.
Tambah Hafiz yang kini baru berusia 21 tahun, dia enggan terus dibabitkan dengan kontroversi percintaannya dengan finalis AF, Adira serta pergaduhan yang pernah berlaku antaranya dengan seorang ‘pengkid’ yang dikatakan bekas kekasih Adira ketika itu.

Namun kini, jiwanya tenang dan lapang.

Entah apa punca dan silapnya, hubungan anak kelahiran Kuching, Sarawak ini dengan Adira terkandas di tengah jalan.

“Saya tidak mahu lagi berbicara soal cinta, apatah lagi apabila mengaitkan lagi saya dengan sesiapa yang sebelum ini pernah punya sejarah dengan saya.
Biarlah yang berlalu itu terus hanyut dan usah lagi diimbas kembali kerana saya menganggapnya sebagai satu pengajaran yang mematangkan saya,” katanya tersenyum.

Jelas si pemilik nama sebenar, Mohd Hafiz Mohd Suip ini lagi, sudah tiba masanya untuk meletakkan sepenuh fokus pada kerjaya dan percaturan masa depan tanpa perlu membebankan lagi dengan kisah remeh.

“Saya pegang pesan ayah dan ibu, sebelum sibuk menyayangi orang lain, perlu ingat akan diri sendiri. Lantas saya melihat apa yang pernah dibisikkan kepada saya itu adalah benar belaka. Mengapa harus saya memperjudikan diri sendiri untuk sesuatu yang belum pasti. Justeru, kini saya lebih berhati-hati agar tidak lagi tersilap langkah.

“Namun tidak sekelumit kesal atau terkilan dengan apa yang berlaku terutama berkaitan isu cinta dan pergaduhan sebelum ini kerana semua itu saya lihat sebagai satu pengalaman yang sebenarnya mendewasakan saya. Saya selalu bersyukur kerana apa yang berlaku tidak semuanya berlaku begitu saja, sebaliknya ia membekas 1,001 pengajaran untuk saya lebih matang.

“Kini saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya seronok dengan apa yang dimiliki hari ini.
Walaupun masih muda dan baru, saya sudah dapat apa yang pernah diimpikan sebelum ini. Cuma sekarang saya perlu lebih bekerja keras untuk terus membina nama dan profil sebagai seorang penyanyi,” katanya.

Hafiz yang juga anak sulung daripada tiga beradik ini pernah diangkat Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat tempat ketiga pada Anugerah Juara Lagu ke-25 tahun lalu menerusi lagu keramatnya, Noktah Cinta.

Malah ketika Anugerah Planet Muzik (APM) tahun lalu, sekali lagi Hafiz berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik Malaysia dan Lagu Terbaik Keseluruhan menerusi lagu Awan Nano.

Jelas Hafiz yang menyifatkan perjalanan kerjayanya sebagai satu permulaan utopia indah buatnya, apa yang penting adalah terus mengukuhkan nama yang ada serta menguatkan lagi empayar yang sudah sedia dibina.

“Saya bersyukur kerana peminat menerima saya seadanya. Malah saya berasa amat bertuah kerana sentiasa berpeluang bekerja dengan ramai komposer yang hebat serta menyanyikan lagu yang indah. Itu satu pencapaian buat saya apabila ramai pihak meletakkan kepercayaan kepada saya. Saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk saya kembangkan kerjaya.

“Sekarang saya menerima pula undangan untuk melebarkan sayap jauh ke Indonesia pula selepas ada pihak yang berminat untuk memasarkan album saya di sana sebaik melihat kemenangan saya ketika di APM lalu. Lagu Awan Nano yang dicipta M Nasir sememangnya sebuah lagu yang indah dan sukar untuk diterjemahkan dalam bentuk nyanyian.

“Saya gembira apabila ada pihak melihat keistimewaan itu. Sekarang saya sedang sibuk bersama pihak pengurusan untuk mencatur langkah ke seberang kerana inilah ruang terbaik buat saya jika ingin bertahan lama. Album saya akan dipasarkan di seluruh Indonesia dan jika diberi kesempatan, saya ke sana untuk sebuah persembahan pentas nanti.

“Ini satu lagi perancangan yang baik buat saya kerana setidak-tidaknya, saya dapat membuktikan sesuatu kepada keluarga dan peminat yang tidak henti menyokong selama ini,” katanya yang bersedia memperkenalkan Awan Nano dan Noktah Cinta buat peminat di sana.

Setakat ini, Hafiz sudahpun menerima dua lagu sentuhan komposer di sana. Impiannya untuk berduet atau bekerjasama dengan idolanya, Giring (Nidji).

“Saya sekarang mengumpul material untuk album baru. Genre dan konsepnya masih sama iaitu pop balada yang sememangnya menjadi kekuatan kepada saya. Insya-Allah, album terbaru ini akan dipasarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini bagi mengubati kerinduan peminat yang sering kali bertanya,” katanya.



Trivia Hafiz

  • Hafiz pernah mengacara program Menuju Puncak di Astro Ria.
  • Terbabit dalam projek alih suara bahasa Malaysia untuk watak Ben Tennyson dalam Ben 10: Alien Swarm.
  • Terbabit dalam teater KITA The Musical pada 2010.
  • Menerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Kesenian sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011.
  • Pertaruhkan lagu Awan Nano pada Anugerah Juara lagu ke-26, Ahad ini.

     
  • Source : http://www.hmetro.com.my/


    

    

    Thursday, January 26, 2012

    AJL26 : Awan Nano Hafiz Ancaman Finalis Lain


    Kali terakhir sifu M.Nasir muncul mempertandingkan hasil karya beliau di pentas AJL adalah pada tahun 2007, di mana Mawi diberi kepercayaan untuk mendendangkan lagu Angan dan Sedar sebagai finalis AJL ke-22. Pada malam tersebut, lagu Angan dan Sedar dendangan Mawi berjaya menambat hati barisan juri profesional serta juri awam untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik. Tahun ini sifu kembali dengan Awan Nano, lirik oleh Budi Hekayat sementara Hafiz diberi kepercayaan untuk mendendangkan lagu ini pada malam AJL 26 nanti.

    Awan Nano dilihat mempunyai kekuatan dari segenap penjuru. Hasil buah tangan M.Nasir setelah hampir 4 tahun menyepi dari pentas AJL ini memang tidak dapat dinafikan kehebatannya. Melodinya sangat indah ditambah pula dengan lirik yang puitis dari Budi Hekayat, lagu ini memang satu ancaman buat 11 finalis AJL 26 yang lain.

    Kehebatan vokal Hafiz sememangnya telah diketahui umum. Tambahan pula beliau mampu menjiwai bait lirik yang ditulis oleh Budi lantas disampaikan dengan penuh penghayatan. Awan Nano merupakan nukilan sulung daripada Budi Hekayat. Nampaknya, M.Nasir memang hebat dalam mengesan bakat terpendam seseorang lantas memberi kepercayaan penuh kepada Budi untuk menyumbangkan lirik beliau ke dalam lagu ini.

    Pertama kali mendengar Awan Nano, hati ini membuak-buak ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan Awan Nano itu sendiri. Apakah cerita yang cuba disampaikan oleh Hafiz di sebalik melodi indah gubahan M.Nasir ini? Setelah menonton klip videonya, barulah sedikit gambaran dan tafsiran dapat dibuat. Secara dasarnya, hargailah sesuatu yang kita ada selama ini sebelum tatkala kita sedar akan kepentingannya, Awan Nano telah pun pergi meninggalkan kita.

    Begitulah gambaran hebatnya lagu Awan Nano ini, sehingga paling tidak pun terdetik di benak kita untuk membuka kamus mencari erti Awan Nano itu sendiri.

    Source : www.gua.com.my

    

    Hafiz AF Azam Pertahan Vokal Terbaik AJL26



    KUALA LUMPUR – Bekas Bintang Akademi Fantasia (AF), Hafiz berazam mahu mengekalkan kategori Vokal Terbaik menerusi lagu Noktah Cinta yang dimenanginya pada Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25) tahun lalu pada AJL26 Ahad ini.

    Bagaimanapun, penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu tidak menafikan tahun ini dia bakal melalui laluan getir kerana saingan untuk kategori itu sangat sengit terutamanya melalui lagu Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

    “Tahun ini saya akan mempertaruhkan lagu Awan Nano ciptaan Datuk M. Nasir di mana saya tidak berharap lagu itu akan memenangi kategori Lagu Terbaik atau AJL. Tetapi kalau boleh saya mahu menang kategori Vokal terbaik.

    “Cuma laluan saya tahun ini agak sukar kerana lagu Beribu Sesalan menampilkan tiga vokalis yang hebat. Apa pun saya akan melakukan yang terbaik untuk lagu Awan Nano. Lagu ini pun agak sukar dibawakan kerana ia menampilkan melodi yang tersendiri,” katanya.

    Justeru, bagi menghadapi AJL26 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Januari ini pukul 9 malam, Hafiz sedang melakukan pelbagai persiapan rapi termasuklah daripada segi latihan vokal.

    “Buat masa ini saya sedang mengikuti latihan vokal yang dibimbing oleh bekas guru vokal AF iaitu Cikgu Shafi. Saya juga akan melakukan kejutan tetapi biarlah saya rahsiakan dulu dan persembahkannya pada malam AJL26 nanti,” ujarnya.


    Related Posts with Thumbnails