Wednesday, February 4, 2015

Pray for his speedy recovery!!






Hafiz Suip kena slipped disc

KUALA LUMPUR : Sejak empat hari lalu, Hafiz Suip dimasukkan ke sebuah hospital di Subang Jaya kerana masalah sakit tulang belakang (slipped disc).

Hal itu dimaklumkan penyanyi lagu Matahari itu di laman Instagramnya.

Menurut juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu, doktor menyarankan beliau untuk berehat selama seminggu sebelum meneruskan segala aktiviti termasuk kerjaya seninya.

"Hal ini terjadi ketika saya bermain futsal baru-baru ini. Saya banyak buat aktiviti berat dan lincah juga. Doakan saya cepat sembuh," katanya ringkas yang kali terakhir terbabit di arena seni menerusi program Mentor Legend di TV3.


Ditanya mengenai pencalonan awal kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014, Hafiz yang cukup sinonim dengan kategori berkenaan terus mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminatnya.

"Kepada peminat yang mengundi saya terima kasih," katanya.

Hafiz juga dijangka melangsungkan pertunangan pada 27 Februari ini di Hotel Pullman, Kuching dengan gadis yang dikenali sebagai Effy.

Sempat ditanya bila pula beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan Effy, Hafiz berharap semuanya dipermudahkan.

"Insya-Allah. Kita sama-sama doakan yang terbaik," katanya yang enggan mendedahkan bila bakal berkahwin.





Mentor Legend 2014 - Aku dan Dirimu (Nadeera & Hafiz)

Related Posts with Thumbnails