Tuesday, March 27, 2012

AHMAD DHANI MEMILIH HAFIZ DALAM 'MANIA'



Tak perlu lagi kami nak memperkenalkan Hafiz penyanyi Awan Nano ni kepada semua orang, sudah tentulah semua tahu bakat yang beliau miliki sehingga melayakkannya menggenggam gelaran Juara AJL -26 kan? Mungkin atas faktor ini juga yang membuatkan Ahmad Dhani memilih Hafiz untuk menjadi anak muridnya.

Kekuatan vokal Hafiz ketika mendendangkan lagu Permintaan Hati nyanyian Letto memikat Ahmad Dhani, walhal semua orang ingat Hafiz bakal menyertai empayar tersohor M Nasir, tapi ternyata jangkaan kita meleset. Itulah antara kejutan yang berlaku ketika sesi pemilihan kedua pada minggu ini.

Dalam masa yang sama, tiga lagi penyanyi iaitu Adira, Alyah dan kumpulan Kristal mendapat jawapan siapakah produser mereka. Kristal yang serba hitam kena dengan tema apabila menyanyikan lagu Opera Hidup (Wings) ala-ala rock gitu, dan secara tak langsung memikat M Nasir untuk berkolaborasi bersama.

Manakala Adira yang mendendangkan lagu Pulanglah berjaya memikat hati empayar Aubrey Suwito, begitu juga Alyah yang memilih lagu Russian Roullete daripada Rihanna.Â
Namun, bila ditanya Ahmad Dhani, beliau sedikit terkilan kerana tidak dapat memiliki Alyah sebagai anak didiknya kerana merasakan Alyah mempunyai vokal yang hebat selain daripada peka dengan lagu-lagu semasa.

Haruslah rasa terkilan, Alyah hebat, begitu juga dengan Hafiz, kalau menang, RM 500,000 akan jadi milik pemenang woo… Jadi, empayar produser kene memilih anak murid dengan sebaik-baiknya.

Source : www.meow.my

Monday, March 26, 2012

ERA TV - Mania minggu ke-2


Source : RadioEra

HARIAN METRO, 26th March 2012 SCANS



BERITA HARIAN, 25th March 2012 SCANS





HAFIZ MILIK AHMAD DHANI

Excerpts :

RAMAI yang pasti mengandaikan penyanyi Awan Nano, Hafiz akan jatuh ke empayar produser tersohor, Datuk M Nasir pada konsert minggu kedua Mania Sabtu lalu namun realitinya dia menjadi milik Ahmad Dhani. Harapan untuk melihat mereka berkolaborasi semula juga nampaknya tidak akan kesampaian dalam Mania selepas ia diputuskan begitu.
Rezeki penyanyi berambut afro ini nyata lebih memihak kepada vokalis kumpulan Dewa itu dan selama 10 minggu dia akan menjadi anak murid Ahmad Dhani. Terkenal dengan kekuatan pada lagu berentak balada, transformasi dan suntikan yang bagaimanakah akan digunakan Dhani untuk evolusikan Hafiz menjadi Superstar?

Mendendangkan lagu Permintaan Hati nyanyian asal kumpulan Letto, inisiatif tidak terlalu mencuba Hafiz dalam konsert kali ini dilihat amat berpatutan.

Lari sedikit dari kepompong lagu bervokal tinggi, pemenang dua tahun berturut-turut kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) tetap kemas pada nyanyiannya.

.....................................
 
 
Dengan pemilihan minggu kedua, selepas Hafiz menjadi artis keempat Ahmad Dhani selepas Atilia, Akim dan kumpulan Estranged, sekali gus kuota untuknya memilih kini sudah lebur. Segala-galanya sekarang terserah kepada pihak produksi untuk menentukan siapakah peserta hot seat yang akan menyertai empayar produser berkenaan.

.....................................


Sementara itu, M Nasir ketika sidang media berkata, dia melihat persaingan sengit sudah mula dirasakan kini dan tidak kisah Hafiz bukan menjadi miliknya.

“Saya tiada masalah Hafiz jatuh ke tangan Dhani. Lagipun dari awal lagi kami semua sudah tahu formatnya bagaimana. Hafiz memang seorang peserta yang berbakat besar, itu tidak dinafikan. Tapi soal siapa dapat siapa bukannya isu di sini kerana apa yang penting adalah hala tuju serta peningkatan seseorang peserta itu dalam pertandingan itu nanti.

“Dengan mandat yang diamanahkan kepada kami selaku produser, tugas kami hanyalah mencurahkan segala pengetahuan kepada mereka dan berusaha menukar mereka kepada superstar,” ujarnya.

.....................................


HAFIZ'S PERFORMANCE @ KONSERT MANIA WEEK 2



Source : www.mania.com.my

KUOTA AHMAD DHANI PENUH!


Excerpts : 

SABTU (24 MAC 2012) - Pemilihan Selebriti Mania! untuk Penerbit Muzik Ahmad Dhani telah diistiharkan penuh apabila beliau memilih Selebriti Mania! terakhir malam ini. Juara Akademi Fantasia 7 merangkap Juara Anugerah Vokal Terbaik AJL26 serta Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 iaitu Hafiz sebagai ahli dalam empayar Ahmad Dhani. Produser Ahmad Dhani kini hanya menanti siapakah Hot Seats Mania yang bakal diterimanya minggu hadapan.......

And here are pics of last nite's show, courtesy of Mania's official website...

Just before the show...


Great and superb performance of 'Permintaan Hati'

Anxiously waiting for the outcome...

Hafiz's parents and fans!!

Selebriti Mania group pic

 Source : www.mania.com.my

Saturday, March 24, 2012

HAFIZ IS UNDER AHMAD DHANI IN "MANIA"!

Chaq Peserta Kedua Hot Seat Mania


KUALA LUMPUR, 24 MAC 2012 : Naib Juara Mentor musim ketiga, Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam, 23, telah diumumkan sebagai peserta kedua Hot Seat bagi program realiti Mania sebentar tadi.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh hos Mania, Aznil Haji Nawawi setelah kemasukan Ebi pada minggu lalu, juga menerusi tiket Hot Seat.

Namun keputusan tentang di bawah produser manakah Chaq akan bernaung, ditangguhkan sehingga minggu hadapan. Apa yang pasti Chaq tidak akan bernaung di bawah Datuk M.Nasir setelah pihak produksi Mania menyerahkan Ebi untuk bernaung di bawah komposer handalan itu.

Chaq yang juga abang kepada Stacy berkemungkinan akan diserahkan sama ada kepada Ahmad Dhani atau Aubrey Suwito beserta seorang lagi peserta Hot Seat yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Terdahulu, empat lagi peserta Mania telah membuat persembahan pada minggu ini. Dimulakan dengan kumpulan Kristal yang mendendangkan lagu Wings. Kristal telah dipilih oleh Datuk M.Nasir untuk bernaung di bawahnya.

Seterusnya, Naib Juara Akademi Fantasia 8, Adira muncul dengan lagu Pulangkan, nyanyian asal Misha Omar. Aubrey Suwito membuat pilihannya yang pertama dengan memilih Adira. Alyah yang muncul dengan lagu Russion Roulette nyanyian asal Rihanna juga turut menjadi pilihan pengarah muzik terkenal itu.

Tanggapan ramai bahawa Hafiz akan menjadi pilihan Datuk M.Nasir nampaknya tersasar apabila juara Akademi Fantasia 7 itu menjadi pilihan Ahmad Dhani. Hafiz tampil dengan lagu Permintaan Hati nyanyian asal Letto.

Minggu hadapan, 4 lagi peserta akan mengetahui nasib mereka iaitu Shila Amzah, Awi Rafael, Jaclyn Victor dan Hazama beserta pengumuman siapakah peserta Hot Seat Mania? Jangan lupa menyaksikan episod akhir pemilihan produser muzik Mania minggu hadapan.

Source : www.murai.com.my

MANIA SNAPSHOTS : BEHIND THE SCENES


Hafiz @ the rehearsals




Hafiz getting his makeup done..... 

Source : Mania Astro fb

HAFIZ IN PREPARATION FOR MANIA!

HAFIZ @ MANIA REHEARSALS




Here's hoping that Hafiz will be in the best of health for the nite's show. Keep on supporting! Banzaiii!!!


Source : aftalentaesb

Friday, March 23, 2012

CATCH HAFIZ @ THR GEGAR

Catch Hafiz on THR Gegar this Saturday, 24th March 2012 at 10am 'til 12pm.  Can also listen to it on Astro Channel 863.

Check out the link on our sidebar. >>>>>>>>>>>>>>



HAFIZ @ REDFM, 23rd March 2012

Hafiz was interviewed by Sarimah Ibrahim on RedFM this morning. He talked about his career and the usual stuff. Also did an impromptu version of Coldplay's Yellow!


Pic courtesy of Mumicikgu Ester who was at the scene this morning! Thanx Mumi.... :p






Pics courtey of Red FM's fb

Thursday, March 22, 2012

Hafiz, Alyah, Anuar Zain Paling Popular 2011




Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2012:
Lagu nyanyian Alyah, Hafiz dan Anuar Zain diiktiraf antara sepuluh paling popular sepanjang 2011 menerusi pilihan orang ramai yang datang berkaraoke di setiap cawangan Red Box seluruh negara.

Alyah menyerlah bersama lagu Kisah Hati, manakala Anuar Zain (Sedetik Lebih), diikuti Hafiz (Awan Nano) telah membawa pulang pengiktirafan Lagu Karaoke Melayu Popular 2011 bersama-sama tujuh lagu popular lain.

Lagu berkenaan iaitu Sofea Jane dendangan Black, Menyesal (Six Sense), Kalau Cinta (Aliff Aziz), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Aishiteru (Zivilia Band), Manifestasi Cinta (Fiq & Miwarna) dan Kalau Berpacaran yang dipopularkan Ana Raffali , Sohaimi Mior Hassan dan Altimet.

Setiap lagu yang tersenarai di dalam Lagu Karaoke Popular 2011 adalah dibuat berdasarkan pemilihan oleh para pelanggan Red Box dari awal Januari hingga akhir Disember 2011.

Turut diumumkan sepuluh Lagu Karaoke Inggeris Popular 2011 antaranya Adele dengan lagu Rolling In The Deep, LMFAO (Party Rock), Avril Lavigne (What The Hell), Rihanna (Only Girl), Maroon 5 (Moves Like Jegger) dan Brunos Mars menerusi lagi The Lazy Song.

Anugerah tersebut telah disampaikan kepada para artis dan pihak syarikat rakaman yang berjaya oleh Pengarah Urusan Red Box, Ms. Valerie di cawangan Red Box Sogo, di sini malam tadi.

Sempena majlis pengitirafan itu, turut diadakan permainan ceria bagi mengeratkan hubungan silaturahim bersama pihak media termasuk cabutan bertuah bagi yang mempertaruhkan hadiah lumayan seperti TV LCD dan iPad.

Semua wakil media yang hadir telah berpeluang mencuba bakat nyanyian masing-masing apabila pihak Red Box telah membuka cawangan Sogo khusus untuk pihak media bermula jam 6 petang sehingga lewat malam.


HAFIZ @ JELAJAH ABPBH 2011 SG. PETANI KONVOI LAKETOWN RESORT

HAFIZ @ MANIA PHOTOSHOOT

Hafiz looking good during Mania Photoshoot session!


Another shoot, this time with Adira and Akim

Source : aftalentaesb

Tuesday, March 20, 2012

HAFIZ @ JELAJAH ABPBH, SUNGAI PETANI KEDAH, 17th March 2012

Hafiz had a tremendous good time during the ABPBH25 Tour at Village Mall, Sungai Petani Kedah. Earlier, he and the other finalists convoyed to Bukit Merah Laketown Resort to entertain the kids of Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar.




Strike a pose and then off to Village Mall...




The crowd looks ecstatic!!



Hafiz's rendition of his song must've been great!


this lucky girl seems to have the time of her life!



Thanx Sungai Petani Kedah for a blastful event!
And anyone who was at the event, if u have ur accounts and pics or vcs of the day, please feel free to submit to us via e-mail : hafizfc@ymail.com  and share it here!

 
Source : ABPBH fb
Related Posts with Thumbnails