Saturday, March 24, 2012

HAFIZ IS UNDER AHMAD DHANI IN "MANIA"!

Chaq Peserta Kedua Hot Seat Mania


KUALA LUMPUR, 24 MAC 2012 : Naib Juara Mentor musim ketiga, Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam, 23, telah diumumkan sebagai peserta kedua Hot Seat bagi program realiti Mania sebentar tadi.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh hos Mania, Aznil Haji Nawawi setelah kemasukan Ebi pada minggu lalu, juga menerusi tiket Hot Seat.

Namun keputusan tentang di bawah produser manakah Chaq akan bernaung, ditangguhkan sehingga minggu hadapan. Apa yang pasti Chaq tidak akan bernaung di bawah Datuk M.Nasir setelah pihak produksi Mania menyerahkan Ebi untuk bernaung di bawah komposer handalan itu.

Chaq yang juga abang kepada Stacy berkemungkinan akan diserahkan sama ada kepada Ahmad Dhani atau Aubrey Suwito beserta seorang lagi peserta Hot Seat yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

Terdahulu, empat lagi peserta Mania telah membuat persembahan pada minggu ini. Dimulakan dengan kumpulan Kristal yang mendendangkan lagu Wings. Kristal telah dipilih oleh Datuk M.Nasir untuk bernaung di bawahnya.

Seterusnya, Naib Juara Akademi Fantasia 8, Adira muncul dengan lagu Pulangkan, nyanyian asal Misha Omar. Aubrey Suwito membuat pilihannya yang pertama dengan memilih Adira. Alyah yang muncul dengan lagu Russion Roulette nyanyian asal Rihanna juga turut menjadi pilihan pengarah muzik terkenal itu.

Tanggapan ramai bahawa Hafiz akan menjadi pilihan Datuk M.Nasir nampaknya tersasar apabila juara Akademi Fantasia 7 itu menjadi pilihan Ahmad Dhani. Hafiz tampil dengan lagu Permintaan Hati nyanyian asal Letto.

Minggu hadapan, 4 lagi peserta akan mengetahui nasib mereka iaitu Shila Amzah, Awi Rafael, Jaclyn Victor dan Hazama beserta pengumuman siapakah peserta Hot Seat Mania? Jangan lupa menyaksikan episod akhir pemilihan produser muzik Mania minggu hadapan.

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails