Monday, March 12, 2012

KESUNGGUHAN HAFIZ


Juara Akademi Fantasia 7 dan Juara Anugerah Juara Lagu 26 ini sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam segala  yang dilakukannya. Kesungguhan Hafiz ternyata memberi pulangan yang lumayan dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi. Begitulah disiplin yang ditunjukkan oleh Mohd Hafiz bin Mohd Suip atau lebih dikenali sebagai Hafiz.

Pemenang Vokal Terbaik untuk 2 tahun berturut-turut ini memulakan langkah dalam bidang seni apabila memasuki Akademi Fantasia musim ke-7 dengan bimbingan Datin Seri Tiara Jaquelina sebagai Pengetua. Ternyata transformasi yang dilakukan oleh Pengetua AF7 telah menerbitkan bintang yang sangat menyinar.

Selepas kemenangannya di Akademi Fantasia ke-7 dengan lagu "Masih Jelas", kejayaan demi kejayaan telah dikecapi Hafiz melalui single-single yang lain seperti "Noktah Cinta" dan "Awan Nano" yang telah diiktiraf sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Planet Muzik. Lagu yang menjadi fenomena ini juga menjadi lebih terkenal apabila Johan Raja Lawak meniru aksi Hafiz dalam video muzik "Awan Nano".

Disiplin, kesungguhan dan semangat Hafiz untuk berjaya sudah pasti akan mewarnai MANIA! nanti. Siapa pula penerbit muzik MANIA! yang akan merebut Hafiz? Adakah Dato' M.Nasir yang pernah menghasilkan "Awan Nano" untuk Hafiz? Teruskan bersama MANIA! di www.mania.com.my.

Source : www.mania.com.my




No comments:

Related Posts with Thumbnails