Monday, March 26, 2012

HAFIZ MILIK AHMAD DHANI

Excerpts :

RAMAI yang pasti mengandaikan penyanyi Awan Nano, Hafiz akan jatuh ke empayar produser tersohor, Datuk M Nasir pada konsert minggu kedua Mania Sabtu lalu namun realitinya dia menjadi milik Ahmad Dhani. Harapan untuk melihat mereka berkolaborasi semula juga nampaknya tidak akan kesampaian dalam Mania selepas ia diputuskan begitu.
Rezeki penyanyi berambut afro ini nyata lebih memihak kepada vokalis kumpulan Dewa itu dan selama 10 minggu dia akan menjadi anak murid Ahmad Dhani. Terkenal dengan kekuatan pada lagu berentak balada, transformasi dan suntikan yang bagaimanakah akan digunakan Dhani untuk evolusikan Hafiz menjadi Superstar?

Mendendangkan lagu Permintaan Hati nyanyian asal kumpulan Letto, inisiatif tidak terlalu mencuba Hafiz dalam konsert kali ini dilihat amat berpatutan.

Lari sedikit dari kepompong lagu bervokal tinggi, pemenang dua tahun berturut-turut kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) tetap kemas pada nyanyiannya.

.....................................
 
 
Dengan pemilihan minggu kedua, selepas Hafiz menjadi artis keempat Ahmad Dhani selepas Atilia, Akim dan kumpulan Estranged, sekali gus kuota untuknya memilih kini sudah lebur. Segala-galanya sekarang terserah kepada pihak produksi untuk menentukan siapakah peserta hot seat yang akan menyertai empayar produser berkenaan.

.....................................


Sementara itu, M Nasir ketika sidang media berkata, dia melihat persaingan sengit sudah mula dirasakan kini dan tidak kisah Hafiz bukan menjadi miliknya.

“Saya tiada masalah Hafiz jatuh ke tangan Dhani. Lagipun dari awal lagi kami semua sudah tahu formatnya bagaimana. Hafiz memang seorang peserta yang berbakat besar, itu tidak dinafikan. Tapi soal siapa dapat siapa bukannya isu di sini kerana apa yang penting adalah hala tuju serta peningkatan seseorang peserta itu dalam pertandingan itu nanti.

“Dengan mandat yang diamanahkan kepada kami selaku produser, tugas kami hanyalah mencurahkan segala pengetahuan kepada mereka dan berusaha menukar mereka kepada superstar,” ujarnya.

.....................................


No comments:

Related Posts with Thumbnails