Tuesday, March 27, 2012

AHMAD DHANI MEMILIH HAFIZ DALAM 'MANIA'



Tak perlu lagi kami nak memperkenalkan Hafiz penyanyi Awan Nano ni kepada semua orang, sudah tentulah semua tahu bakat yang beliau miliki sehingga melayakkannya menggenggam gelaran Juara AJL -26 kan? Mungkin atas faktor ini juga yang membuatkan Ahmad Dhani memilih Hafiz untuk menjadi anak muridnya.

Kekuatan vokal Hafiz ketika mendendangkan lagu Permintaan Hati nyanyian Letto memikat Ahmad Dhani, walhal semua orang ingat Hafiz bakal menyertai empayar tersohor M Nasir, tapi ternyata jangkaan kita meleset. Itulah antara kejutan yang berlaku ketika sesi pemilihan kedua pada minggu ini.

Dalam masa yang sama, tiga lagi penyanyi iaitu Adira, Alyah dan kumpulan Kristal mendapat jawapan siapakah produser mereka. Kristal yang serba hitam kena dengan tema apabila menyanyikan lagu Opera Hidup (Wings) ala-ala rock gitu, dan secara tak langsung memikat M Nasir untuk berkolaborasi bersama.

Manakala Adira yang mendendangkan lagu Pulanglah berjaya memikat hati empayar Aubrey Suwito, begitu juga Alyah yang memilih lagu Russian Roullete daripada Rihanna.Â
Namun, bila ditanya Ahmad Dhani, beliau sedikit terkilan kerana tidak dapat memiliki Alyah sebagai anak didiknya kerana merasakan Alyah mempunyai vokal yang hebat selain daripada peka dengan lagu-lagu semasa.

Haruslah rasa terkilan, Alyah hebat, begitu juga dengan Hafiz, kalau menang, RM 500,000 akan jadi milik pemenang woo… Jadi, empayar produser kene memilih anak murid dengan sebaik-baiknya.

Source : www.meow.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails