Wednesday, September 15, 2010

Kenangan Aidilfitri buat 20 artis - BiPOP 12-09-2010

Oleh Zubir Mohd Yunus 2010/09/12

pix_gal0
PERASAAN teruja, terkejut dan tergamam bercampur baur apabila 20 artis popular menerima undangan bertandang ke rumah agam milik Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di Bukit Antarabangsa, Selangor, sekali gus memeriahkan lagi sambutan majlis rumah terbukanya sempena kedatangan Aidilfitri. Memang sukar menolak pelawaan daripada penghibur kesayangan ramai itu walaupun artis kita sentiasa padat dengan jadual seni. Justeru, buat kali pertama Siti bersama suami kesayangannya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sudi menjadi tuan rumah meraikan rakan artis yang rata-ratanya baru kali pertama menjejakkan kaki mereka ke mahligai indah berharga jutaan ringgit itu. yang penting, selain menikmati juadah, mereka dapat bersalaman serta bermaaf-maafan.


Sekalipun dihimpit dengan jadual kerja yang padat, ditambah pula dengan kemunculan produk terbaru SimplySiti, Gold Edition yang harus dipromosikan, selain meraikan Syawal bersama keluarga dalam lingkup waktu yang terhad, namun Siti dan suaminya atau lebih mesra disapa Datuk K itu, melemparkan senyuman, menghulur tangan menyambut kehadiran Mawi dan isterinya Ekin, Fara Fauzana serta Faizal Ismail dari HotFM, selain Nabil Raja Lawak yang membuatkan tetamu lain tak kering gusi dengan telatahnya yang kerap memanggil Datuk K sebagai Abang!


Apabila 20 artis berhimpun di meja makan, pelbagai gelagat dapat disaksikan apabila ada yang rela makan sambil berdiri asal saja mereka dapat menjamu selera bersama Siti dan Khalid. Namun, bagi Aizat, Shahir AF8, Iqram Dinzly, Linda Onn dan Ana Raffali, mereka sedia mengalah untuk menikmati juadah Aidilfitri dalam suasana lebih ‘aman’ apabila kebanyakan rakan mereka seorang demi seorang beransur ke ruang tamu. 


 Saat yang ditunggu teman artis apabila Siti mengundang mereka yang masih solo supaya berbaris di depannya untuk menerima duit raya! Sekalipun kelihatan malu-malu, namun bagi Black Mentor, Adira AF8, Hafiz AF7, Zizi The Fabulous Cats, Adeline Tsen (Hotel Mania) dan Miera Liyana (heroin baru filem Apokalis), dilihat manja mencium tangan Siti sebelum menerima bahagian masing-masing. Fara Fauzana dianggap paling pemalu apabila dia menjadi orang terakhir menerima ‘habuannya’. 


 Tidak ketinggalan menjadi tetamu istimewa Siti pada majlis rumah terbukanya itu ialah Intan Ladyana, Fahrin Ahmad, Dira Abu Zahar, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam yang kelihatan anggun bergaya apabila melaram dengan baju raya masing-masing. Rata-rata artis yang ditemui melahirkan perasaan gembira apabila melihat sendiri bagaimana mesranya Siti bersama suami melayan tetamu dengan sikap rendah diri mereka, walhal kedua-duanya boleh dianggap sebagai role model industri hiburan negara. Senyuman tidak pernah lekang di bibir Siti mahupun Khalid walaupun tampak letih melayan permintaan kebanyakan rakan artis yang bertali arus ingin bergambar bersama mereka. Ternyata Syawal kali ini menjadi kenangan terindah kepada 20 artis yang diundang khusus untuk bersama Siti dan suami meraikan Aidilfitri mereka! 


* Tajaan makanan & hiasan bunga segar: Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur, Jalan Raja laut, Kuala Lumpur (03 2693 9233) 
 * Terima kasih: Pengurus Residen, Hidzhir Abdul Hamid 
 * Lokasi: Kediaman Datuk Siti Nurhaliza Tarudin 
 * Terima kasih: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa 
 * Pakaian Siti Nurhaliza: Rizman Ruzaini (017 476 6004) 
 * Solekan Siti Nurhaliza: Nurul Shukor (012 286 2286) 
 * Pakaian Iqram: Lat’s Collections, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur 
 * Pakaian Hafiz & Shahir: Jedan’s Collections (018 203 6838) 
 * Pakaian & solekan Adira: Jue Eden (013 230 3027) 
 * Pakaian Linda Onn: AKF Classic Boutique (017 736 6030) 
 * Solekan Linda Onn: Syaheeda 
 * Pakaian Ana Raffali: Ariff Shukor (017 380 6014) 
 * Solekan Ana Raffali: Masz Zahari (017 323 1916) 
 * Pakaian Zizi The Fabulous Cats: Mimpi Kita, Bangsar, Kuala Lumpur 
 * Pakaian Intan Ladyana: Old Blossom Box 
 * Pakaian Fara Fauzana & Faizal Ismail: Jedan’s Collections (018 203 6838) 
 * Pakaian Adeline Tsen: Secret Collection



Seronok beraya di desa - Berita Harian 15-09-2010


Oleh Hanisah Selamat
nisa@bharian.com.my
2010/09/15

HAFIZ (kiri) dan Shahir.
HAFIZ (kiri) dan Shahir.
Dua juara AF sambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta 

SAAT ini, dua bintang Akademi Fantasia (AF), Ahmad Shahir Zawawi, 22 dan Mohd Hafiz Mohd Suip, 20, sudah mampu tersenyum lebar apabila harapan untuk berkumpul bersama seisi keluarga di kampung halaman masing-masing pada lebaran ini dimakbulkan.


Wajah lembut datuk nenek serta pandangan syahdu ayah bonda tatkala bersalaman memohon ampun pada pagi 1 Syawal masih berbekas di ingatan, malah keriuhan seisi rumah berhimpun dengan senda gurau adik-beradik dan sepupu membuatkan sambutan hari kemenangan lebih bermakna.
Bagi juara AF8 yang mesra disapa Shahir, kepulangan ke desa tercinta di Kampar, Perak sempena Syawal ini diibaratkan hadiah paling berharga. Amat difahami kerana selepas meraih gelaran bintang sekitar April lalu, dia tidak pernah berkesempatan untuk bercuti panjang. 

Bukan mengeluh malah bersyukur apabila dirinya terus meraih perhatian ramai biarpun masih terlalu hijau di arena seni, namun kerinduan terhadap keluarga tidak mampu dibendung disebabkan hambatan jadual kerjaya harian yang perlu dipenuhi. 

“Bagi saya, Syawal tidak bermakna jika tanpa keluarga di sisi. Boleh dikatakan sejak kecil hingga zaman menuntut di universiti, saya seboleh-bolehnya balik ke kampung sebelum malam raya. Kemeriahan Syawal berganda sehari sebelumnya, apabila kami semua menyediakan segala persiapan dari memasak hingga menghias rumah. 

“Tahun ini saya dapat pulang pada petang sebelum 1 Syawal sekali gus berkesempatan membantu ayah membakar lemang selain menjadi pembantu khas ibu memasang langsir dan membersihkan rumah. Walaupun penat, ia cukup menyeronokkan,” katanya yang mengambil cuti selama seminggu. 
Pulang ke Gopeng bertemu datuk dan nenek serta sanak-saudara terdekat menjadi acara wajib pada pagi raya. Kali ini pastinya pelantun lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu tidak ketinggalan menghulur duit raya kepada adik serta sepupu kerana kini dia sudah mampu memegang duit sendiri. 

“Syukur tahun ini, dengan rezeki yang ada saya dapat menggembirakan keluarga saya. Buat ibu bapa, saya lebih suka menyerahkan duit belanja kerana mereka lebih tahu mana yang perlu didahulukan. Keceriaan mereka sudah cukup menjadi hadiah buat diri ini,” kata penggemar tat nas dan sejenis kuih tradisional, Kelamai itu. 

Teman seperjuangan, Hafiz yang juga juara AF musim tujuh turut tidak mampu menyembunyikan keseronokan dapat pulang ke Kuching, Sarawak tiga hari lebih awal sekali gus membolehkannya meronda keliling kampung bertemu kawan lama dan saudara mara. 

Berhari raya selama 10 hari di desa tercinta umpama percutian lima bintang buat penyanyi lagu Masih Jelas itu apatah lagi dapat menjamah juadah tradisional negeri Bumi Kenyalang termasuk Laksa Sarawak, Umai serta apa saja masakan hasil air tangan ibunya, Halizawati Mohd Salleh. 

“Sebagai anak sulung, saya memang rapat dengan ibu, justeru kami saling berhubungan di telefon biarpun dipisahkan lautan. Perhatian ibu terhadap kami adik-beradik tidak pernah berkurang walau sedetik pun biarpun semuanya semakin dewasa. 

“Adik-adik juga ternanti-nanti kepulangan saya pada Aidilfitri ini malah sejak minggu pertama puasa lagi mereka sudah bertanya bila saya mahu pulang ke kampung. Kiranya cuti 10 hari ini umpama ‘balas dendam’ hendak bermanja puas-puas dengan ibu,” kata anak pertama daripada tiga bersaudara itu sambil ketawa. 

Apa pun, dua bintang muda yang mempunyai visi sama - menempa tempat di arena seni suara - bakal sibuk semula sebaik saja tempoh bulan madu bersama keluarga tamat pertengahan Syawal ini memandangkan sudah berderet susunan program menanti. 

PROFIL 

Hafiz:
 

Nama Penuh: Mohd Hafiz bin Mohd Suip 
Tarikh Lahir: 27 Februari 1990 
Asal: Kuching, Sarawak 
Status: Bujang 
Tinggi: 170 sm 
Berat: 68 kg 
Hobi: Memancing 
Penyanyi Idola: Faizal Tahir 
Adik-beradik: Sulung daripada tiga beradik 
Profesion: Penyanyi 
Album: Masih Jelas 

Shahir: 

Nama Penuh: Ahmad Shahir Zawawi 
Tarikh Lahir: 5 September 1988 
Tempat Lahir: Hospital Besar, Ipoh Perak 
Asal: Kampar, Perak 
Tinggi: 168 sm 
Berat: 65 kg 
Status: Bujang 
Adik Beradik: Sulung daripada lima beradik 
Pekerjaan: Pelajar Pusat Asasi UIA, Penyanyi 
Pendidikan Tertinggi: Diploma (Kejuruteraan) 

Tuesday, September 14, 2010

Hafiz Teruja Rakam Lagu

Sumber: Metro 14 Sept 2010


BERGELAR juara Akademi Fantasia (AF) adalah tuah buat mereka. Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, juara musim ketujuh manakala Ahmad Shahir Zawawi (Shahir), 22, pula kelapan. Namun aura Shahir dilihat lebih besar berbanding Hafiz.
pix_middle
Ini gara-gara peminat fanatik yang berminat dengan perwatakan Islamik Shahir yang juga graduan Diploma Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Sehubungan itu, tidakkah Hafiz berasa tergugat dengan kemunculan Shahir? Berpegang pada rezeki adalah ketentuan Allah swt, Hafiz berkata, dia tak pernah sedikit pun berasa tergugat dengan kehadiran Shahir kerana beranggapan semua juara AF memiliki aura tersendiri.

Bermula dengan Vince pada musim pertama, Zahid (kedua), Mawi (ketiga), Faizal (keempat), Mila (kelima) dan Stacy (keenam).
“Vince boleh dianggap pemecah tradisi kerana dia juara bukan Melayu pertama dipilih penonton AF.
Zahid pula vokalnya mantap.
Begitu juga, Mawi yang mencetuskan fenomena.
Faizal menjadi kebanggaan Terengganu.
Mila, juara wanita pertama dan Stacy semakin popular.


“Jadi, penonton memilih kami semua sebagai juara AF berdasarkan tahap bakat yang ditonjolkan.


Justeru, saya sangat yakin dengan kemampuan diri. Malah, jika benar Shahir memiliki ramai peminat, itu adalah rezekinya. Saya pula terus berusaha.


“Apapun, saya bersyukur kerana peminat masih setia memberikan sokongan. Selain menyanyi, saya juga meraih peluang berlakon teater Kita The Muzikal. Ia sangat menyeronokkan dan memberi saya banyak pengalaman yang berharga.Tambahan pula, saya masih baru sebagai artis.


Pengalaman yang dikumpul pun sedikit dan banyak lagi kekurangan perlu diperbaiki.
Bagaimanapun, saya gembira lagu single Masih Jelas dan Noktah Cinta di terima baik.
Saya akan muncul dengan single ketiga, Awan Nano pula,” katanya.


Hafiz menambah, dia teruja dapat menyanyikan lagu Awan Nano itu kerana ia hasil ciptaan komposer M Nasir dan lirik ditulis Budi Hekhayat.
Katanya, sebagai peminat M Nasir, dia tidak sangka impian untuk menyanyikan lagu idolanya itu menjadi kenyataan. Meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Kuching, Sarawak, Hafiz berkata, M Nasir juga diminati bapanya.


Justeru, bapanya orang paling gembira apabila dimaklumkan mengenainya.
Bapa juga berpesan supaya buat yang terbaik. Saya harap lagu Awan Nano akan diterima peminat.


Ingin juga saya tegaskan, semua juara AF ada kualiti tersendiri.
Tiada yang terlalu bagus atau kurang kerana semuanya berdasarkan usaha. Jika lebih berusaha, kejayaan pasti dalam genggaman,” katanya.


Sementara itu, Shahir pula berkata, sebagai juara AF8, dia masih baru dan kini dalam proses mencari identiti diri.


Apapun, ujarnya, dia gembira kerana pembabitan dalam arena seni diterima baik peminat dan berharap mereka berpuas hati.


“Sebenarnya, letih hendak memuaskan hati peminat. Namun, itulah cabaran saya sebagai artis dan menjadi tanggungjawab menjaga keperibadian diri sebaik mungkin. Bagaimanapun, saya tidak mengawal diri untuk kelihatan terlalu baik.


“Saya bukan plastik dan ini memang semula jadi diri. Sejak kecil saya terbiasa dengan didikan ibu bapa. Saya pemalu dan sukar untuk membuang tabiat itu. Saya menceburi bidang nyanyian kerana minat. Mujur, keluarga tidak menghalang. Cuma mereka minta saya bijak menjaga diri dan tidak hanyut dengan populariti. Disebabkan tidak mahu hati ibu dan bapa risau, saya memilih untuk menetap bersama kenalan keluarga di Kuala Lumpur.


“Jika ada kelapangan, ahli keluarga saya akan datang ke ibu kota untuk berkumpul bersama.
Saya masih memerlukan bimbingan keluarga supaya segala urusan berjalan lancar,” katanya yang berpegang teguh dengan budaya Timur. Popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir juga tidak ketinggalan menonjolkan bakat lakonannya.


Seperti bintang AF terdahulu, kali ini Shahir bersama rakannya di AF8 terbabit dalam telefilem Lawaknya Fantasia Raya yang disiarkan pada hari raya ketiga.


Mengetengahkan hiburan ringan, pastinya ia menarik untuk ditonton.


Apapun, Shahir berkata, dia sentiasa bersedia menerima kritikan daripada peminat.
Ujarnya, sebagai orang baru, dia takkan mudah berpuas hati kerana banyak yang perlu dipelajari.


Menurutnya, sama ada kritikan positif atau negatif, dia tidak berkecil hati.
Padat dengan aktiviti seni, Shahir yang meraikan Aidilfitri di Perak berkata, tidak dinafikan kehidupannya banyak berubah.


Apapun, buat masa ini, Shahir mahu membahagiakan keluarga sebelum berfikir soal kahwin.

Sunday, September 5, 2010

Uniknya Ramadhan Hafiz 2010


Geng Bas Sekolah - sbg Cikgu Harun



Buka Puasa bersama Hafiz di Cerana - Part 5

Sesi bergambar beramai-ramai

Hampir semua yang hadir.. nasib baik muat masuk frame hahaha..



Geng2 komiti majis dan dot dot dot....

Aksi sengal.. awwww!


Nih geng ASTRO..tapi ada jugak yg sesat... sibuk je!

Dif-dif kehormat ahaks! Aliff, Fatin, Daus, Shah, Isma, Zul, crew melodi dan astro.

Geng sengal...

Budak-budak comel... tahun ni tadak duit raya.. lariikkkk!

Terima kasih Cerana....


Terima kasih Hafiz.. it was fun and enjoyable..
Oh ya.. memula mmg suruh die pose kat banner mcm ni.. lepas tu bertukar jadi acara bergambar dgn Hafiz dekat banner itew... heheheh.. jalannnnn!


Akhir sekali, kami dari HafizFC ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Berhati-hati di jalanraya. Ingatlah pada yang tersayang.


Saturday, September 4, 2010

Buka Puasa bersama Hafiz di Cerana - Part 4

Akustik Hafiz n Frenz


Inilah masa yang ditunggu2 oleh semua. Dorang buat ni spontan jek. Hafiz, Daus, Aliff n Shah naik stage pastu jamming ramai2. Best! Best! Sorang bergendang, sorang main tamborin, sorang main gitar... motip gantung anak patung kecik kat gitar??? Sorang lagi nyanyi ler. Mula2 lagu burger king.. eh Drama King oleh Shah.. not bad..  tiba2 out of nowhere.. Hafiz nyanyi belaian jiwa. Terkesima satu restoran mendengarnya. Pekerja2 yang tgh serve kat gerai2 kecik kat situ pon bleh berhenti kejap nak dgr die nyanyi.



 

Next!! Daus pulak.. tak abis2 ngan Terima Kasih Cinta die tu.. die nyanyi memula.. lepas tu Hafiz tulung habiskan.. terkesima lagik... =)

 

Lepas tu Aliff nyanyi I'm Yours plak.. Not bad.. Hafiz nak main gitar sambil nyanyi Noktah Cinta. Masalahnye die tau main opening key jek.. aiyokkkk.. try berkali2.. last2 kensel! heheh..

Try main NC.. mcm ok.. mcm ok...stedi.. stedi..

Aku dah kata aku tak retiii! Sapa reti main wei? Tolong! Tolong!

Satu restoran terhibur ngan gelagat dorang ni seme. Memang best. Dannnnn lagu raya lirik hantam keromo jadi penutup acara. Wakakaka... Masa ni Isma ngan Fatin ngan Zul naik sekali ke pentas untuk memeriahkan suasana. Isma la punye keje start buat lirik sendrik.. Mula2 nyanyi elok jek.. lepas tu.. kuar la lirik sendrik..

Selamat hari raya
dr kami diucap kepada semua
tahun depan hafiz belanja
kita buka puasa bersama sama

terima kasih kak isma
nanti saya belanja kenduri
marilah beramai2
kita menyambut berbuka puasa bersama2

yang penting hafiz belanja
belanja belanja dan belanja
belanja belanja lagi
esok semua datang sini hafiz belanja




Next part... Sesi bergambar beramai-ramai...

Buka Puasa bersama Hafiz di Cerana - Part 3

Buka puasa di Cerana dan Cabutan Bertuah 1 dan 2

Sesampai di Cerana, Hafiz terus tukar baju melayu. Terus kene serbu ngan org2 yang ada kat sana. Macam biasa ler.. bergambar.  Daus, Shah, Aliff, Isma, Zul sume dah sampai. Organiser yang lambat! Duh! Lepas tu Hafiz terus shoot untuk Uniknya Ramadhan (UR). Crew2 ikut die pilih2 lauk untuk buka puasa. Daus siap enterprem lagik.. 




Sebelum berbuka puasa, Hafiz telah memberi sedikit ucapan untuk peminat2 yang hadir. Err.. text ucapan telah disediakan oleh Kak Nano.. mcm biasa la kan...
  

Habis YB eh Hafiz berucap.. terima kasih.. terima kasih.. ustaj plak naik baca doa.. Aminn! Lepas tu tiba2 je Hafiz kena panggil MC mlm tu.. disuruh baca doa buka puasa. Terlopong al terkujat kejap Hafiz.. tgk orang keliling.. dah la kamera UR dok fokus kat dia. Sempat die berceloteh kejap. Tak lama siren kat Cerana berbunyi. Hafiz pon baca doa buka puasa. Satu restoran ikut sama. Amin! 

Tapi kan..kenapa meja Hafiz.. die sorang jek? Sapa la yg arrange ni??  Last2 PA die ngan ustaj pi dok situ. Kamera UR masih rolling, rakam Hafiz tgh makan sambil potpetpotpet kat kamera. 

Habis makan dan solat sume, acara pertama ialah cabutan bertuah. Mula2 6 cabutan. Dalam jadual bagi 10 minit jek. Tapi sebab si Hafiz rajin nak mendenda si pemenang bagai.. meleret2 la jadinye. Sesi kedua cabutan bertuah ada 7 cabutan lagi. Dan antara pemenang2nya....

Busu!! Hafiz suruh joget.. die tanak.. die kata nak amik hadiah jek.. ahaks!

Crew UR.. tak sesia dorg datang...

Awin! Anak Isma.. hehe.. bapaknye cabut no.. no anak nye yg kuar hehehe..

Sedang enak bagi hamper untuk pemenang cabutan bertuah.. tiba2 dapat duit raya pulak! 

Masa Hafiz kat Cerana, crew UR ngan Melodi sibuk interbiu and wat shooting utk UR ngan Melodi.

Crew Uniknya Ramadhan

 Intebiu ngan Melodi

 Interbiu ngan Melodi.. budak2 sengal.. bila disuruh bagi ucapan untuk Hafiz, dibantainya nyanyi Noktah Cinta.. wakakkaka..

Bersambung.....

Buka Puasa bersama Hafiz di Cerana - Part 2

Persiapan...

Bunting?? Siap! 2 lagikk.. hohoho..

Door gifts?? Siappppp!!
 
ehhh... yg paperbeg coklat tu bukan laaaa.. cemaner leh sesat neh???
Tag nama?? Siappp!!

Hamper cabutan bertuah?? Mr.LV bungkus sendrik tau.. kreatif tak?? =) 

Pembantu-pembantu yang lain.....err..... aihhh poret plakkk...

Seperti yg diceritakan dlm part 1, 4 kereta.. eh 5 kereta diguna untuk membawa barang2 untuk ke Darul 'Izzah dan untuk majlis buka puasa. Kereta Hafiz membawa hamper-hamper dan goodie bags. Kesian Fatin terselit celah2 hamper-hamper itew... dah le kecikk.. 


Nak pergi ke Cerana dr Bangi satu hal lagi... si Louis ngan Ustaj sesat.. aiyookkk... nasib baik sampai jugakkk... Masa weols sampai, crew Melodi dan Unik Ramdhan dah menunggu... yeeee..MELODIII.. naper? tak caye? erkk.. heheh.. 

Bersambung di bahagian ke-3..............................
Related Posts with Thumbnails