Wednesday, July 31, 2013

Helo Bro ... Tolong Masak! featuring Hafiz Suip

Catch Hafiz on Helo Bro ... Tolong Masak on Astro Ria (Ch.104) at 9.00pm tonight!

Friday, July 19, 2013

Carta ERA 40 - Hafiz Suip (Artis Terbaik ERA Julai 2013)






Dengarkan Hafiz Suip, Artis Terbaik ERA bulan Julai 2013 di Carta Era 40 pada 20 Julai 2013 (Sabtu) ini...

Ketuk Ketuk Ramadan 2013 Episod 3 (Hafiz AF)


LUAHAN HATI HAFIZ MELALUI ALBUM KEDUA


12 JUL 2013

Bertempat di Wisma Bentley Damansara pada 12 Jun yang lalu, album terbaru Hafiz berjudul 'Luahan Hati Anak Seni' telah dilancarkan dengan jayanya. Ini merupakan album kedua daripada Hafiz selepas album 'Masih Jelas' (2009) yang telah menaikkan nama Hafiz sebagai seorang penyanyi muda yang punya potensi untuk lebih sukses di masa hadapan.

Jika dilihat pada konsep album kedua ini, ibarat seperti anda sedang memegang senaskhah majalah hiburan ataupun seperti sebuah biografi ekskusif dari Hafiz buat peminat beliau. Sememangnya, apabila mendengarkan keseluruhan kandungan album 'Luahan Hati Anak Seni', boleh dikatakan ia bagaikan sebuah pakej album yang agak peribadi yang ingin dikongsi oleh Hafiz.

Secara keseluruhannya, album ini mengandungi sembilan buah lagu yang rata-ratanya merupakan hasil buah tangan komposer serta penulis lirik yang berprofil tinggi di Malaysia. Tidak ketinggalan, dua orang komposer berbakat dari Indonesia yang turut menyumbangkan karya mereka iaitu Mega Pandawa untuk lagu 'Hanya Ingin Kau Cinta' dan Satriya Anggun menerusi lagu 'Patah Hati'.

Antara lagu lain yang dimuatkan adalah single terbaru 'Bahagiamu Deritaku' (Baiduri/LY), 'Mungkinkah' (HS/Izham), 'Deklamasiku' (HS/Kuncidemak), 'Kesimpulan' (Ajai), 'Satu Cerita' (Mohd Atlas/Aiman), 'Muara Hati' duet Siti Nurhaliza (Manusia Putih) serta 'Matahari' (Ajai).

Istimewanya untuk album kali ini, Hafiz turut diberi kepercayaan untuk mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri dengan meletakkan singkatan 'HS' sebagai nama pena beliau di dalam kulit album ini.

Masih lagi mengekalkan konsep balada untuk album kali ini. Sinonimnya lagu-lagu berentak balada memang tidak dapat dipisahkan dengan Hafiz. Penyampaian dengan penuh penghayatan menerusi lagu-lagu seperti 'Bahagiamu Deritaku', 'Hanya Ingin Kau Cinta', 'Deklamasiku' serta 'Patah Hati' ternyata mampu meninggalkan mesej dan kesan terhadap pendengar.


"Nyanyian tanpa penghayatan ibarat patung yang kosong tanpa nyawa.." antara kata-kata hikmat yang dimuatkan pada kulit album 'Luahan Hati Anak Seni'.

Kualiti vokal Hafiz dalam menyampaikan lagu-lagu balada memang tidak boleh dinafikan lagi. Namun begitu, terdapat satu sisi kecil di dalam diri Hafiz yang turut meminati lagu-lagu bergenre alternatif.

Komposisi serta sedikit elemen ala brit-pop boleh anda dengarkan melalui lagu 'Mungkinkah', lirik hasil ciptaan Hafiz sendiri. Menurut Hafiz, ikon yang banyak memberi inspirasi untuknya berkarya adalah seperti Radiohead dan Coldplay.

"Saya ingin menjadi seperti mereka yang menghasilkan karya yang begitu indah", menurut petikan kata-kata Hafiz yang turut diselitkan pada kulit album 'Luahan Hati Anak Seni'.

Anda mungkin boleh memuat turun lagu-lagu yang terkandung di dalam album terbaru ini menerusi internet. Tetapi, pengalaman memiliki sebuah pakej fizikal sebuah album dengan paparan gambar, lirik, CD serta konsep yang tersendiri hanya boleh dimiliki jika anda membeli album tersebut di toko-toko muzik berhampiran anda.

Hargailah hasil buah tangan anak seni. Kerana setiap inci keringat yang ditumpahkan ke atas karya mereka sememangnya ikhlas dan tulus dari hati.

 
Related Posts with Thumbnails