Thursday, January 6, 2011

Hafiz AF Kemalangan, Kereta Hancur Remuk Seperti Dilanggar Bulldozer

Seriau darah tengok gambar kereta Hafiz AF yang terlibat dalam kemalangan. Ini dah boleh dikira hancur lebur dah nie. Kalau tengok kereta nampak gaya macam tuan punya kereta injured teruk, tapi syukur sebab Hafiz tak mengalami cedera parah. Cuma perlu banyak berehat sebab kecederaan agak teruk di bahagian leher Hafiz.


Apa pun kami doakan agar Hafiz cepat sembuh dan akan mampu beraksi dengan macho dan bergaya di atas pentas AJL25 Ahad ini. Untuk makluman, lagu Noktah Cinta nyanyian Hafiz adalah salah satu finalis untuk AJL25. Kepada anda, sama-sama doakan agar Hafiz cepat sembuh.



Source : beautifulnara.com

Hafiz @ ERA Merisik Khabar, 6th Jan 2011

Wednesday, January 5, 2011

Latest snapshot of Hafiz


Hafiz telah ke pejabat AESB selepas mendapatkan rawatan akibat kemalangan yang menimpa Hafiz kelmarin. Walaupun mengalami kecederaan, namun Hafiz tetap bersemangat dan ingin meneruskan persembahan di Anugerah Juara Lagu 25 nanti. Pihak pengurusan AESB akan sentiasa "monitor" tahap kesihatan Hafiz menjelang AJL 25 nanti. Doakan kesihatan Hafiz, Shahir, Stacy dan Adira supaya mereka dapat membuat persembahan yang mantap di AJL 25 nanti.

Source : AFtalent fb

Kemalangan: Hafiz Harap Cepat Sembuh Demi AJL25


Teks oleh Syafiqah Jalal


KUALA LUMPUR, 5 JAN 2011: Malang tidak berbau. Itulah nasib yang dialami oleh Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Bin Mohd Suip setelah ditimpa kemalangan sehingga keretanya merempuh pokok dan tiang lampu jalan di Lebuh Raya Penchala kira-kira jam 10 malam pada Isnin (3 Januari 2011) lalu

Hafiz yang memandu kereta jenis Honda Accord telah menceritakan sendiri detik-detik cemas sewaktu kemalangan itu berlaku kepada murai.com.my ketika dihubungi pagi tadi.

"Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat lagu waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat.

"Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan. Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat.

"Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu," terangnya yang berseorangan sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Hafiz yang dibawa ke Hospital KPJ Damansara selepas kemalangan itu memberitahu kemungkinan dia mengalami kesan yang teruk di lehernya.

"Saya mengalami kecedaraan di kepala akibat hentakan yang kuat ketika kejadian. Nasib saya memakai tali pinggang kaledar jika tidak mungkin saya sudah tercampak keluar. Alhamdulilah setelah di X-Ray, saya tidak mengalami apa-apa kepatahan atau keretakan tulang.

"Cuma doktor risau dengan bahagian leher saya kerana menurutnya kemungkinan ligamen atau urat saya yang membengkak ini berkemungkinan koyak. Jadi doktor menasihatkan saya untuk tidak banyak bergerak dan berehat sekurang-kurangnya 5 hari," katanya lagi.

Memandangkan kemuncak AJL 25 bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 9 Januari ini, Hafiz berharap apa yang berlaku ini tidak menjejaskan persembahannya nanti.

"Tinggal 4 hari lagi sahaja AJL akan berlangsung, saya mahu cepat sembuh dan tidak kira apa pun saya tetap mahu perform dan beri yang terbaik untuk lagu Nokhtah Cinta Ahad ini.

"Mungkin buat masa sekarang ini saya tidak dapat bersama-sama rakan yang lain untuk perform tapi saya harap sangat kecederaan saya ini tidak melarat dan saya masih mampu untuk beraksi di pentas AJL. Bukan apa, AJL suatu acara yang saya nanti-nantikan dan peluang itu sangat berharga," tambah Hafiz.

Hafiz bersama finalis AJL lain akan berentap di anugerah berprestij itu di Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 Januari 2011ini, bermula jam 9 malam.


Exclusive : Hafiz's AJL25 Rehearsal



Source : AF Talentaesb
Related Posts with Thumbnails