Sunday, December 15, 2013

Hafiz Suip Rangkul Album Terbaik AIM 20



BUKIT JALIL: Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) menyaksikan penyanyi Hafiz Suip menggondol tiga anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

Menerusi album Luahan Hati Anak Seni, penyanyi berusia 23 itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku dan Rakaman Album Terbaik.

For full article, go to : http://mstar.com.my

Tema Black Tie Selamatkan Karpet Merah AIM20


KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2013: Tema black tie yang diketengahkan Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) ternyata mendapat sambutan baik selebriti popular tanah air yang hadir ke permaidani merah.

Ning Baizura, Erra Fazira dan Hafiz Suip antara yang dilihat paling menyerlah dengan persalinan rekaan pereka fesyen masing- masing.

Paling menarik perhatian apabila Hafiz tampil dengan sut cukup unik tetapi segak yang mengetengahkan tema pua kumbu daripada rekaan Hatta Dolmat.

For full article, go to : http://www.murai.com.my

Friday, December 13, 2013

AIM20 mencari terbaik

Malam esok, penyanyi, pemuzik dan pengkarya manakah yang akan menang besar pada anugerah muzik berprestij tanah air, Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) bakal terjawab.

Menghimpunkan bukan saja penggiat muzik malah turut dihadiri rakan artis daripada lapangan lakonan selain beberapa artis luar negara, AIM20 yang berlangsung jam 9 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil tentu mencuri tumpuan.

Apa yang pasti, persaingan untuk kategori kali ini nampaknya banyak berpihak kepada calon lelaki di mana menyaksikan tiga penyanyi kelahiran program realiti TV Akademi Fantasia, Hafiz Suip, Hazama dan Amir Jahari mendominasi pencalonan.

Sama ada daripada kalangan mereka yang bakal pulang bergaya dengan kemenangan besar, esok namun tidak dilupakan kategori lain nampaknya cukup sengit.


Sukar untuk meneka lantaran calon tahun ini kebanyakannya terdiri daripada artis generasi baru, akan tetapi tidak ketinggalan beberapa nama besar masih 'sangkut'.

For full article, go to : http://www.hmetro.com.my

Thursday, December 12, 2013

SAKSIKAN HAFIZ SUIP DI ANUGERAH INDUSTRI MUZIK KE-20


Saksikan persembahan Hafiz di Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20) pada 14 Disember 2013 (Sabtu) bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jam 9.00 malam secara langsung di Astro Ria (Ch.104).
HafizFC mengucapkan semoga berjaya kepada Hafiz Suip & team dalam kategori-kategori yang dicalon.

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) - BAHAGIAMU DERITAKU
RAKAMAN ALBUM TERBAIK - LUAHAN HATI ANAK SENI (CL TOH)
SUSUNAN MUZIK TERBAIK DI DALAM LAGU - MUNGKINKAH (AG COCO)
ALBUM TERBAIK - LUAHAN HATI ANAK SENI 




Related Posts with Thumbnails