Friday, July 30, 2010

Hafiz Tak Akan Muncul Dalam Kau Dan Aku 2


29 JULAI 2010: Shooting untuk siri Kau Dan Aku Musim 2 (KDA 2) sudah hampir nak bermula. Nampak gayanya, si Akim dengan Aril akan kembali sibuk di lokasi untuk menjayakan siri tentang kisah alam percintaan sekumpulan pelajar remaja di kolej.
Mungkin ada yang akan tanya dalam siri KDA 2 ini, juara Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7), Hafiz akan turut serta tak sebagai barisan pelakonnya.Al-maklumlah, pada KDA musim yang lepas, dia hanya bertindak sebagai bintang cameo saja.

Jadi, mungkin ada segelintir peminat yang mahu menyaksikan kehadirannya dengan lebih banyak lagi dalam KDA 2 ini. Malangnya, Murai Batu diberitahu, Hafiz tak akan turut serta dalam KDA 2.

Sebab, jadualnya nyanyian dia sangat padat. Setiap minggu ada saja aktiviti atau kegiatan seninya yang perlu disertai. Malah, dia juga masih perlu menghadiri kelas bimbingan di Infinti yang dikendalikan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina. Semua itu memerlukan komitmen yang bukan sedikit.

Al-maklumlah, lepas meletup dengan lagu Masih Jelas, lagu singlenya yang seterusnya iaitu Noktah Cinta pun dapat sambutan yang hangat jugak. Sekarang ini, lagi single terbarunya, Awan Nano pula yang jadi kegemaran.

Kalau tiada aral melintang, Murai Batu dengar Hafiz akan terlibat dengan pembikinan muzik video untuk single lagu tersebut. Tak tahulah macam mana kali ini pembikinan serta jalan ceritanya. Tapi, Murai Batu pasti, produsernya Iwan akan hasilkan music video yang mantap.

Terlanjur cakap pasal Hafiz yang sentiasa sibuk ni, Murai Batu harap janganlah pula korang ketinggalan menyaksikan Konsert Gemilang AF Hafiz yang telah dirakamkan sewaktu konsert Debaran AF8 tidak lama dulu.

Dalam konsert ni, Hafiz akan menyanyikan lagu Masih Jelas yang telah bertahan di Carta Era selama 33 minggu serta Noktah Cinta yang hingga kini masih bertahan di Carta Era dan Hot FM selama 23 minggu. Lagu lain yang turut dipersembahkan Hafiz adalah Awan Nano, Ku Akui serta Watak.


Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails