Tuesday, June 7, 2011

HAFIZ AF7 ALU-ALUKAN TAWARAN BERLAKON DARI PRODUSER?


KL, 6 JUN 2011: Rasa Murai Batu, semua pun dah sedia maklum dengan penglibatan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz dalam bidang lakonan. Ianya bermula menerusi Kau Dan AkU Musim Kedua (KDA2) yang turut menampilkan AKim AF7 dan Aril AF7 sebagai salah satu daripada teraju utamanya.

Sejak Hafiz AF7 terlibat dalam KDA2, ramai peminat-peminatnya yang suka. Murai Batu pun suka. Tapi, Hafiz AF7 sendiri suka tak dengan bidang yang baru saja hendak diceburinya tu?

Inilah yang cuba Murai Batu korek. Hasilnya, daripada apa yang Murai Batu diberitahu, Hafiz AF7 khabarnya memang cukup teruja bila dapat berlakon. Malah, hari demi hari juga,dia semakin seronok serta selesa berlakon.

Bukan setakat itu saja, Hafiz AF7 juga tidak keberatan menjadi lakonan sebagai salah satu daripada punca rezekinya. Kiranya, dia nak teruskan berlakonlah.

Sebab itulah, dia harap sangat supaya akan ada pihak produser drama mahu pun filem yang akan menawarkannya untuk berlakon. Hal itu memang sangat-sangat dialu-alukannya.

Bercakap pasal filem, Murai Batu dapat tahu juga, Hafiz ada terima satu tawaran untuk berlakon dalam filem seram. Tapi, Murai Batu sendiri tak tahulah apa statusnya. Nanti Murai Batu akan tanya pada Hafiz AF7 sendiri.


No comments:

Related Posts with Thumbnails