Wednesday, October 26, 2011

Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 Lebih Seimbang


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 26 OKTOBER 2011: Sebanyak 30 buah lagu daripada pelbagai genre telah diumumkan layak untuk bertanding ke pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 26 yang akan bermula pada 18 November ini hingga 2 Disember depan.

Kesemua lagu tersebut telah dibahagikan kepada tiga pusingan dan akan bersiaran secara langsung di Studio Sri Pentas, Plaza Alam Sentral Shah Alam serta di TV3.

Antara penyanyi yang bakal berentap termasuklah Aizat, Alyah, Meet Uncle Hussein, trio Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, trio Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah, kumpulan Hujan, Faizal Tahir, Atilia & Monoloque dan Yuna.

Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studios, Fadzliniza Zakaria memberitahu dia melihat pencalonan kali ini lebih seimbang apabila terdapat kumpulan indie, artis solo, duet dan trio turut sama memeriahkan Muzik Muzik 26 Separuh Akhir.

"Saya gembira dan berpuas hati sekali bila terdapat muka-muka baru dan lama yang bertanding ke peringkat separuh akhir ini.

"Jika tahun lalu lagu yang bertanding ke peringkat separuh akhir kebanyakannya terdiri daripada kumpulan indie, tetapi kini sedikit berubah dan lebih bagus apabila nampaknya apabila artis solo kembali mendominasi," katanya ketika siding media Muzik Muzik 26 Separuh Akhir.

Sungguhpun begitu, Fadzliniza memberitahu Anuar Zain kemungkinan besar tidak akan membuat persembahan dalam pertandingan peringkat separuh akhir itu.

"Saya difahamkan Anuar Zain, tidak mungkin akan menyertai pertandingan seperti ini. Kami ada berbincang dengan pihak KRU tentang perkara ini dan mereka masih belum membuat keputusan tentang calon yang sesuai untuk menggantikan Anuar Zain menyampaikan lagunya yang tercalon iaitu Sedetik Lebih.

"Jadi, kami akan menunggu keputusan tersebut sehingga diketahui pada 2 Disember depan jika mengikut giliran persembahan lagu tersebut," jelasnya lagi.

Apa yang pasti Yuna dan Noh Hujan masing-masing mempertaruhkan dua lagu iaitu Penakut dan Gadis Semasa dari Yuna, manakala Noh dengan lagu Kurnia nyanyiannya bersama isteri, Mizz Nina dan Muda bersama kumpulan Hujan.

Tak kurang hebatnya, apabila kumpulan Sixth Sense juga turut mempertaruhkan dua lagu pada peringkat ini iaitu Cinta Mati dan Menyesal.

Menariknya persaingan tahun ini apabila dua trio iaitu Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet serta Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah bakal berentap membawakan lagu masing-masing iaitu Kalau Berpacaran dan Beribu Sesalan.

Persaingan kali ini juga turut menyaksikan artis muka baru antaranya Shiha Mentor, Najwa Latif, Iqa Mentor dan Salma Mentor.
Separuh akhir AJL 26 akan disiarkan di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada 18 November, 25 November dan 2 Disember depan, pukul 9 hingga 10.30 malam.

Berikut merupakan senarai lagu dan penyanyi (komposer/penulis lirik) yang mara ke peringkat Muzik Muzik 26 Separuh Akhir:

1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails