Thursday, June 9, 2011

HAFIZ IS NOMINATED IN ANUGERAH PLANET MUZIK 2011!!

Setelah Setahun Terhenti, APM 2011 Kini Kembali


Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 9 JUN 2011: Biarpun sudah terhenti seketika pada tahun lalu, namun kini penganjuran Anugerah Planet Muzik 2011 (APM 2011) bagi tahun yang ke-10 bakal diteruskan semula.

Apa yang pasti, acara yang meraikan pemuzik dan penyanyi dari tiga negara iaitu Malayisa, Singapura dan Indonesia kali ini bakal berlangsung di Max Pavilion, Singapura Expo, pada 15 Julai ini, jam 8.30 malam.

Namun begitu, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn Bhd, Amin Hussein berkata, APM 2011 kali ini telah mendapat maklum balas yang begitu menggalakkan daripada industri muzik terutamanya pencalonan daripada negara Malaysia.

"Apa yang kami dapati, ramai yang mula menaruh kepercayaan pada APM kali ini. Peratusan pencalonan melonjak sebanyak 33% telah pun diterima daripada syarikat-syarikat rakaman antarabangsa dan juga indie.

"Ini merupakan satu permulaan yang cukup baik bagi APM 2011 dalam melengkapkan misinya pada tahun ini. Ini terbukti, walaupun APM terhenti seketika, namun sambutan dan sokongan yang diberikan terhadap industri muzik serantau untuk APM masih lagi utuh dan tidak berbelah bahagi," jelasnya dalam sidang media bagi mengumumkan senarai calon akhir di Hard Rock Café, petang semalam.

Sama seperti tahun-tahun sebelum ini APM 2011 bakal mempertandingkan 17 anugerah yang terdiri daripada 12 kategori terbaik, empat kategori popular dan satu khas yang dikenali dengan Anugerah Cinta Planet Muzik.


Menurut Amin lagi, pihak mereka mempunyai alasan yang kukuh mengapa tahun lalu APM terhenti setelah pengajuran APM yang terakhir dan berlabuh di Jakarta Indonesia pada 2009.

"Pada awal perancangan memang kami nak adakan di Malaysia tetapi oleh kerana kami tidak mendapat sponsor daripada ketiga-tiga negara, pengajurannya terpaksa dibatalkan pada tahun lalu.

"Apatah lagi, tiada pihak yang mahu menguruskan APM tahun lalu. Saya juga akui kegawatan ekonomi yang berlaku tahun lalu telah membuatkan kami kekurangan bajet untuk mengadakannya,"kata Amin.

Selain mengumumkan senarai lima calon akhir, pihak penganjur juga mengumumkan nama pengacara dan senarai artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak nanti. Buat pertama kalinya, Didie Alias telah dipertanggungjawabkan menggalas tugas pengacara yang akan mewakili Malaysia.

Manakala artis yang akan membuat persembahan terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Jacyln Victor, Ning  Baizura & Shila Amzah (Tiga Suara), Ana Raffali, Faizal Tahir, Ajai & Amanda Imani, Atilia & Monoloque serta Hafiz AF.

Hafiz is nominated in these categories :

ARTIS LELAKI TERBAIK
  1. Faizal Tahir
  2. Glenn Fredly
  3. Hady Mirza
  4. Hafiz AF
  5. Judika 
LAGU TERBAIK MALAYSIA

  1. Awan Nano (Hafiz)
  2. Hanyut (Faizal Tahir)
  3. Kalau Berpacaran (Ana Rafali, Suhaimi Meor Hassan, Altimet)
  4. Kekanda Adinda (Atilia, Loque)
  5. Noktah Cinta (Hafiz)
Source : www.murai.com.my

 
Some snapshots of Hafiz at the APM2011 press conference :
 


Pics are courtesy of www.budiey.com

 
GOOD LUCK AND ALL THE BEST TO HAFIZ!!!!!!!
WE'RE SO PROUD OF YOU!!!

Tuesday, June 7, 2011

HAFIZ AF7 ALU-ALUKAN TAWARAN BERLAKON DARI PRODUSER?


KL, 6 JUN 2011: Rasa Murai Batu, semua pun dah sedia maklum dengan penglibatan juara Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz dalam bidang lakonan. Ianya bermula menerusi Kau Dan AkU Musim Kedua (KDA2) yang turut menampilkan AKim AF7 dan Aril AF7 sebagai salah satu daripada teraju utamanya.

Sejak Hafiz AF7 terlibat dalam KDA2, ramai peminat-peminatnya yang suka. Murai Batu pun suka. Tapi, Hafiz AF7 sendiri suka tak dengan bidang yang baru saja hendak diceburinya tu?

Inilah yang cuba Murai Batu korek. Hasilnya, daripada apa yang Murai Batu diberitahu, Hafiz AF7 khabarnya memang cukup teruja bila dapat berlakon. Malah, hari demi hari juga,dia semakin seronok serta selesa berlakon.

Bukan setakat itu saja, Hafiz AF7 juga tidak keberatan menjadi lakonan sebagai salah satu daripada punca rezekinya. Kiranya, dia nak teruskan berlakonlah.

Sebab itulah, dia harap sangat supaya akan ada pihak produser drama mahu pun filem yang akan menawarkannya untuk berlakon. Hal itu memang sangat-sangat dialu-alukannya.

Bercakap pasal filem, Murai Batu dapat tahu juga, Hafiz ada terima satu tawaran untuk berlakon dalam filem seram. Tapi, Murai Batu sendiri tak tahulah apa statusnya. Nanti Murai Batu akan tanya pada Hafiz AF7 sendiri.


Related Posts with Thumbnails