Tuesday, November 25, 2014

Hafiz Gusar Lagu Matahari Tidak Mara Ke AJL 29?


KUALA LUMPUR, 24 NOV 2014 : Penyanyi kelahiran program realiti Hafiz Suip terasa agak gusar mengenai lagu Matahari walaupun sudah mara ke separuh akhir muzik muzik minggu kedua baru-baru ini.

Namun, Hafiz tidak meletakkan apa-apa harapan, dia hanya menyerahkan keputusan di tangan juri sama ada lagu Matahari dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29).

"Saya sudah buat yang terbaik, ini merupakan lagu hasil ciptaan Ajai. Saya merasakan kekuatan pada lagu ini ialah liriknya yang puitis serta melodinya yang lebih kemelayuan."

"Saya kalau boleh tak nak mengecewakan Ajai, sebab sebelum ini saya pernah menang vokal terbaik menerusi lagunya, harap-harap adalah 'luck' untuk saya," seloroh Hafiz kepada portal Murai.com.my.

Menurutnya, setiap tahun saingan sentiasa hebat, Hafiz gentar dengan penyanyi yang sudah lama bertapak di industri seperti Dayang Nurfaizah.

"Dayang dan Dato' Hattan antara penyanyi berpengalaman yang buat saya gerun dan berdebar-debar untuk membuat persembahan. Apa-apa pun saya harap semua penonton telah terhibur dengan nyanyian saya," ujarnya.

Di malam separuh akhir minggu kedua muzik-muzik, antara penyanyi yang berentap ialah Encik Mimpi, Indah Ruhaila, Waris, Amir Jauhari dan Fynn Jamal.


No comments:

Related Posts with Thumbnails