Friday, January 24, 2014

Aku Pelat & Bahagiamu Deritaku Ada Potensi Jadi Juara AJL 28


Meneliti barisan finalis yang bakal berentap pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) pada 26 Januari ini, agak sukar untuk meramalkan siapakah yang bakal dinobatkan selaku juara bagi edisi kali ini. Mana tidaknya, saingan akhir AJL 28 menyaksikan pertarungan sengit kerana rata-rata yang bertanding, baik dari penggubah lagu, penulis lirik sehinggalah penyanyi, semuanya hebat-hebat belaka.

Malah, separuh dari finalis yang bertanding juga pernah memperoleh kemenangan di pentas AJL antaranya Hafiz yang berjaya merangkul Juara Lagu AJL 26 menerusi lagu ‘Awan Nano’. Profil perjalanan Hafiz di pentas AJL juga cukup membanggakan apabila memenangi tiga kali berturut-turut Vokal Terbaik menerusi lagu ‘Noktah Cinta’, ‘Awan Nano’ dan ‘Ku Akui’.

.....................

Apapun, tidak lengkap rasanya jika tidak diselitkan nama Hafiz dalam senarai ramalan pemenang AJL 28. Berbekalkan lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ yang sememangnya tidak perlu dinafikan kehebatannya, lagu ini mempunyai peluang besar untuk bergelar juara kerana ia mempunyai kekuatan dari segenap penjuru.

Melodi dan lirik ciptaan pasangan suami isteri, LY dan Baiduri ini sangat indah, cukup untuk dijadikan ancaman buat finalis yang lain. Bakat nyanyian serta mutu vokal Hafiz dalam menyampaikan lagu-lagu berentak Balada juga tidak perlu disangkalkan lagi. Tidak mustahil juga Hafiz mampu mengekalkan gelaran Vokal Terbaik yang diperolehnya selama ini sekaligus merangkul gelaran Juara Lagu AJL 28.

For full article : http://www.gua.com.my

Hafiz berentap ‘Top 5’



Bahang kehangatan Anugerah Meletop Era (AME) yang julung kali dianjurkan pada 8 Februari ini nampaknya semakin dirasai. Bahkan, dua penyanyi popular tanah air didapati mendominasi pencalonan.

Menerusi sidang media mengumumkan senarai penuh lima calon akhir terpilih yang diadakan di ibu kota baru-baru ini, 14 kategori dipertandingkan nyata di ungguli Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Suip.

 Kedua-dua penghibur terkenal yang pernah bekerjasama merakamkan lagu duet tema drama Adam & Hawa, Muara Hati itu berjaya menambat hati peminat untuk mengundi mereka bagi berentap dalam senarai ‘Top 5’.

Sehubungan itu, Siti dicalonkan empat kategori manakala Hafiz menerima tiga pencalonan termasuk kategori Grup/ Duo Meletop yang mencalonkan kedua-duanya.

 Justeru, antara kategori yang membariskan nama Siti sebagai calon ialah Lagu Meletop, Penyanyi Meletop serta Bintang Siber Meletop dan Hafiz pula tersenarai bagi kategori Lagu Meletop dan Penyanyi Meletop.

For full article : http://www.hmetro.com.my

[promo] #AnugerahMeleTOPERA - Hafiz


Wednesday, January 22, 2014

Hafiz, Stacy, Altimet, Awi pasang strategi


Hafiz, Stacy, Altimet dan Awi Rafael menyusun strategi, melontar energi dan mengalun vokal terbaik untuk melangkah ke pentas final Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil bermula pukul 9 malam di TV3.

Hafiz, penyandang tiga kali vokal terbaik dalam AJL sejak tahun 2010, bakal mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku untuk malam final nanti.

Hafiz bawa elemen sedih

Pernah membawa elemen drama dengan penampilan khas penyanyi senior Herman Tino untuk lagu Awan Nano di pentas akhir AJL26 (2011), tahun ini menerusi lagu Bahagiamu Deritaku, Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz Suip akan membawa elemen sedih bagi melatari lagu itu.

"Saya tak mahu tekankan elemen drama seperti sebelum ini, sebaliknya bawa elemen sedih pula di atas pentas. Selain itu, saya juga akan ke kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Memang setiap tahun saya akan mengikuti kelas vokal dengan Cikgu Shafi," ujar penyanyi berasal dari Kuching, Sarawak itu.

Mengulas mengenai kemenangan tiga kali berturut-turut untuk vokal terbaik dalam AJL, Hafiz mengakui berasa sedikit tertekan.

Sebabnya, kata Hafiz, peminat-peminatnya juga menjangkakan kemenangannya untuk tahun ini.

"Ramai peminat beritahu saya mampu melakukannya. Sedikit sebanyak ia memberi saya tekanan. Kalau tidak menang, ia akan menyedihkan peminat saya," luahnya.

Bagaimanapun, kata Hafiz, dia tidak mahu berasa selesa dengan kemenangan yang diperoleh sebelum ini. Sebaliknya, akan tetap berusaha memberikan persembahan yang terbaik. Lebih-lebih lagi selepas melihat barisan artis yang akan membuat persembahan bukan calang-calang dari segi vokal mereka.


For full article : http://www.kosmo.com.my



Stacy dan Hafiz on Wanita Hari Ini TV3

Related Posts with Thumbnails