Friday, August 31, 2012

Artis hebat, hadiah mewah

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my


HIMPUNAN Janji Ditepati sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini bermula jam 3 petang hingga 12.30 malam, membariskan penghibur muda yang antaranya cukup berpengaruh dalam industri hiburan tanah air. 

Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna, yang melebarkan sayap nyanyiannya ke Amerika Syarikat sejak setahun lalu antara senarai artis yang akan membuat persembahan.

Pembabitan Yuna itu sebagai tanda kebanggaannya menjadi anak Malaysia selain sokongan terhadap sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang terus mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian berbilang kaum selama 55 tahun. Justeru, kesibukan bukan halangan buatnya untuk meluangkan waktu menyertai acara penuh bersejarah itu.

Tidak hanya Yuna, persembahan berkenaan turut dimeriahkan Ratu Rock, Ella, Hafiz AF7, Stacy, Faizal Tahir, Nash Lefthanded, Suki, Daniel Lee dan Syeruthi. 

Apa yang menarik, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan persembahan berkenaan termasuk satu lagi aktiviti iaitu Perarakan dan Perbarisan Merdeka di Dataran Merdeka, sebelah pagi hari yang sama.
Terdahulu pada 13 Julai, pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 dilaksanakan Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli. Beliau berkata, konsep yang diperkenalkan mengangkat tema keceriaan selain menyaksikan pembabitan generasi muda.

“Dalam menghidupkan suasana ceria fiesta, kami ingin mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat.

“Menerusi pengisian persembahan pula, kami mengenengahkan lagu-lagu terkini dan segar yang memenuhi cita rasa anak muda. Kerana itu, kami membariskan penghibur di kalangan generasi muda untuk membuat persembahan, malah keseluruhan acara yang dijalankan menyaksikan pembabitan golongan ‘Gen-Y’.

“Golongan ini penting untuk mendapat pendedahan kerana merekalah yang akan memacu negara suatu hari nanti dan kesedaran perlu dipupuk dari sekarang.

“Saya melihat persembahan juga satu kaedah menggerakkan kebudayaan. Budaya bukan hanya perlu ditekankan atau bermula di sekolah, tetapi ia juga berupaya disemarakkan dengan acara seperti ini.

“Konteks kebudayaan meluas sebenarnya. Ia bukan sekadar tarian kebudayaan, tetapi juga amalan dalam kehidupan misalnya hidup bersatu padu yang sinonim budaya Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, Himpunan Janji Ditepati disertai 8,500 peserta manakala Perarakan dan Perbarisan di Dataran Merdeka pula menghimpun 13,500 peserta. Sebahagian daripada mereka adalah artis kebudayaan di bawah JKKN sendiri.

Memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar seperti dirancang, semua jabatan di bawah JKKN pusat iaitu 14 JKKN negeri mengambil bahagian berserta 200 pegawainya yang berdedikasi turun padang.

“Saya mewakili JKKN dan seluruh yang terbabit, mengharapkan acara yang dihidangkan bukan saja menghiburkan, menyerlahkan kebudayaan dan semestinya paling penting dapat memupuk semangat perpaduan seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membawa dasar 1Malaysia.

“Marilah beramai-ramai membanjiri Stadium Nasional, Jumaat ini kerana selain kita berhibur dengan persembahan penuh berwarna-warni, mendengar saranan Perdana Menteri, acara malam itu nanti amat istimewa.

Akan diadakan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve dan empat motosikal Modenass tajaan Proton, dua tiket penerbangan pergi-balik Kuala Lumpur - London dan Kuala Lumpur - Sydney tajaan Sistem Penerbangan Malaysia, 50 tablet tajaan Huawei Technologies dan 10 basikal Fixie.

“Bagaimanakah cara untuk pengunjung hendak memenanginya, mereka haruslah mendaftar di khemah pendaftaran dan urus setia kami akan memberi Kad Raya/Kemerdekaan kepada mereka. Pada bahagian hujung kad itu nanti ada tertera nombor. Nombor itu perlu disimpan sehingga pengumuman hadiah cabutan bertuah diumumkan pada akhir majlis,” katanya.

Source : www.hmetro.com.my

Thursday, August 30, 2012

10 PENYANYI MUDA MERIAHKAN 'HIMPUNAN JANJI DITEPATI' ESOK

PETALING JAYA: Lebih daripada 10 barisan penyanyi muda bakal memeriahkan acara Himpunan Janji Ditepati bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-55.

Ia akan berlangsung pada Jumaat (esok) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Acara yang akan bermula dari pukul 3 petang hingga 12.30 tengah malam itu bakal membariskan penyanyi popular Yuna, Ella, Hafiz (AF7), Stacy, Faizal Tahir, Nash (Lefthanded), Suki, Daniel Lee dan Shruthi.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli, acara itu diperkenalkan bagi mewujudkan interaksi pemimpin bersama rakyat selain memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

"Sebenarnya acara ini lebih tertumpu untuk menyaksikan pembabitan generasi muda. Kerana itu, kami membariskan penghibur daripada kalangan generasi tersebut selain penglibatan golongan belia," katanya.
Tambah Norliza, persembahan itu juga antara satu kaedah menggerakkan kebudayaan negara selain amalan dalam kehidupan bersatu padu yang sinonim dengan budaya Malaysia.



Dalam pada itu, dijangka seramai 8,500 peserta akan menyertai himpunan ini manakala Perarakan dan Perbarisan di Dataran Merdeka pula menghimpunkan 13,500 peserta.

Bagi memeriahkan lagi sambutan, acara cabutan bertuah turut diadakan dengan menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve dan empat motosikal Modenas tajaan Proton, dua tiket penerbangan pergi balik, Kuala Lumpur - London dan Kuala Lumpur - Sydney tajaan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), 50 Tablets tajaan Huawei Technologies dan 10 basikal Fixie.

Untuk menyertainya para pengunjung perlu mendaftarkan diri di khemah pendaftaran.

Source : mStar Online

VCS @ GLAMOUR RAYA BERSAMA HAFIZ & PENYAMPAI-PENYAMPAI CATSFM EVENT

 
  

  

BEHIND THE SCENES OF 'MUARA HATI' MV




Tuesday, August 28, 2012

Saksikan MTV Muara Hati - Adam & Hawa Dato Siti Nurhaliza, Hafiz


Sebelum ini, sudah beberapa kali penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza dan Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz digandingkan dalam beberapa acara hiburan termasuklah program TV.

Namun, belum ada sebuah lagu yang menggandingkan mereka sebagai pasangan duet. Begitupun, kemunculan drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa menjadi titik tolak kepada kolaborasi mereka secara rasmi. 

Menerusi Adam & Hawa, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz telah berpadu suara membawakan lagu berjudul Muara Hati ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense.

Muara Hati merupakan sebuah lagu power ballad yang cukup meruntun jiwa dan gandingan Dato' Siti Nurhaliza serta Hafiz telah berjaya memberikan nafas serta jiwa terhadap lagu ini.

Saksikan lagu Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz di dalam portal Astro Gempak ini an jangan lupa saksikan drama bersiri Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 di saluran Mustika HD (saluran 134).

Adam & Hawa yang diangkat daripada Aaron Aziz dan Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir selaku Dee, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawiyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.

Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila layari laman web http://www.astro.com.my/byond atau http://www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300 82 3838.


Related Posts with Thumbnails