Tuesday, August 28, 2012

Saksikan MTV Muara Hati - Adam & Hawa Dato Siti Nurhaliza, Hafiz


Sebelum ini, sudah beberapa kali penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza dan Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz digandingkan dalam beberapa acara hiburan termasuklah program TV.

Namun, belum ada sebuah lagu yang menggandingkan mereka sebagai pasangan duet. Begitupun, kemunculan drama bersiri 80 episod, Adam & Hawa menjadi titik tolak kepada kolaborasi mereka secara rasmi. 

Menerusi Adam & Hawa, Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz telah berpadu suara membawakan lagu berjudul Muara Hati ciptaan dan nukilan daripada Hafiz sendiri bersama Adi Sixth Sense.

Muara Hati merupakan sebuah lagu power ballad yang cukup meruntun jiwa dan gandingan Dato' Siti Nurhaliza serta Hafiz telah berjaya memberikan nafas serta jiwa terhadap lagu ini.

Saksikan lagu Muara Hati nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Hafiz di dalam portal Astro Gempak ini an jangan lupa saksikan drama bersiri Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam bermula 27 Ogos 2012 di saluran Mustika HD (saluran 134).

Adam & Hawa yang diangkat daripada Aaron Aziz dan Nadia Nisaa, turut menjayakan drama ini termasuklah barisan pelakon baru dan lama seperti Anzalna Nasir selaku Dee, Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul), Amyza Adnan (Cikgu Zawiyah), Aznah Hamid (Maria) dan Rozie Rashid (Kak Zah).

Untuk menikmati saluran Mustika HD, para pelanggan pakej Mustika hanya perlu melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan.

Manakala bagi para pelanggan perkhidmatan Astro B.yond pula, mereka hanya perlu melanggan Pakej Mustika dengan bayaran RM12.95 sebulan untuk menikmati saluran ini. Untuk melanggan, sila layari laman web http://www.astro.com.my/byond atau http://www.astro.com.my/mustika atau hubungi 1300 82 3838.


No comments:

Related Posts with Thumbnails