Saturday, October 31, 2009
Hafiz's MASIH JELAS vc premiere at 11pm tonite!!!!!
And tonite.... let us huddle together and watch the premiere of his new version of MASIH JELAS video clip at 11pm on Astro Ria (Ch.104)...hopefully it's way better than the previous one.....
Hafiz @ Festival Teater Malaysia, 30th October 2009
Friday, October 30, 2009
Hafiz in Brands Ad - The Star, 30th October 2009
Thursday, October 29, 2009
Kategori terbuka perlihat saingan sengit - Credit To Utusan Malaysia
TIDAK dinafikan, selama 24 tahun rancangan hiburan mingguan Muzik-Muzik (MM) bersiaran, ia telah meninggalkan impak yang cukup besar di kalangan peminat muzik tempatan.
Kalau ada yang melihat MM sekadar sebuah rancangan hiburan biasa dan tiada pengisian yang boleh dibanggakan, ternyata telahan itu silap.
MM dan acara kemuncaknya, Anugerah Juara Lagu (AJL) dilihat telah mengangkat industri hiburan ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus memartabatkan karyawan seni tanah air.
Umum sudah mengetahui misi utama penganjuran MM dan AJLadalah untuk menobatkan gelaran terbaik dan menghargai karya anak seni tempatan menerusi lagu-lagu mereka.
Bukan itu sahaja, MM dan AJL juga telah melalui revolusi muzik yang cukup ketara dan semuanya itu dapat dilihat bermula dengan lagu Sekadar Di Pinggiran nyanyian Francisca Peter sehinggalah Laguku Untukmudendangan Meet Uncle Hussain tahun lalu.
Bukan revolusi muzik sahaja yang berlaku dalam MM tetapi pengisian rancangan itu sendiri telah berdepan dengan perubahan seiring dengan pembangunan serta kemajuan industri hiburan tempatan.
Bermula dari tahun 1986 hingga 1991, konsep rancangan MM adalah berdasarkan juara bulanan yang seterusnya layak ke peringkat AJL.
konsepnya berubah
Kemudian, dari tahun 1992 sehingga 2008, konsepnya mula berubah apabila lagu-lagu yang bertanding dibahagikan kepada tiga kategori mengikut genre lagu.
Namun, pembahagian lagu mengikut kategori nampaknya tidak mampu bertahan lagi apabila mulai tahun ini, MM mempertandingkan semua lagu secara terbuka.
Semuanya berpunca daripada kemerosotan lagu-lagu berentak etnik dan tradisional yang dilihat semakin teruk serta tiada perubahan dari segi kualitinya.
Tindakan MM memperkenalkan kategori terbuka ini dilihat sebagai yang positif kerana secara tidak langsung, ia mampu memberikan saingan sihat serta sengit daripada karyawan seni tanah air.
Sekali gus ia dilihat sebagai pembakar semangat kepada komposer dan penulis lirik untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti.
Untuk tahun ini, sebanyak 30 buah lagu layak dipertandingkan di peringkat separuh akhir yang akan membuka tirainya bermula 6 November ini selama tiga minggu berturut-turut.
Namun begitu, pihak penerbitan MM mengakui berdepan dengan masalah pemilihan lagu untuk menempatkan diri ke peringkat separuh akhir.
Biarpun mengamalkan kategori terbuka, namun MM tidak berkompromi soal kualiti lagu yang dicalonkan.
Ini dapat dilihat sepanjang MM24 disiarkan dari 4 April hingga 17 Oktober, hanya 112 buah lagu sahaja yang layak dicalonkan.
Dan, daripada 112 buah lagu itu, hanya 10 buah lagu berentak etnik sahaja yang dicalonkan manakala selebihnya adalah dari genre balada, pop rock, rock dan lain-lain.
Ini diakui oleh Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio Sdn. Bhd., Fadzliniza Zakariayang menyifatkan angka itu sebagai sesuatu yang cukup menyedihkan.
"Memang jelas industri muzik kita mengalami kemerosotan lagu yang cukup serius untuk dipertandingkan dalam MM.
"Namun, itu bukan penghalang buat MM untuk terus membuka peluang kepada semua karyawan seni untuk sama-sama bertanding dalam rancangan ini.
menyuntik semangat
"Pengenalan kategori terbuka ini juga adalah untuk menyuntik semangat baru kepada semua anak seni agar mereka mampu melahirkan karya yang berkualiti dan memiliki nilai-nilai estetika yang tinggi," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar Separuh Akhir Muzik-Muzik 24 di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Mohamed Nordin.
Menyambung bicara, Fadliniza memberitahu iklim industri muzik tempatan tidak pernah tetap dan sentiasa berubah-rubah.
Begitu juga dengan cita rasa peminat dan pendengar muzik tempatan yang sukar sekali untuk diramal.
Jika lagu-lagu pop, rock dan etnik pernah beraja di hati peminat hiburan tempatan selain menjuarai AJL, namun kini kecenderungan itu sudah mula beralih arah.
Harus diakui, muzik yang dibawa oleh kumpulan indie merupakan muzik yang menjadi perhatian masa kini.
"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan dan kalau anda bertanya adakah MM akan kembali kepada pembahagian lagu mengikut kategori, semuanya bergantung kepada keadaan.
"Apa yang penting adalah untuk kami meneruskan misi bagi memartabatkan lagu tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
"Bukan itu sahaja, sebagai penganjur kepada acara AJL, kami juga mahu melihat semua komposer tidak mengira kaum dan bangsa turut sama bertanding asalkan mereka rakyat negara ini," katanya yang memberi contoh kejayaan kumpulan Estranged dan Meet Uncle Hussain yang menjuarai AJL pada tahun 2008 dan 2009.
Dalam perkembangan lain, Fadliniza turut ditebak adakah MM akan hilang dan tidak akan ada lagi AJL memandangkan MM mingguan kini hanya ditonton 600,000 orang sahaja?
"MM tidak akan dihentikan kerana ia merupakan platform untuk memberi peluang kepada karyawan menonjolkan kreativiti mereka.
"Malah, MM juga sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kebanyakan daripada kita . Harapan saya agar semua pihak terus mengekalkan prestij MM dan AJL sebagai pentas mempertandingkan karya-karya terbaik," ujarnya penuh optimis.
Hafiz will for sure be @ Festival Teater Malaysia on 30th October 2009, and Gempak Selebriti Astro!! and an update on Separuh Akhir Muzik-muzik
Few nites ago an anon tegur me at the cb.. saying that Hafiz will not be at this function... so i admitted that i was wrong so i removed the article....
but today.. how was i so happy to hear that it's CONFIRMED!!! He will be making an appearance at Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching at the closing, starting at 8 pm.
But he won't be singing though..... he will receive a special recognition from the Chief Minister of Sarawak. Congrats dear superboy!
And the next day... he will be flying to Kuantan, Pahang for Gempak Selebriti Astro. Looks like Hafiz will have a full swing of things to do this weekend... way to go!!!
Another update is about the Separuh Akhir Muzik-muzik. It has been confirmed that his turn will be changed to 20th November 2009, do take note k! He will not be performing on the 13th Nov as previously scheduled. That would be really nice coz we will get to know the results of the finalists on that nite itself!! Yayyyy!!!
:)
Masih Jelas Album Review - Berita Harian, 29th Oct 2009
Wednesday, October 28, 2009
Hafiz in Brands Ad - The Star, 28th October 2009
Hafiz @ Majlis Pengumuman Peserta Sehati Berdansa - Murai.com.my
Tuesday, October 27, 2009
Hafiz @ Sidang Media Muzik Muzik Separuh Akhir - Mangga Online
Hafiz rasa tersisih? - Majalah HAI Online...
Hafiz @ Sidang Media Muzik Muzik Separuh Akhir, Kosmo Online
Monday, October 26, 2009
Hafiz @ Sidang Media Muzik Muzik Separuh Akhir, 22 Oktober 2009
Sunday, October 25, 2009
Hafiz with others in Brands ad
Thursday, October 22, 2009
Persaingan Sengit Di Separuh Akhir Muzik-Muzik 24
Petang tadi, bertempat di perkarangan Sri Pentas diumumkan 30 lagu yang telah berjaya memasuki pusingan separuh akhir Muzik-Muzik.
Mereka adalah:
6 Nov
1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)
13 Nov
1. Aurora (Estranged)
2. Seadanya Aku (Nubhan)
3. Tahu Tak Tau Joget (Jinbara)
4. Ku Pinjam Satu Bintang (Alyah & Riz)
5. Fikirlah (Aizat)
6. Khatimah Cinta (6ixth Sense)
7. Bengang (Akim)
8. Aku Rindu Sayang Kamu (Black)
9. Pari-Pari Di Bawah Angin (Meet Uncle Hussain)
10. Benar-Benar (Adam)
11. Masih Jelas (Hafiz)
20 Nov
1. Situasi (Bunkface)
2. Rindu Terhenti (Tomok)
3. Patri (Jinbara)
4. Pakai Buang (Stacy)
5. Pergi (Aizat)
6. Ketika Ini (Estranged)
7. Bencinta (Faizal Tahir)
8. Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)
Tarikh 6, 13 dan 20 November merupakan tarikh persembahan mereka, yang akan berlangsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dari jam 10 hingga 11.30 malam, mengikut urutan yang tertera.Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru di mana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.
Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.Sebanyak 112 lagu yang telah dicalonkan sepanjang tahun mulai 4 April hingga 17 Oktober tetapi hanya 30 lagu sahaja terpilih ke separuh akhir. Dari situ, 14 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu yang akan diumumkan selepas persembahan terakhir pada 20 November.
Pemilihan dibuat berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional berdasarkan persembahan pada malam pertandingan dicampur markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan.Tiket-tiket percuma ke pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik boleh diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral mula 31 Oktober.
Untuk maklumat lanjut mengenai Separuh Akhir Muzik-Muzik 24, layari www.tv3.com.my
Let's hope and pray for our darling Hafiz ok!!! Wish him all the best!!
Tuesday, October 20, 2009
The new video clip premiere......
Thursday, October 15, 2009
News Flash!
Another news, Hafiz has received his Honda Accord prize and there will be an official ceremony for it. And before i forget, there will be another VC coming up on the 21st! Not sure which song, maybe it's the new MASIH JELAS vc. Just wait and see ok!
Wednesday, October 14, 2009
MASIH JELAS MASUK SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK
Ramah Tamah With Hafiz at Rafflesia Ballroom,Grand Continental Hotel by MumiCikgu
I arrived at grand continental an hour after the event started (due 2 some circumstances) Tu pun tersesat…kata 2nd floor…naik…x der org…hehehe… turun lagi tanye receptionist…rupa-rupanya the next entrance!
Upon arrival, I was greeted by Baby(hafiz’s sister). She gave me the ticket and the doorgift, another sweet girl printed(ngecop) my pergelangan tangan. ( I was…mmm k pa tok owh…hehehe)…
I entered the ballroom, mamahafiz greeted me…there was mahima(mdm organizer) n noni. Thanx bcoz masih ingat kamek. Noni masih ingat kamek dapat lucky draw masa di miri.
I asked mamahafiz indai’s table…she bawa me there… otw, I saw hafiz bz entertaining fans at a table. Sempat lagi I say…hi hafiz… tergisinnya nanggar I, lalu madah…mumi!
From left: belle, ladyzuely, kak amoi, ceca, mumi and meetomo…I love you all…
Hafiz went round 4 tables before he buat cabutan bertuah…n yes! Belle…one of my tablemate got one…so happy for her…belle…ada madah…anything 4 u tek???
Later on hafiz sang a beautiful number…terima kasih cinta…by aghfan…wow what a voice! Indai was…ahhh…cair abislah…but the song was quite short I think…x sampai 3 minit pun… belalak kamek fiz!
The table to table round continues…we waited patiently…next hafiz sang awan nano…hye, it’s my favourite!(and of course kak nanolah) hehehehe…
I ada amik vc tuh…tapi sekerat jer…the cam abis battery! Sayang nyer…I shud hv record it wif my N70…kekekekeke…
After six cabutan bertuah, hafiz sang ‘lagu kita’ by aizat… wow, it reminded me of his first concert…best giler…
At last, the moment of truth…after the long wait…hafiz finally came to our table (the last table of the evening)
The last number that evening was ‘selamat hari raya’ by dato’ ahmad jais…hafiz brought it beautifully… some fans went up on stage ( jeles I x dpt naik sbb cbuk amik vc) huhuhu…
Juz b4 semua orang balik…spontanously a boy (hafiz jugak namanya) lompat atas pentas jumpa hafiz. At that time ‘masih jelas’ was aired…hafiz jr took the mic from hafiz and started singing…wah everybody was amazed!...he tiru
Cikgu masbi wif hafiz n mum…
p/s : Thanx to MumiCikgu
Tuesday, October 13, 2009
To All Hafiz Fans
Glitter Generators
Adminhafizfc2
Dear Hafiz Fans
Its time that I (Adminhafizfc) mengundurkan diri from being the administrator of this blog. I have officially handed over this task to a very reliable person (who wishes to remain anonymous for the time being) last nite.
This person shall now be known as Adminhafizfc2. He/She shall update the blog and furnish us with updated info on our beloved Hafiz. (Please dont ask me who this person is. Let us respect his/her decision to remain anonymous for now).
I had the best times being the Admin of this blog from Day 1. I have made friends with Hafiz Fans and its been such an honour being respected and looked up upon by most of you. I know we had our ups and downs but whatever it was, we have accomplished our mission to make Hafiz the Juara of AF7. It was indeed a wonderful wonderful journey.
If you miss me (hehe) you can still find me in the chatbox (usually at nites) as Kakwa :)
So since its still Syawal, I just wanna wish you all SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .. mohon ampun maaf zahir & batin. Take care, dont be naughty and no matter what gossips we hear, we shall SUPPORT HAFIZ ALL THE WAY, ok?
Salam,
Kakwa