Tuesday, March 1, 2011

Dengarkan Hafiz di ERA fm Kuching hari ini dan raikan hari jadi beliau

Dengarkan Hafiz di ERA fm Kuching hari ini dan raikan hari jadi beliau



Posted on March 1, 2011, Tuesday





KUCHING: Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip akan ke udara sebagai penyampai selebriti di ERA fm Kuching, 96.1fm pada 1 Mac (hari ini) bermula jam 10 pagi hingga 1 petang.

Pengurus Operasi ERA fm Kuching, Iza Ibrahim memberitahu Hafiz akan ke udara bersama penyampai ERA Kuching Osha dan Hasmin.

Melalui peluang tiga jam ini, ERA fm akan menunaikan hajat Hafiz untuk menjadi penyampai radio sempena hari jadinya yang ke-21 pada 27 Februari lalu.

Hafiz akan membuat persembahan untuk 12 penghuni Rumah Sri Kenangan dan peminat-peminat setia Hafiz pada sebelah petangnya sempena Majlis Amal Hari Jadi Hafiz di The Station, Medan Pelita, Kuching.

Acara ini bermula pada jam 2.30 hingga 4.30 petang juga pada hari ini.

Jika anda berminat menyertai majlis ini, sila taipkan KCHNAMASEBAB SAYA MINAT HAFIZ? Hantarkan ke 32555 (**setiap SMS dihantar akan dikenakan caj mengikut kadar pengendali telepfon bimbit masing-masing dan RM0.50 akan dikenakan untuk setiap SMS yang di terima).

Mereka yang terpilih akan mendapat dua jemputan ke Majlis Amal Hari Jadi Hafiz ke-21 dan mereka digalakkan membawa hadiah sempena hari jadi beliau.

“Namun hadiah itu bukan untuk Hafiz sebaliknya diberikan kepada penghuni Rumah Sri Kenangan, justeru anda digalak membawa hadiah seperti tudung, kain sarung, hamper makanan dan sebagainya yang sesuai,” jelas Iza.

Source : www.theborneopost.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails