Monday, March 14, 2011

Parti Hawaii KDA2 Meriah Walaupun Terpaksa Berhujan!


Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
 
KUALA LUMPUR,3 MAC 2011: Mendapat layanan seperti puteri raja bagaikan satu mimpi yang indah buat pemenang peraduan kuiz drama Kau Dan Aku 2 (KDA2), Nur Amira Ismalinda Aminuddin atau Mira, 18.
Apa tidaknya, menerusi kemenangan itu, Mira bukan saja berpeluang menemui barisan pelakon KDA2 tetapi juga membawa sama 50 rakannya untuk menikmati kegembiraan dalam sebuah parti bertemakan Hawaii yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada malam 25 Februari 2011 lalu.

Sungguhpun parti itu berlangsung dalam suasana yang ditemani hujan gerimis, namun Mira yang hadir dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur tetap tersenyum riang kerana pelakon yang diminatinya, Hafiz turut hadir di majlis berkenaan.

"Saya tak sangka boleh menang kuiz ini. Terima kasih kepada pihak Astro kerana menganjurkan parti yang begitu meriah ini. Terima kasih juga kepada Hafiz, Aril, Mimi Haris dan Cici kerana sudi meluangkan masa bersama saya dan rakan-rakan yang lain.

"Jikalau KDA di sambung ke musim yang ketiga, saya dan rakan-rakan tetap akan menjadi penonton setia drama ini. Pada malam ini pun, kami semua sangat enjoy walaupun terpaksa meraikannya dalam keadaan basah dan hujan gerimis," kata Mira kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Hafiz yang menjadi tunjang utama drama ini mengakui parti ini sangat meriah dan dia juga berharap agar aktiviti seperti ini akan dapat dianjurkan selalu. "Terima kasih kepada semua kerana menjadi penonton setia KDA2. Insya-Allah, sekiranya respon baik diterima menerusi KDA2, drama ini bakal disambung untuk musim yang seterusnya.
"Jadi, teruslah menonton KDA2 yang telah pun ditukar waktu siarannya dari hari Selasa, jam 9 malam kepada Sabtu, jam 3 petang di Astro Ria. Tahniah juga kepada Mira kerana dari ribuan yang menyertai kuiz ini, anda yang bertuah dan terpilih," ujar Hafiz.

Selain diraikan bagaikan puteri dalam majlis ini, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berasal dari Meru, Klang ini turut menerima sebuah gitar elektrik dan papan luncur yang ditandatangani oleh semua pelakon KDA2.
Parti pada malam itu telah dihoskan oleh dua penyampai Era FM, Ira dan Feeya bersama editor murai.com.my, Razif Rosdi atau Ajieb. Selain persembahan nyanyian dari Hafiz, Aril, Mimi dan Cici, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian hola dan tarian api serta permainan yang disertai tetamu dan artis.

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails