Friday, August 19, 2011

HAMPIR 50 SELEBRITI BAKAL SERTAI YOK SAHUR 4


KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2011: Program Yok Sahur 4 yang bakal dianjurkan portal murai.com.my bersama Double Tree by Hilton di Putra Perdana, 19 Ogos ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada artis dan selebriti tanah air. Malah, hampir 50 artis telah mengesahkan penyertaan mereka terhadap program amal yang dianjurkan saban tahun ini.

Berbeza dengan program Yok Sahur yang pernah diadakan sebelum ini, Yok Sahur 4 hanya akan berlangsung di satu lokasi sahaja, namun tradisi mengajak artis dan selebriti menjayakan aktiviti amal dengan bersama anak-anak yatim di lokasi di rumah kebajikan yang terpilih ini tetap tidak berubah.

Antara selebriti-selebriti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Fauziah Latiff, Alyah & Chocolate, Hafiz AF7, Farawahida, Imam Muda Azhar, Natasha Hudson, Dina Nadzir, Neelofa, Sabhi Saddi, Awi Rafael, Wana, Siti Nordiana, Nine Coco, Arja Lee, Raja Azmi, Along Raja Lawak dan Zila Saeron, Fazli Zainal, Maria Tunku Sabri, Azri AF9, Erul AF9, Lena AF9, Asfan, Zarul n The Protes, Muzzy, Amir Jahari, Senorita, Shazroul, Aesar Mustafa, Max 24:7, Alvin Anthons, Qalisha, Aisya Hasna, Diddy Hirdy, Kay AF9, Mamat Sepah, X-Factor, Bkay, Daus, Iqa Mentor, kumpulan Firdaus, Iz Sulaini, Rosma & Khai, Ernie Zakri, Zoey, Linda Onn dan ramai lagi.

Seperti kebiasannya, tradisi Yok Sahur selalunya akan dimulakan dengan selebriti-selebriti ini mengejutkan penghuni-penghuni rumah kebajikan untuk bersahur yang dimulakan bacaan doa dan marhabban. Selain bersahur, selebriti-selebriti ini kemudian akan meluangkan masa untuk menghiburkan anak-anak yatim ini dengan menyanyi, bercerita atau bermain beberapa aktiviti permainan yang menyeronokkan.

Sejak dianjurkan kira-kira 3 tahun lalu, Yok Sahur sentiasa menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh para selebriti tanah air dan ramai yang tidak sabar-sabar untuk menjayakan program ini. Ada juga selebriti yang turut menghulurkan sumbangan berbentuk material, makanan serta duit raya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Dan perkara ini sentiasa dialu-alukan oleh pihak portal murai.com.my.

Selain dari penglibatan selebriti-selebriti ini, majlis juga akan diserikan dengan kehadiran EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Dato Sohaimi Shahadan yang juga merupakan penaja kelengkapan Yok Sahur 4.

Rumah Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa, Taman Putra Perdana, Puchong bakal menjadi destinasi untuk Yok Sahur 4 bersama Double Tree by Hilton ini. Rumah kebajikan yang baru sahaja 3 bulan beroperasi ini diduduki oleh 80 orang penghuni yang terdiri daripada anak yatim, asnaf, ibu tunggal dan fakir miskin.

Sertai Double Tree di facebook untuk mendapatkan perkembangan, promosi berita terkini: http://www.facebook.com/DoubleTreeKL
Source : www.murai.com.my

1 comment:

www.murai.com.my said...

thank you for tagging & hyperlinking murai.com.my

Related Posts with Thumbnails