Wednesday, December 7, 2011

Hafiz Bawa Awan Nano Ke Jakarta


Istilah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah orang siapa yang tahu’ memang tepat menggambarkan situasi Hafiz AF7 apabila dia bakal mempromosikan lagu ‘Awan Nano’ di Jakarta, Indonesia pada Januari tahun depan.
Semuanya bermula selepas Hafiz menjayakan program ‘Apa SAja FBI’, dihoskan oleh Faizal Ismail yang turut mengundang artis dari seberang, kumpulan Nidji menyanyi lagu ‘Laskar Pelangi’ secara duet dengan Hafiz.

“Selepas saya berduet dengan vokalis Nidji, Giring dalam program tersebut, syarikat rakaman dari Jakarta terus mempelawa saya mempromosikan ‘Awan Nano’ di seberang,” ujar Hafiz ketika ditemui di Konsert Akhir Reunion Akademi Fantasia di Aeon AU2 Setiawangsa, Sabtu lalu.

Tambahnya lagi, sekiranya tiada aral melintang, dia akan berangkat ke Jakarta pada Januari depan, namun semuanya masih lagi dalam proses perancangan.

Sambil mengucap syukur atas kejayaan demi kejayaan yang terlakar dalam karier seni dek lagu tersebut, Hafiz turut berharap dirinya akan terus maju dalam karier seni selain ingin melebarkan lagi karier seninya.
Selain bakal ‘terbang’ ke seberang, lagu ciptaan Dato’ M Nasir ini juga, turut menyaksikan Hafiz bertanding kali ketiga di dalam anugerah berprestij apabila ‘Awan Nano’ berjaya bertanding di Anugerah Juara Lagu 26 (AJL 26).

Source : www.ohbulan.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails