Monday, February 3, 2014

Bahagiamu Deritaku Juara AJL 28

Selain lagu nyanyiannya Bahagiamu Deritaku diangkat sebagai Juara Lagu, Hafiz turut menang kategori Persembahan Terbaik


KUALA LUMPUR : Lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri berjudul Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000.00.

Bahagiamu Deritaku berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Salammusik (Aku Pelat), Black (Takkan Terpisah), Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Hyper Act (Hanya Aku), Stacy (Bosan), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara).

Turut bertanding adalah Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latiff feat Sleeq & Shamkamarul (Sahabat), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Alyah (Kau Yang Terindah) dan Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya).


For full article : http://mstar.com.my


No comments:

Related Posts with Thumbnails