Thursday, January 29, 2015

Tampil rakan seperjuangan


Oleh Norhadiani Baharom

Di antara ramai bakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia (AF), Hafiz Suip, 25, antara paling berjaya dan bakatnya diakui menerusi pengiktirafan demi pengiktirafan serta pelbagai peluang keemasan yang diperolehnya.

Bercerita mengenai persembahan khas Hafiz & Friends di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur Ahad lalu, pemuda kelahiran Kuching, Sarawak ini berkata, dia boleh memilih nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar atau sesiapa saja sebagai tetamu undangannya.

Tambahan pula, senarai nama yang disebutkan pernah berkolaborasi dengannya selain Datuk Rossa dan Krisdayanti yang menampilkan Hafiz sebagai penampilan khas di konsertnya tidak lama dulu.

Pun begitu, penyanyi terkenal dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu tetap melihat penganjuran 'showcase' itu yang menampilkan rakan seperjuangan seperti Akim, Aril, Hazama, Firman dan Faizul Sani sebagai satu persembahan istimewa buatnya.

Ini ditambah dengan kehadiran hampir 1,000 penonton meyakinkannya bahawa karya muzik tempatan masih diminati.



"Saya tidak kisah bekerjasama dengan sesiapapun. Tidak semestinya yang popular atau nama besar saja. Jika mereka bagus dan berbakat, sudah tentu saya mahu mencuba.

"Seperti teman yang terbabit dalam persembahan ini, mereka semuanya berbakat dalam nyanyian. Akim dan Aril sememangnya rapat sejak kami sama-sama menyertai AF7. Kebetulan juga ketiga-tiga kami pemenang program itu.

"Mereka ibarat adik-beradik saya sejak menetap di Kuala Lumpur. Sampai sekarang kami berkawan rapat meskipun ada ketika terpisah oleh waktu. Namun, kita tidak pernah lupa untuk berhubung dan bertanya khabar, " katanya.

Hafiz berkata, Hazama pula rakan yang sangat dia senangi dalam industri muzik tempatan. Selain mengagumi keunikan vokalnya, Hafiz sukakan Hazama kerana personalitinya yang lucu dan suka menghiburkan orang.

"Sementara Faizul dan Firman pula, antara bakat AF yang patut diberikan peluang kerana mereka bukan setakat boleh menyanyi, tetapi bermain muzik dan mencipta lagu.

"Justeru apabila pihak pengurusan mengusulkan idea menggabungkan kami di atas pentas yang sama, saya memang sangat teruja dan percaya kami mampu memberikan persembahan yang variasi kerana setiap daripada kami memiliki personaliti yang berbeza termasuk cara nyanyian dan genre muzik pilihan, katanya.

For full article : http://www.hmetro.com.my


No comments:

Related Posts with Thumbnails