Sunday, February 21, 2010

VIDEO MUZIK : HAFIZ CIPLAK SABHI SADHI?




KL, 21 FEB 2010: Ketika ini, Murai Batu dengar peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip sibuk membahaskan isu mengenai video muzik terbaru Hafiz bertajuk Noktah Cinta.

Jika sebelum ini, video muzik Masih Jelas terpaksa dibikin sampai 2 kali berikutan permintaan daripada peminat fanatik Hafiz sendiri yang kurang menggemari jalan cerita yang ditonjolkan dalam lagu, kali ini, lain pula ceritanya dengan video muzik Noktah Cinta.

Ia kononnya dikatakan mempunyai persamaan dengan video muzik pendatang baru, Sabhi Sadhi bertajuk Nadiku. Persamaannya pula bukan saja dari sudut jalan cerita tetapi juga dengan gaya lakonan.

Gara-gara itu, Hafiz telah menjadi mangsa utama kerana dituduh menciplak video muzik Sabhi Saddi yang telah dilancarkan pada lebih awal daripada muzik video Hafiz sendiri iaitu pada Januari lalu. Pelancaran muzik video itu telah dilakukan secara serentak album EP Sabhi yang diadakan di kelab Maison Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, selepas Murai Batu selidik. kes siapa tiru siapa sebenarnya tidaklah wujud sama sekali dan semua ini berlaku secara kebetulan saja dan persamaan tersebut bukanlah seratus-peratus sama.

Mengikut pengamatan Murai Batu, babak yang sama hanya wujud sewaktu roh Hafiz dan Sabhi melutut serta menyanyi di hadapan kekasih mereka. Kekasih Hafiz adalah Erin Malik dan kekasih Sabhi pula adalah Zaleha.

Selain itu, sedikit persamaan juga ada apabila wujudnya watak yang sama iaitu sahabat baik serta doktor di dalam kedua-dua muzik video tersebut.

Kebetulan pengarah yang ditugaskan untuk mengarahkan video muzik kedua-dua penyanyi ini adalah pengarah baru yang saling mengenali di antara antara satu sama lain.

Pengarah untuk video muzik Sabhi iaitu Aidil Fitri, manakala pengarah video muzik Hafiz adalah Irwan yang pernah memikul tanggungjawab sebagai produser konsert AF7 dulu. Jadi mungkin, idea yang sama itu datang secara tidak diduga.

Murai Batu harap janganlah kerana video muzik ini, peminat suka membandingkan karaktor Hafiz dan Sabhi. Jangan sampai kedua penyanyi ni saling bermasam muka Yang jelas, kedua-dua penyanyi ini mempunyai kekuatan sendiri. Seorang juara AF7 dan seorang lagi pernah ada kaitan dengan bintang AF2 iaitu Adam.

Terus-terang Murai Batu kagum dengan penglibatan pelakon popular dalam video muzik Noktah Cinta seperti Rozie Rashid dan Erin Malik. Tidak lupa juga usaha gigih Sabhi yang menyatukan bakat-bakat dari stesen TV seperti DJ Muadz dari RTM, Dayana dari Anak Wayang Astro serta Zaleha pengacara di TV9. Yang penting, Murai Batu suka juga dengar kedua-dua lagu ini. Jiwang seh!!

Source : http://www.murai.com.my/

No comments:

Related Posts with Thumbnails