Wednesday, November 24, 2010

14 Lagu Bakal Berentap Ke Anugerah Juara Lagu 25



SHAH ALAM, 23 NOV 2010: Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) kini hampir menuju ke kemuncaknya apabila 14 buah lagu yang terpilih dalam 3 pusingan peringkat separuh akhir Muzik-muzik 25 telah pun diumumkan layak untuk bersaing ke peringkat akhir.

Kesemua 14 lagu itu adalah Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) , Sofea Jane (Black), E xtravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan).

Keputusan itu diumumkan sendiri oleh pengacaranya, Faizal Ismail, Sheryl Samad dan Ally Iskandar selepas berakhirnya saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang berlangsung di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, malam semalam.

Apa yang menarik daripada kesemua 14 lagu yang terpilih itu, 4 daripadanya adalah dari kalangan penyanyi berkumpulan iaitu Extravaganza (Bunkface), Pelita (A.P.I), Drama King (Meet Uncle Hussain) dan Mencari Konklusi (Hujan).

Manakala 10 daripadanya adalah lagu daripada penyanyi solo, Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut dan Selamat Malam (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black). pula adalah penyanyi solo.

Apa yang pasti, saingan separuh akhir muzik-muzik 25 yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut sejak 8 November lalu sebelum ini telah menyaksikan persaingan sengit antara 30 buah lagu yang bertanding di peringkat tersebut.

Pengurus Besar, Pembangunan Kandungan & Industri, Primeworks Studio, Azhar Borhan berkata dia yakin 14 buah lagu yang terpilih pada malam itu adalah merupakan lagu yang terbaik dan layak untuk dibawa ke peringkat AJL 25.

"Lagu-lagu yang dipertandingan adalah pilihan daripada pendengar, namun yang dipilih oleh pihak juri adalah lagu yang mempunyai kekuatan tersendiri dan layak untuk ke peringkat akhir.

"Apa yang kita lihat kini trend pendengar banyak beralih kepada muzik muzik indie. Perkembangan muzik sekarang juga telah mendorong anak muda mencipta lagu-lagu mereka sendiri. Jadi kita juga memberi peluang untuk mereka bertapak dalam industri memandangkan muzik mereka amat digemari ramai," ujarnya pada sidang media selepas selesai Separuh Akhir Muzik Muzik 25, malam semalam.

Kesemua 14 finalis ini dijangka bakal berentap di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 25 pada 9 Januari 2010.

Berikut adalah senarai 14 lagu, artis, komposer dan penulis lirik yang berjaya ke peringkat akhir, AJL 25:-
  • Sofea Jane – Black / Shah Kamikaze & Iswandy / Farril
  • Pelita – A.P.I / Loque / Loque
  • Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
  • Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali / Ana Rafali / Ana Rafali
  • Kau Ada Kamu – Adira / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  • Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
  • Jahat – Stacy / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  • Kebahagian Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim
  • Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
  • Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
  • Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja
  • Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface/ Bunkface
  • Noktah Cinta – Hafiz / Ajai/ Shah Qalam 
  • Berlari – Tomok / Audi Mok & Shahzee Ishak / Tomok
Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails