Saturday, July 16, 2011

CONGRATS HAFIZ FOR YOUR DOUBLE WIN ON ANUGERAH PLANET MUZIK 2011

Sudah Sedekad Datuk CT Artis Serantau Paling Popular

Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 baru melabuhkan tirainya sebentar tadi. Untuk edisi ke-10 APM, Singapura dipilih menjadi tuan rumah dengan Max Pavillion Singapore Expo sebagai lokasi majlis.


Acara yang mengambil masa hampir 3 jam ini melihat Hady Mirza dan Hafiz muncul sebagai pemenang anugerah paling banyak, apabila masing-masing membawa pulang tiga dan dua anugerah.

Selain dinobatkan Artis Singapura Paling Popular, Hady juga menjulang trofi untuk kategori Lagu Singapura Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular buat lagu "Angkasa".

Bersandarkan kekuatan "Awan Nano", Hafiz membawa pulang anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia.

Namun, bukan Hafiz seorang dari Malaysia yang mendapat pulangan besar di APM malam ini.

Superman kita, Faizal Tahir, boleh berbangga dengan anugerah Artis Lelaki Terbaik-nya walaupun persembahannya untuk lagu "Hanyut" dan "Selamat Malam" sedikit mengecewakan.

Dayang Nurfaizah berjaya mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dan KrisDayanti apabila duetnya dengan Marcell untuk lagu "Sayang" dipilih sebagai Koloborasi Terbaik.

Tetapi peminat Datuk Siti tidak perlu sedih kerana beliau tidak pulang dengan tangan kosong apabila buat kali ke-10nya, Datuk Siti menerima anugerah Artis Serantau Paling Popular.

Malam ini juga cukup istimewa buat Datuk Siti yang telah mempersembahkan lagu Inggerisnya, "Falling In Love" buat tatapan semua hadirin untuk pertama kalinya.

Untuk senarai penuh pemenang APM 2011, sila rujuk di bawah :

Album Terbaik

Energi (Kotak)

Artis Lelaki Terbaik
Faizal Tahir ('Adrenalin')

Artis Wanita Terbaik
Rossa ('Harmoni Jalinan Nada & Cerita')

Lagu Terbaik
Awan Nano (Hafiz)

Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Sandhy Sondoro ("Bunga Mimpi")

Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
Amanda Imani ("Selamilah Cinta)

Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet ("Kalau Berpacaran")

Duo/Kumpulan Terbaik
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah ('3 Suara')

Lagu Serantau Paling Popular
Angkasa (Hady Mirza)

Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad)
Datuk Siti Nurhaliza)

Koloborasi Terbaik
Dayang Nurfaizah & Marcell ("Sayang")

Lagu Singapura Paling Popular
Angkasa (Hady Mirza)

Artis Singapura Paling Popular
Hady Mirza

Lagu Terbaik Singapura
Lagu Teman ('The Lion Story' feat Zahidah)

Lagu Terbaik Malaysia
Awan Nano (Hafiz)

Lagu Terbaik Indonesia
Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)

Anugerah Khas Planet Muzik
Melly Goeslaw


Source : www.gua.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails