Monday, July 18, 2011

EXCERPTS ABOUT HAFIZ'S WINS ON APM 2011


APM2011 : APA KATA SEBAHAGIAN PEMENANG

Pada malam APM 2011 itu telah menyaksikan penyanyi nombor 1 negara, Dato Siti Nurhaliza terus diiktiraf popularitinya apabila merangkul anugerah Artis Serantau Paling Popular (selama lebih sedekad) manakala malam APM 2011 akan terus dikenang Hafiz AF7 apabila dia merangkul dua anugerah iaitu Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi Awan Nano.


Hafiz -Lagu Terbaik (Awan Nano)/ Lagu Terbaik Malaysia (Awan Nano)


Saya rasa sangat bertuah dengan rezeki yang diberikan pada malam APM ini. Bagi saya pengubah lagunya iaitu sifu M.Nasir memang amat istimewa. Terus-terang saya sendiri memang tidak sangka dengan kemenangan ini apatah lagi saya bukan hanya menang satu anugerah tetapi dua anugerah sekaligus. Yelah, kalau nak ikutkan calon lain hebat-hebat juga kerana saya bersaing bersama Faizal Tahir. Tapi mungkin tuah APM kali ini pada saya.

Source and full story : www.murai.com.my


MYMETRO, 18th July 2011

Sejarah kemenangan artis Malaysia di APM kali ini dilihat lebih menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya di mana penggiat seni tempatan mula diiktiraf dalam kategori terbaik, tidak hanya kategori popular semata-mata.

Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz dan Datuk M Nasir contohnya berjaya merangkul dua anugerah iaitu Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi Awan Nano.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit menghasilkan lagu Awan Nano ini terutamanya Datuk M Nasir yang memberi kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu hasil ciptaan beliau.

“Dapat menyanyikan lagu beliau sudah dianggap sebagai pencapaian terbesar saya sebenarnya dan apabila ia menang saya merasakan ia satu usaha yang berbaloi untuk semua yang terbabit. Apapun, terima kasih juga kepada peminat yang memilih lagu ini,” katanya.


Source and full story : www.hmetro.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails