Sunday, November 6, 2011

CAK: Awan Nano di Indonesia



JIKA benar apa yang CAK dengar bahawa album Hafiz AF akan dipasarkan di Indonesia, CAK harap dia dapat mengulangi sejarah artis Malaysia yang pernah menempa di sana seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid, Raihan, Iklim, Exists, Slam dan Amy Search.

Selepas nama hebat itu, tiada lagi artis yang betul-betul dapat menawan peminat muzik di negara itu. Kalau ada pun bakat baru yang kerap membuat persembahan di sana, kumpulan Sixth Sense. Kumpulan nasyid, UNIC dan Rabbani juga pernah diundang membuat persembahan di negara itu.

Menurut perkhabaran yang sampai ke telinga CAK, jika jadi sebagaimana dirancang, album itu akan diedarkan di bawah label Warner Music Indonesia.

Pihak syarikat terpikat dengan lagu Noktah Cinta dan Awan Nano dan kata mereka, lagu itu sangat berpotensi menembusi pasaran muzik negara itu.

Album itu dijangka menjengah pasaran Indonesia pada masa terdekat. Biasanya lagu kita memang susah memikat penggemar muzik di sana.

Kalau ada pun, ada yang terpaksa ditukar lirik dan tajuk lagunya. CAK harap Hafiz gunakan peluang itu sebaik mungkin kerana pasaran di sana sangatlah luas.



Sumber: Harian Metro (6 November 2011)



* Best wish for Hafiz 
Banzai *

No comments:

Related Posts with Thumbnails