Thursday, April 19, 2012

ASTRO RAI PEMENANG ABPBH 2011


Seperti yang telah diketahui ramai, pada 8 April yang lalu telah berlangsungnya majlis penganugerahan berprestij yang disaksikan lebih dari 5 juta penonton. Malam anugerah yang popular itu telah memberikan pengiktirafan kepada anak-anak seni yang layak dipertandingkan mengikut kategori pilihan peminat mereka sendiri. Nyatanya, ABPBH telah menyatakan suara pemniat yang selama ini memberikan sokongan yang tidak terhingga dalam meningkatkan lagi karier seseorang artis.

Hal ini tidak kurang hebatnya terjadi kepada artis Astro sendiri. Johan, Zizan Razak, Hafiz dan tidak pernah terkecuali, Aaron Aziz turut menerima habuan mereka yang tersendiri. Diundi di bawah kategori paling popular, artis-artis naungan Astro ini cukup dikenali dengan kerja seni mereka yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Maka, dengan sebab itu juga, Astro telah meraikan pemenang-pemenang ABPBH kali yang ke-25 pada malam 18 April yang lalu. Bertempat di Grand Ballroom Sunway Resort & Spa Hotel, majlis yang diadakan khas untuk meraikan pemenang ABPBH telah bermula lewat jam 8.30 malam. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disempurnakan dengan penyampaian sedikit cenderamata dari Astro sebagai tanda penghargaan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Pemasaran Astro, Encik Henry Tan yang turut diiringi oleh Encik Khairul Anwar Salleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro.

Bertuahnya nasib badan mereka berempat ini. Sudahlah menang di ABPBH yang lalu, kali ini kemenangan mereka disambut meriah pula oleh pihak Astro yang sentiasa memastikan artis di bawah naungan mereka diberikan layanan yang cukup istimewa. Kemenangan Hafiz sebagai Penyanyi Lelaki Popular telah melonjakkan lagi nama anak muda tersebut di dalam bidang seni. Kejayaan demi kejayaan telah diterima oleh anak kelahiran Kuching, Sarawak ini selepas berjaya menyandang gelaran juara AF pada musim ketujuh.

Namun, tidak kurang hebatnya juga dengan bakat yang dicungkil melalui program realiti popular Raja Lawak yang menghasilkan bakat serba boleh yang dikenali dengan nama Johan dan Zizan atau Jozan ini. Kemenangan Zizan Razak yang berjaya merangkul pulang trofi Pengacara TV Lelaki  Popular sekaligus memecahkan dominasi Pak Nil atau Aznil Hj Nawawi selama lapan tahun berturut-turut.

Johan pula, membawa pulang trofi Artis Komedi Popular dan menewaskan teman karibnya, Zizan Razak. Selama ini Johan sering dicalonkan dan kemenangan pertama ini membawa erti yang besar di dalam karier seni Johan yang kini mula bertapak kukuh. Kejayaan Johan ini turut disokong oleh pasukan Erafm yang tidak pernah putus menyokong kerjaya Penyampai Sesgmen Johara Pagi ERA itu. Majlis ini turut dihadiri penyampai Petang Era, Adifashla, Rizal Sahimy serta pasukan ERA yang lain.

Asron Aziz pula selaku Bintang Paling Popular, tidak perlu kita perkenalkan lagi wajah prolifik  dunia lakonan ini. Majlis yang diadakan pada malam tersebut khas untuk meraikan pemenang yang banyak memberikan sumbangan kepada industri seni tanah air secara khususnya.

Ada juga yang lebih istimewa kerana pada malam tersebut juga, pihak Astro juga turut meraikan majlis ulang tahu Zizan Razak dan isteri kepada Aaron Aziz, Diyana Halik. Semoga dengan kejayaan artis Astrro ini mampu menyemarakkan lagi industri seni tanah air kita dengan sumbangan karya yang lebih bermutu.

Source : www.era.fm

No comments:

Related Posts with Thumbnails