Wednesday, March 5, 2014

HAFIZ SUIP KEMBALI BERSAMA ADIRA


KUALA LUMPUR 4 MAC 2014 : Meskipun cinta mereka sudah lama berakhir, namun buat pertama kalinya penyanyi Hafiz Suip dan Adira akan disatukan dalam satu pentas yang sama di Minggu Setiausaha, A Golden Moment with Hafiz pada 22 April ini.

Hafiz Suip berkata dia terkejut apabila pihak penganjur COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn Bhd menemukannya dengan bekas kekasihnya itu tetapi yakin mereka boleh bekerjasama secara profesional.

"Harus saya akui gementar untuk menjayakan acara ini namun kepercayaan yang diberikan penganjur, memberi keyakinan untuk saya mencuba.

"Sebenarnya saya terkejut apabila Adira menjadi penyanyi jemputan dalam majlis ini dan saya bakal digandingkan dengannya untuk 2 lagu duet.

"Tapi ini bukan pertama kali kami disatukan dan saya akui senang bekerjasama dengannya kerana kami amat profesional," katanya alam sidang media tersebut di Restoran Serai di KL Life.

Bakal diadakan di dewan megah MATRADE Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Duta bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Hafiz akan menyanyikan 8 lagu single dan 2 lagu duet bersama Adira. Antara lagu yang akan dinyanyikan itu adalah Bahagiamu Deritaku, Awan Nano, Nokhtah Cinta dan ramai lagi.


No comments:

Related Posts with Thumbnails