Wednesday, December 16, 2009

Debaran AJL bermula

Pada 10 Januari 2010, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, akan berlangsungnya edisi ke-24 Anugerah Juara Lagu (AJL) pada jam 9 malam.

14 lagu yang dibawakan oleh 13 artis solo dan berkumpulan akan berentap dengan harapan dapat menjulang trofi Juara Lagu. AJL kali ini membawa sedikit kelainan di mana lagu-lagu ini bertanding tanpa kategori.

Berikut urutan lagu-lagu yang akan dipersembahkan pada AJL24 nanti, selepas cabutan giliran yang telah diadakan malam tadi di Rootz Club, Lot 10, Jalan Bukit Bintang.

1. Aurora – Estranged

2. Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah

3. Cinta Adam & Hawa – Misha Omar

4. Masih Jelas – Hafiz

5. Situasi – Bunkface

6. Pakai Buang – Stacy

7. Pergi – Aizat

8. Aku Skandal – Hujan

9. Bencinta – Faizal Tahir

10. Aku Rindu Sayang Kamu – Black

11. Bengang – Akim

12. Dan Sebenarnya – Yuna

13. Kau Aku – Aizat

14. Rindu Terhenti – Tomok

Hadiah yang bakal dimenangi adalah:

Juara Lagu: RM35, 000 dan trofi

Naib Juara Lagu: RM15, 000 dan trofi

Tempat Ketiga: RM12, 000 dan trofi

Persembahan Terbaik: RM10, 000 dan trofi

Vokal Terbaik: RM10, 000 dan trofi

Pemilihan pemenang dibuat 70% sebelum persembahan dan 30% berdasarkan persembahan pada malam pertandingan. Sementara untuk anugerah Persembahan dan Vokal Terbaik, pemilihan dibuat berdasarkan persembahan pada malam pertandingan.

Tema AJL24 tahun ini adalah ‘Music Unfolds’ sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama, terutamanya di dalam industri tempatan.Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar sekali lagi digandingkan sebagai pengacara.Acara AJL24 bermula dengan ‘Red Carpet’ pada pukul 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web http://www.tv3.com.my/.

Sebelum itu, bermula jam 4.30 petang, Hot FM selaku radio rasmi akan mengadakan beberapa aktiviti menarik. Antaranya, pertandingan karaoke Nyanyian Hangat AJL24 di mana peserta bertuah yang berjaya menyanyikan lagu-lagu finalis AJL dengan baik mempunyai peluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1, 000 (tempat pertama), RM500 (tempat kedua) dan RM300 (tempat ketiga).

Tiket-tiket VIP AJL24 boleh diperolehi melalui program ‘Malaysia Hari Ini’ dan Hot FM, manakala tiket biasa di balai pengawal Sri Pentas, Bandar Utama mulai 31 Disember, siapa cepat dia dapat.

source: www.gua.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails