Wednesday, December 9, 2009

Jawablah! Hafiz dimarahi keluarga


Oleh Farihad Shalla Mahmud


Rasa terkilan kononnya mungkir janji ORANG kata cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Timbul cerita kononnya bekas juara Akademi Fantasia 7, Hafiz mempermainkan media apabila tidak kembali menelefon wartawan untuk ditemubual walhal sudah berjanji lebih awal, sedikit sebanyak geram juga rasa di hati. Apabila ini berlaku, pasti tertanya-tanya apa sudah jadi dengan anak muda berambut kerinting serta popular dengan lagu Masih Jelas ini. Takkanlah populariti yang dikecapi selama ini terus mengubah kehidupannya. Dari seorang remaja yang pemalu dan elok budi pekerti kini bertukar menjadi seorang penyanyi yang tidak berdisiplin dan bermasalah.


Dari apa yang dilaporkan akhbar hujung minggu lalu, Hafiz membuat wartawan tertunggu-tunggu. Janjinya mahu menghubungi kembali untuk satu temubual, malangnya dia berdiam diri sampaikan wartawan malang itu dimarahi pengarangnya gara-gara sikap tidak bertanggungjawab penyanyi dari Kuching, Sarawak itu.


Hip menghubungi pengurusan penyanyi ini, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan mengatur temujanji untuk menemubual Hafiz. Biarpun agak bimbang kejadian yang serupa bakal berulang, namun seperti dijanjikan, Hafiz menghubungi penulis dan menjelaskan alasan bagaimana perkara itu berlaku.


Hip:

Boleh Hafiz jelaskan apa yang sebenarnya berlaku?

Hafiz:

Ini berlaku bermula apabila ada seorang wartawan mahu menemubual Hafiz. Pada masa itu Hafiz di Sarawak dan kebetulan juga Hafiz kurang sihat. Demam. Memandangkan Hafiz kurang sihat jadi keluarga bawa Hafiz pergi berurut. Hafiz juga sudah berjanji dengan wartawan berkenaan untuk kembali menelefonnya pada jam 6 petang. Hafiz ingatkan urusan mengurut itu boleh selesai jam 6 petang, malangnya tidak. Dekat pukul 7 malam baru sesi urutan itu tamat. Memang Hafiz risau sangat kerana tidak menepati masa dan membuatkan wartawan itu menunggu. Jadi Hafiz pun hubungi wartawan terbabit dan menjelaskan keadaan sebenar.


Hip:

Kalau begitu, kenapa dalam gosip itu mengatakan hanya selepas seminggu baru Hafiz telefon balik dan meminta maaf?


Hafiz:

Sebenarnya Hafiz tak tunggu sampai minggu depan. Hafiz telefon wartawan itu semula sebaik saja selesai berurut. Dalam hal ini, Hafiz akui memang salah Hafiz kerana membuat wartawan itu tertunggu-tunggu. Memang Hafiz ralat sangat dan Hafiz ingin meminta maaf sekali lagi dan Hafiz akui itu salah Hafiz. Cuma yang membuatkan Hafiz terkilan adalah apabila artikel itu mengatakan Hafiz hanya menghubungi wartawan terbabit hanya selepas seminggu kejadian itu berlaku walhal Hafiz tidak menunggu lama. Sebaik saja selesai urusan, Hafiz terus menelefon wartawan itu dan meminta maaf. Dia menerima alasan Hafiz dan temubual itu terus berjalan pada masa itu juga.


Hip:

Sebelum ini, jarang kedengaran Hafiz kena tegur. Jadi bila tiba-tiba kena jentik dalam ruangan gosip, apa perasaan Hafiz?


Hafiz:

Hafiz memang tak selesa apabila berlaku hal seperti ini. Kalau boleh tak mahu ada masalah dengan media. Tapi apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Dalam hal tak angkat telefon ini, sejujurnya keluarga Hafiz sendiri pernah berkecil hati dengan Hafiz. Iyalah, pastinya mereka kecewa apabila anak yang cuba dihubungi tidak menjawab panggilan. Kejadian itu bukanlah disengajakan. Ada ketika waktu tidak sesuai. Contohnya apabila saya terbabit dengan penggambaran iklan, takkanlah saya hendak berkepit dengan telefon. Jadi, kalau ada sesiapa yang ingin hubungi Hafiz bolehlah meninggalkan pesanan SMS, kalau panggilan tidak dijawab. Hafiz bukanlah suka-suka tidak mahu jawab panggilan telefon. Katakanlah jika panggilan itu membawa rezeki ataupun hal kecemasan, bukankah nanti Hafiz sendiri yang rugi. Alhamdulillah, keluarga Hafiz sendiri sudah dapat menerima hal ini.


Hip:

Apa kata keluarga bila Hafiz kena tegur?


Hafiz:

Sudah tentu mereka marah. Banyak kali juga mereka cakap kenapa Hafiz buat macam itu. Mereka tak mahu Hafiz buat masalah dengan sesiapa. Bapa Hafiz lagilah. Dia memang tak suka dengan cerita yang bukan-bukan. Apabila timbul kisah kononnya Hafiz mungkir janji, tentulah dia tak suka. Tapi Hafiz ada maklumkan padanya bahawa ini adalah lumrah seorang artis.


Hip:

Kalau kita lihat, populariti Akim dan Aril nampaknya lebih mendahului Hafiz. Komen sikit?


Hafiz:

Hafiz akui perkara itu dan tak nafikan Aril dan Akim memang nampak lebih menonjol. Begitupun, ia bukanlah disebabkan promosi yang berat sebelah. Setakat ini apa yang Hafiz nampak, pihak pengurusan memang sudah mengaturkan kerja untuk artis di bawah pengurusan mereka. Mungkin Akim dan Aril lebih menyerlah kerana dia banyak terbabit dalam program TV. Manakala Hafiz pula lebih banyak terbabit dengan TV komersial dan undangan persembahan pentas dan makan malam. Jadi aktiviti seperti itu tidak banyak diberikan publisiti. Tapi setakat ini, Hafiz taklah tenggelam dan masih mendapat tawaran menyanyi.


Hip:

Sampai bila mahu bergantung dengan single Masih Jelas?


Hafiz:

Mengikut apa yang dikatakan pihak pengurusan, mereka akan terus mempertaruhkan lagu Masih Jelas ini sehinggalah populariti lagu ini semakin berkurangan. Tetapi apa yang difahamkan, lagu ini masih berada di dalam carta lagu popular kebanyakan stesen radio. Disebabkan itu mereka menangguhkan dulu hasrat untuk memperkenalkan single kedua. Insya-Allah, lagu Noktah Cinta akan dijadikan single kedua.
Source: Berita Harian

4 comments:

mumicikgu09 said...

ok la... dah wat penjelasan...hopefully next time hafiz lebih peka...sayang bakat besar yg ada tuh, Fiz!...laf, laf...

sheezob0b said...

hurmmmm..Hafiz Hafiz Hafiz..sabar jew.tu lah Lumrah jadi Artis,pahit manisnya ko kena telan jugak.Baguslah fiz ko dah wat penjelasan, taklah orang fikir ko yang bkan2..

apa2pun aku tetap s0kong kau.
Hafiz aka Masih Jelas

♫ نور عتيقح ♫ said...

bErsabarlAh bRo, iTulah lUmrah kaLau dHA jD artiS..atLeast kiTAk dhA mEnjelAskan hAk sbEna..aPa2pUn, HAFIZ RULEZ!!

susan said...

sian hafiz kena telan semua ni...takpelah..it makes u stronger, more matured & berpandangan jauh kan..is waiting for you new single 'noktah cinta'

from: nippon aka ponggel

Related Posts with Thumbnails