Friday, January 21, 2011

KONSERT LAWAK, ESOK DI JOHOR BAHRU



Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 21JANUARI 2011: Buat julung kalinya saluran Astro Warna ( saluran 132) yang boleh didapti melalui pakej pekej Mustika akan membawakan sebuah konsert yang menghimpunkan pelawak-pelawak popular dan terhebat di Malaysia kepada orang ramai.

Konsert yang dikenali sebagai Konsert Lawak ini bakal diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, esok, bermula jam 6.00 petang dengan menampilkan gabungan pengacara terhebat iaitu Johan dan Zizan

Menariknya, Konsert Lawak yang bakal berlangsung selama 3 jam konsert itu menampilkan ramai nama-nama besar seperti lagenda Dato Aziz Sattar di samping pelawak daripada pelbagai lapisan generasi seperti Saiful Apek, Yassin Senario, Bob Kuman, Pi'ee, Maidin, Sathiya, Abon, Os, Radhi Khalid, Sobri AC, Farouk Hussein, Hamid Gurkha, Accapan, Angeline Tan, Enot, Didie Alias, Amyza Aznan, Sharifah Shahora, Syanie.

Tidak ketinggalan juga pelawak yang dilahirkan daripada program realiti Raja Lawak seperti Sepah, Kecik, Idlan, Azrul dan Taukeh.

Menambahkan kehebatan Konsert Lawak pada malam itu, Astro akan membawakan lagenda rock Malaysia, Amy Search yang akan membuat penampilan istimewa. Selain itu, penyanyi yang memiliki vokal mantap Adibah Noor, turut akan menggegarkan bandaraya Johor Bahru selain kemunculan Rahmat daripada kumpulan Mega dan Fabulous Cat.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani memberitahu konsert ini secara tidak langsung menyokong dan memberi peluang kepada golongan pelawak untuk beraksi di atas pentas, bukan sekadar menerusi program TV yang disediakan di saluran berkenaan.

"Kami teruja kerana dapat mengumpulkan nama-nama besar dalam arena lawak tanahair membuat persembahan dalam satu pentas yang sama. Usaha yang pertama seumpamanya diadakan di Malaysia ini merupakan inisiatif Astro untuk mengiktiraf bakat mereka sebaris dengan selebriti dalam industri seni," jelasnya.

Konsert yang diadakan terbuka dan percuma ini akan dimulakan terlebih dahulu dengan persembahan istimewa bekas peserta Raja Lawak bermula sekitar jam 6 petang.

Pentas yang sama juga akan dikongsi dengan slot Astro Ceria menerusi sesi bertemu peminat bersama pelakon Klik dan Rafeeq.

Seterusnya, Bintang-bintang Akademi Fantasia dan drama hiburan Kau Dan Aku musim kedua akan turut hadir. Mereka seperti Shahir, Stacy, Hafiz dan Anith. Persembahan sebelum Konsert Lawak ini akan berakhir dengan slot Anda Ada 60 Saat yang akan diacarakan oleh Caca dan Idlan.

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails