Wednesday, January 12, 2011

Sejarah Tercipta Untuk Ana Raffali Di Malam AJL25


KL, 10 JAN 2011: Percubaan pertama Ana Raffali ke Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) nyata membuahkan hasil apabila lagu ciptaan sepenuhnya, Tolong Ingatkan Aku menjuarai pertandingan berprestij itu yang berakhir dengan gah di Stadium Putra Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini, Ana Raffali membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Tempat kedua dimenangi lagu Drama King hasil persembahan Meet Uncle Hussein dan Black. Lagu hasil karya Taja dari Meet Uncle Hussein sendiri serta liriknya hasil tulisan Tun Teja memenangi hadiah wang tunai RM15, 000 dan trofi.

Tempat ketiga pula dianugerahkan kepada lagu Nokhtah Cinta nyanyian Hafiz yang mana lagunya hasil ciptaan Ajai dan lirik Sheikh Qalam. Noktah Cinta meraih hadiah wang tunai RM12 000 dan trofi.

Tuah juga memihak kepada Hafiz kerana vokalnya ketika mempersembahkan lagu itu membolehkannya dianugerahkan Vokal Terbaik pada malam itu. Hafiz turut memenangi wang tunai RM10 000 dan trofi.

Satu lagi anugerah iaitu Persembahan Terbaik dimenangi individu yang tidak asing lagi dalam AJL, Faizal Tahir yang menyampaikan persembahan penuh karisma menerusi lagu Hanyut. Faizal juga membawa pulang RM10 000 dan trofi di atas kejayaannya itu.

AJL25 telah dihoskan oleh Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad dan suasana di Stadium Putra begitu meriah sekali apabila dibanjiri dengan belasan ribu peminat yang datang sejak lewat petang.

Selain pemenang-pemenang tadi, lagu-lagu lain yang turut bertanding ialah:-

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
Ku Ada Kamu - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
Cinta Sempurna - Yuna
Pelita - Loque/Loque/A.P.I
Berlari - Shazzy Ishak/Tomok
Sofea Jane - Iswandy/Sham/Black Mentor
Mencari Konklusi - Noh/Noh/Hujan
Selamat Malam - Audi Mok/Faizal Tahir
Ekstravaganza - Sam/Bunkface
Jahat - Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy

Source : www.murai.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails