Wednesday, January 12, 2011

TAHNIAH HAFIZ DAN NOKTAH CINTA


Anugerah Juara Lagu 25 sudah pun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan kemenangan Tolong Ingatkan Aku ciptaan sepenuhnya Ana Raffali. Bintang AF Talent juga tidak kurang hebatnya apabila Hafiz berjaya merangkul Angerah Vokal Terbaik dan Tempat Ke-3 untuk lagu Noktah Cinta.

Lagu ciptaan Ajai dan hasil lirik oleh Syeikh Qalam ini merangkul tempat ketiga menewaskan beberapa lagu-lagu hebat seperti Cinta Sempurna, Selamat Malam dan banyak lagi. Lagu ini merupakan single ke-2 Hafiz selepas menjuarai Akademi Fantasia musim ke-7. Walaupun Hafiz mengalami kemalangan yang mencederakan bahagian lehernya, namun Hafiz tetap bersemangat untuk mengadakan persembahan dalam Anugerah Juara Lagu ke 25. Malah, Hafiz juga telah berlatih untuk persembahan yang sungguh mengejutkan ini khas buat semua peminatnya.


Persembahan Hafiz pada malam tersebut telah menggamatkan suasana apabila Hafiz telah "ditembak" dan rebah. Lebih mengejutkan lagi sahabatnya Akim dan Aril turut meluru ke pentas dengan keadaan yang mencemaskan. Kemunculan Hafiz yang siap bertukar pakaian sangat mengejutkan dan sekali lagi menggamatkan penonton di Stadium Putra Bukit Jalil. Tahniah diucapkan kepada Hafiz atas kejayaan ini. Semoga lagu seterusnya, Awan Nano ciptaan M. Nasir mampu membawa Hafiz menjadi Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 nanti. Tahniah!



Source : www.aftalents.com.my


1 comment:

Related Posts with Thumbnails