Friday, January 13, 2012

Hafiz & Adira Putus!

by Farahanim Rahim   




Hampir setahun membina ikatan cinta, siapa sangka hubungan Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) sebagai pasangan kekasih telah pun berakhir. Perkara itu di sahkan sendiri oleh Hafiz yang menjelaskan isu kontroversi yang membabitkan mereka sebelum sikit sebanyak turut mengganggu kerjaya masing-masing.

Kontroversi yang tercetus gara-gara pada pertengahan tahun lalu, Hafiz dikatakan telah bertindak kasar terhadap seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus pentas dengan menolaknya sehingga mengakibatkan kecederaan ketika rakaman sebuah program hiburan.

Insiden berkenaan dikatakan berpunca daripada sikap cemburu Hafiz apabila wanita tersebut dipercayai cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

Apapun menurut Hafiz, keputusan berpisah itu dibuat kerana mereka ingin memberi fokus kepada kerjaya yang baru beberapa tahun di bina. Walaupun bagaimanapun, juara AF7 itu memberitahu dia dan Adira masih berkawan baik.

"Takder kaitan dengan orang ketiga. Cuma disebabkan banyak kontroversi yang melanda kami selama ini. Keadaan tersebut telah memberi kesan kepada perhubungan yang kami bina", katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26, di Wisma Bentley Music, semalam.

Tambah Hafiz, dia berharap agar tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan penyanyi Ku Ada Kamu itu pada masa akan datang.

 
Bawa Awan Nano ke Pentas?
 
Dalam pada itu, bercerita mengenai AJL26, ini kali ketiga Hafiz berpeluang memberi saingan di acara berprestij itu. Untuk taruhan lagu ciptaan Budi Hekayat dan Dato' M.Nasir, Awan Nano, dia lebih menekankan dari segi vokal. Di samping ada sedikit kelainan yang bakal dibawakan dalam persembahannya pada 29 Januari nanti.

"Mungkin saya akan bawak awan nano tu ker stage!", itu reaksi spontan Hafiz tatkala di tanya mengenai persiapan juga kelainan untuk AJL26.  

"Taklah. Kali ni saya lebih pentingkan dari segi vokal. Selain kami baru siap buat susunan muzik baru untuk lagu tu. Kita ada selitkan sikit elemen instrumen dan back-up vocal. Istimewanya persembahan saya nanti, ia merupakan sebuah sambungan. Sambungan apa? Kena lah tunggu 29 haribulan ni! Surprise!".

Tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang tapi apa yang pasti dia akan melakukan yang terbaik. Hafiz turut memberitahu, lagu Awan Nano mempunyai makna yang begitu mendalam dan lagu itu juga banyak mengajarnya. Misalnya kalau dihayati bait-bait lirik lagu itu mengingatkan kita mendekatkan diri kepada yang Esa.

Katanya, persaingan sengit barisan penyanyi yang akan bertanding pada malam anugerah tersebut seperti Yuna, faizal Tahir, Tiga Suara, Projek Pistol dan Aizat ternyata mendebarkan dirinya. Tambahan lagu tersebut merupakan lagu dari komposer bukan calang-calan, M. Nasir.

“Semoga penonton dapat terima mesej yang cuba saya bawakan dalam lagu juga persembahan itu nanti," ujarnya yang pernah memenangi vokal terbaik dalam AJL25 pada tahun lalu menerusi lagu Noktah Cinta.
Source : www.malaysiandigest.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails