Thursday, November 7, 2013

Konsert YA1M kutip dana RM230,000

Konsert YA1M kutip dana RM230,000

Oleh Michelle Gun

Konsert bertemakan Satu Suara Satu Matlamat anjuran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) yang diadakan baru-baru ini berjaya mencapai matlamat dengan kehadiran lebih 1,000 penonton terdiri daripada pelbagai bangsa.

Penganjuran konsert itu bukan sahaja bertujuan untuk memberi hiburan kepada orang ramai, tetapi juga untuk mengutip dana bagi menjaga kebajikan semua penggiat seni tanah air.

Artis yang menjayakan konsert itu terdiri daripada gabungan artis lama dan baru seperti Datuk DJ Dave, Datuk M. Nasir, Datuk A Rahman Hassan, Datuk David Arumugam, Nash Lefthanded, Fredo (Flybaits), Hafiz AF, Lockup, Marsha Londoh, Soo Wincci dan Jimmi Palikat.

Kehangatan konsert diteruskan dengan kemunculan Hafiz AF yang mempersembahkan lagu Bahagiamu Deritaku, diikuti Marsha dengan lagu Asmara.

For full article, go to http://www.hmetro.com.my

No comments:

Related Posts with Thumbnails